Bujang Senang

Bujang Senang

14 Jun 2016

JAWATANKUASA DUN DI LANTIK


Perintah Tetap dan Jawatankuasa Pemilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) memilih Datuk Idris Buang (BN-Muara Tuang) sebagai pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).
Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang membuat pengumuman itu semalam berkata PAC turut dianggotai Alexander Vincent (BN-Ngemah), Ranum Mina (BN-Opar), Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu), Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya), Yussibnosh Balo (BN-Tellian), See Chee How (PKR-Batu Lintang) dan Lo Khere Chiang (BN-Batu Kitang).
Jawatankuasa Persidangan DUN pula akan diketuai Asfia sebagai perngerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai dan Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pesisir dan Perikanan) Datuk Julaihi Narawi.
Asfia melantik Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais sebagai pengerusi Jawatankuasa Acara DUN.
Ahli-ahli jawatankuasa itu terdiri daripada Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Perpaduan Rosey Yunus, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Komunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat Dr Abdul Rahman Ismail.
Ahli-ahli lain terdiri daripada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyelidikan Sains dan Bioteknologi) Dr Annuar Rapa’ee, Dato Sri Mohammad Ali Mahmud (BN-Stakan), Abdullah Saidol (BN-Semop), Paulus Palu Gumbang (BN-Batu Danau), Razaili Gapor (BN-Beting Maro), Dennis Ngau (BN-Telang Usan) dan Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas).
“Jawatankuasa Acara DUN akan membantu Jawatankuasa Persidangan dalam merancang, menganjur, mengurus dan memantau sebarang acara berkaitan usaha menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan fasiliti selesa kepada ahli Dewan,” jelas Asfia.
Selain itu Asfia juga mengetuai Jawatankuasa Petisyen Awam dan ahlinya terdiri daripada Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Roland Sagah, Menteri Muda Pengangkutan Sungai dan Keselamatan Liwan Lagang, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dan Martin Ben (BN-Kedup).
Jawatankuasa Keistimewaan DUN turut dipengerusikan oleh Asfia dan dianggotai ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar  Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pengangkutan Air, Darat dan Keselamatan Datuk Lee Kim Shin, Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala dan Abdul Karim.
Borneo post

0 komentar: