Bujang Senang

Bujang Senang

6 Jun 2016

SHAFIE APDAL 'U-TURN'????



A picture tells a thousand story..... benar sekali macam macam cerita boleh di rumus dari gambar itu.
Dikala gerakan Tun Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib terbantut dan menemui jalan buntu kerana terhalang dalam banyak hal, seperti penipuan dan pembongkaran tandatangan palsu , selain dari itu telah diketahui umum bahawa berita berita berkenaan 1MDB tidak kira dari Singapura , Switzerland , Australia atau mana mana pihak media luar negara adalah berbayar dan mendapat maklumat separuh masak dari Malaysia , lain pula kisah dengan watak seperti Shafie Apdal ini.
Dikatakan Dauk Shafie sebagai individu yang menyokong gerakan Tun Mahathir telah beberapa kali terlihat berkempen untuk UMNO dan Barisan Nasional.
Persoalan bermain dikalangan ahli UMNO dan pemerhati politik  adakah beliau sudah buat pusingan U?
Ini ditambah dengan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa minggu lepas ketika di tanya sama ada 3 watak yang terbabit bersama Tun M akan diambil tindakan , lalu Ku Nan hanya menjawap yang akan diambil tindakan ada lah TS Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sahaja dan tidak kepada Datuk Shafie Apdal. 
Maka nyata sekali kedudukan Datuk Shafie Apdal dalam UMNO mungkin tidak dibicarakan dan nampak seolah olah ada perbincangan sebalik tabir sedang berlaku.
Boleh di katakan , Datuk Shafie sebenarnya tiada perang pun dengan DS Najib, ia hanya kjerana Datuk Shafie dikatakan ada membuat permintaan peribadi kepada DS Najib, tetapi tetapi amat sukar di penuhi lalu Datuk Shafie merajuk , permintaan berkenaan kehendak nya di Sabah.
Terbaru, di hari penamaan calon Sg Besar, terlihat wajah Datuk Shafie turut hadhir sama untuk meriahkan lagi rombongan BN termasuk juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ini menunjukkan kematangan bagi kedua individu ini , dan juga kematangan parti dalam BN walaupun ada masalah.
Walaupun sudah tersebar , konon nya Datuk Shafie sudah membuat pusingan U, tentu kita mahu memastikan perkara ini datang dari mulut beliau sendiri, walau pun badan beliau sudah pun berkata ya kepada U-Turn itu.
Jika benar elok sangat lah, kerana gerakan Tun Mahathir bukan ada faedah kepada UMNO dan rakyat ia semata mata kehendak peribadi dan perkara ini di sokong oleh personaliti popular Tun M sahaja dan tiada kebenaran pun pada tindakan nya.
Kepada Datuk Shafie yang menyedari masa depan politik nya agak kelam tanpa UMNO elok sangat lah berbalik semula, kerana dalam agenda Tun Mahathir, nama Shafie Apdal tiada tersenarai.
www.tv14.my

0 komentar: