Manifesto yang diumumkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 8 Mac lepas di Shah Alam sebenarnya hanyalah wayang sahaja. Manifesto bukanlah perkara yang prioriti dalam sesuatu gabungan, tetapi soal agihan kerusi yang lebih prioriti.
Apa guna ada manifesto bulan dan bintang, kalau tiada orang untuk laksanakan apa telah dijanji. Umpama janji air liur sahajalah. Janji dengan bakal mak mertua macam macam, hendak beli rumah, kereta, gelang emas dan rantai kaki tetapi pengantin lelaki pun belum ada lagi.
Pembangkang mesti selesaikan dulu masalah pengagihan kerusi untuk bertanding dan senarai calon, kemudian baru umum manifesto mereka. Beberapa negeri masih lagi tidak selesai, malah ada negeri yang merahsiakan pula dan enggan umum agihan kerusi.
Kenapa rahsiakan? Sebab bergaduh dan tiada sepakat. Tidak seperti Barisan Nasional yang terdiri dari 14 komponen parti, satu logo dan satu hati.
Kerusi parlimen di seluruh Malaysia ada 222 kerusi, namun pakatan pembangkang hanya berani umum jumlah agihan kerusi mereka di Semenanjung Malaysia sahaja, bagaimana di Sabah dan Sarawak? Bukankah dalam manifesto itu ada janji untuk orang Sabah dan Sarawak, jadi kenapa tidak berani umum agihan kerusi di sana?
Pada 5 Februari lepas, PH enggan umum secara rasmi agihan kerusi sesama parti sekutu mereka untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kononnya ambil langkah selamat. Padahal, di negeri itu berlaku konflik berebut kerusi dan rasa tidak puas hati antara PKR dan DAP serta dengan Lim Guan Eng.
Di Selangor, masih lagi berdolak-dalih dalam isu pembahagian calon. Pada 3 Februari lalu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor hanya berani beri jaminan bahawa agihan kerusi akan selesai dalam masa terdekat.
Malah, beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa memberi amaran supaya isu itu tidak dibangkitkan lagi. Biasanya kalau sudah bagi “warning” sebegitu, maksudnya soal kerusi di Selangor belum selesailah sebenarnya.
Rundingan untuk bahagi kerusi untuk PH di Selangor patut selesai 31 Januari lepas tetapi terpaksa dilanjutkan sampai ke hari ini kerana ada pertikaian dalam parti komponen. Khabarnya PKR hendak bolot semua kerusi di tempat PAS dan tidak mahu beri langsung kepada PPBM.
PPBM yang khabarnya mahu negeri Kedah pun belum berani umum secara terang terang berapa jumlah kerusi dan di kawasan mana mereka hendak tanding dalam PRU14 nanti. Sembang deras sahajalah, tetapi calon pun masih belum ada kerana berebut sama sendiri.
Sama jugalah di Kelantan, yang dianggap sebagai negeri bagi PAN oleh pembangkang. Husam Musa yang tergila gila hendak jadi Menteri Besar pun belum berani umum di mana hendak tanding dan berapa kerusi PAN hendak tanding di Kelantan. Juga berapa kerusi untuk PKR, PPBM dan DAP di Kelantan.
PKR dan DAP sekarang seronok kerana PPBM mungkin dibatalkan oleh ROS kerana masalah dalaman mereka sendiri. Mahathir sudah umum semalam bersedia guna logo DAP untuk tanding dalam PRU14. Mahathir juga sudah mengampu Anwar dan PKR dengan baik sekali, dua tiga hari ini.
Siap salahkan polis pasal mata Anwar lebam dan mengaku bersalah pecat Anwar Ibrahim. Apa motif Mahathir buat begitu? Hendak pujuk Anwar dan Wan Azizah untuk guna logo PKR masa hendak bertanding nanti? Boleh jadi juga.
Kalau PPBM bubar, bermakna berebut lagilah 52 kawasan yang hendak diberikan kepada PPBM itu antara DAP dan PKR. Sudah pastilah DAP akan dapat banyak kerusi jika Mahathir sedia guna logo DAP. Mukhriz pula guna logo DAP tanding di kawasan Cina agar terjamin kedudukannya di parlimen, itu yang Mahathir mahu.
Semalam, sepatutnya pakatan pembangkang umumkan logo apa yang akan mereka guna untuk PRU14, logo DAP, PKR, PAN atau PPBM. Janji hal logo ini akan diselesaikan dalam masa seminggu sahaja. Namun semalam, bila masanya sampai tidak juga selesai masalah.
Berjanji hal logo pun pembangkang tidak boleh tunaikan, apatah lagi manifesto yang setebal 318 mukasurat itu. Sesama pembangkang pun tidak boleh sepakat lagi hal agihan kerusi dan hal logo, macam mana hendak tunaikan manifesto dan janji kepada rakyat.
Ini bukti jelas pembangkang ini tidak boleh dipercayai langsung.
Tulisan :
Beruang Biru
BB820, Rabu
14 Mac 2018
0 komentar:
Catat Ulasan