Bujang Senang

Bujang Senang

27 Mac 2018

Mahathir Sudah Pelingkup Banyak Selama 22 Tahun, Hendak Lagi 2 Tahun?


Dakwaan Mahathir Mohamad bahawa negara akan hancur jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus jadi Perdana Menteri dalam portal Malaysikini tidak mencerminkan keadaan sebenarnya.

Itu satu lagi tuduhan rambang Mahathir sahaja tanpa asas yang kukuh. Sama seperti Mahathir kata negara ini hendak bankrap dan muflis sejak tiga tahun lepas, tetapi kini Malaysia tidak bankrup seperti ramalan Mahathir.

Mahathir silap. Najib sebenarnya sekarang begitu berjaya membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik dan pada masa sama menyelesaikan masalah legasi ketika zaman Mahathir selama 22 tahun.

Mahathir sudah melingkupkan begitu banyak harta negara ketika jadi Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

Skandal dagangan mata wang asing yang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini pun sudah melibatkan kehilangan kira-kira RM31.5 bilion pada sekitar tahun 90-an dulu. Ketika itu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mendesak satu siasatan dijalankan tentang kerugian berkenaan.

Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan sahabat baik Kit Siang ada dipanggil ahli panel siasatan tapi ketika ditanya, Mahathir kata beliau "tidak tahu" berkenaan kerugian itu.

Syarikat Maminco menyebabkan negara rugi RM1.6 bilion. Syarikat itu diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal industri dan perniagaan timah negara, selain cuba mengawal harga timah dunia.

Untuk tutup kegagalan, kerajaan tubuhkan syarikat Makuwasa Securities untuk menguruskan kerugian dengan memanipulasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Dalam halaman 38 Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen Malaysia bertarikh 27 Oktober 1986 yang memetik ucapan Lim Kit Siang: “… skandal pembelian bijih timah secara misteri oleh Maminco di London pada tahun 1981 dan pelaburan KWSP Makuwasa yang melibatkan wang simpanan RM5 juta pencarum KWSP yang mengakibatkan KWSP mengalami kerugian sebanyak $9.9juta.” – Lim Kit Siang, Penyata Rasmi Parlimen (27 Oktober 1986).

Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) juga menyebabkan negara rugi lebih RM2 bilion. Kerugian besar dalam Perwaja Steel pula lebih RM10 bilion, Kerugian akibat skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) adalah lebih RM4 bilion.

Paling dahsyat ialah kegagalan Mahathir menguruskan ekonomi dengan baik, negara alami krisis matawang pada tahun 1997 menyebabkan pertumbuhan ekonomi merudum, peniaga gulung tikar dan rakyat hilang pekerjaan. Nilai ekuiti Bumiputera hanya naik 4 peratus sepanjang 22 tahun kerajaan berada di bawah pentadbiran Mahathir.

SME Bank juga rugi RM1.18 bilion kerana skandal Repco Capital. Sekarang Mahathir juga sudah gagal sebagai Pengerusi PH kerana gagal mendaftarkan pakatan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengikut masa yang ditetapkan.

Selepas sudah buat onar begitu lama, Mahathir letakkan beban pula pada Najib untuk selesaikan masalah legasi yang dicetuskannya dan pada masa sama cuba menjatuhkan Najib melalui cara yang salah.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Najib sangat cekal dan komited dengan visi dan agenda transformasinya untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

“Lihat saja Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 yang memaklumkan Malaysia menghampiri status negara berpendapatan tinggi.

“Pastinya Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa anak didiknya, Najib ternyata muncul lebih baik daripada yang beliau sangka,” katanya.

Sudah perintah negara ini selama 22 tahun atau 5 penggal setengah. Masih tidak cukup lagi? Masih hendak minta lagi 2 tahun untuk jadi PM.

Sudah sudahlah. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini kuda dan kucing kesayangan pun sudah "belahak" berapa kali dah setiap hari. Hendak apa lagi?

Kerana dendam kesumat, dalam masa 2 tahun Mahathir akan buang habis kakitangan awam di Putrajaya. Dalam masa dua tahun, Mahathir, Kit Siang dan Anwar akan bergaduh rebut kuasa di Putrajaya.

Ini akan berlaku kalau pembangkang dapat perintah negara ini. Melingkup habis jadinya. Jangan bagi pembangkang jahanamkan negara ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB838, Selasa
27 Mac 2018

0 komentar: