Bujang Senang

Bujang Senang

15 Mac 2018

Duit Di Switzerland Tiada Ada Kena Mengena Dengan 1MDB

Tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) yang menghantar surat kepada Ahli Parlimen Switzerland berkaitan dana yang mereka kaitkan dengan 1MDB adalah tidak benar.

Wang berkenaan sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, pihak MOF menafikan tuduhan yang dibuat Kit Siang dalam surat yang dialamatkan kepada 154 orang Ahli Parlimen Switzerland yang mendakwa aset 1MDB telah disalahgunakan.

1MDB telah memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa sebarang tuduhan terhadap asetnya yang dicuri atau disalahgunakan sama ada di dalam atau di luar negara adalah tidak benar sama sekali dan jelas bermotifkan politik.

Di Switzerland ketika ini ada sejumlah CHF104 juta Swiss Franc dipegang oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland (FINMA) yang menurut Kit Siang dan Dr Wan Azizah adalah sumber dari 1MDB.

Menurut kenyataan MOF, FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland tentang aduan bahawa bank-bank ini telah melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Switzerland.

Bank bank swasta itu dipercayai mengaut untung secara haram dari beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi ke dalam hubungan perniagaan dan transaksi yang disifatkan sebagai satu kesalahan serius di bawah undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland.

Sebenarnya wang CHF104 juta itu mewakili jumlah keseluruhan data atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland dan oleh itu, wang itu bukan milik kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitan dengannya.

Denda itu kemudian sekarang ini sedang dipertikaikan oleh pelbagai bank di negara itu dan mereka sedang merayu di Mahkamah Switzerland supaya bank-bank itu dilepaskan dari sebarang kesalahan.

Siasatan dan audit telah dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan di Malaysia antaranya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), SPRM, Polis dan Jabatan Peguam Negara, membuktikan tiada wang 1MDB yang hilang.

Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1789965387690597&id=697192853634528

MOF sukar membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerland kerana wang itu bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh dua Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH).

Pembangkang sengaja cipta persepsi sahaja, sama seperti isu kapal ditahan di Bali. Tiada wang pun dalam kapal. Ternyata cerita wang itu fitnah. Blogger pembangkang pun sudah padam artikel itu.

Hendak suruh 1MDB tuntut buat apa kapal, lukisan dan kapal terbang itu kerana ianya dibeli bukan dengan duit 1MDB. Samalah juga dengan wang di Switzerland ini, tiada kena mengena dengan 1MDB dan negara ini.

"Tindakan mereka (Kit Siang dan Wan Azizah) tidak berperlembagaan dan tidak patriotik. Mereka secara bersungguh mahu terus memutar belitkan dan menokok tambah cerita isu 1MDB bagi meraih sokongan rakyat.

"Mereka akan menolak setiap perkara dijelaskan kerajaan, apatah lagi kalau tidak memihak kepada mereka. Bagaimanapun, jika memihak baru mereka akan percaya.

"Ini menampakkan mereka ketandusan isu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kebanyakan cerita diulang dan ditokok tambah tanpa fakta jelas dan benar," ini kata Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Siapa Kit Siang dan Dr Wan Azizah yang pandai-pandai menulis surat kepada Ahli Parlimen negara asing dan menuntut pula wang yang itu dipulangkan ke Malaysia?

Kerajaan Switzerland tidak pernah langsung menyebut dana CHF104 juta berkenaan adalah dari 1MDB tetapi yang sibuk sebut semua hal di luar negara adalah berkaitan dengan 1MDB adalah pemimpin pembangkang sahaja.

Sebab itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah muak dan berkali-kali marah kepada wakil rakyat pembangkang kerana mengulangi isu berkaitan 1MDB, isu wang di Switzerland serta kejadian rampasan kapal mewah Equanimity yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali.

Yang buat kenyataan akhbar di Switzerland pula adalah Pengerusi NGO Bersih dari Malaysia. Siapa "sponsor" dia ke sana? Nampak sangatlah semua tuduhan ini adalah konspirasi jahat pembangkang semata mata.

Wang di Switzerland itu tiada kena mengena dengan 1MDB dan rakyat Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB822, Khamis
15 Mac 2018

0 komentar: