Bujang Senang

Bujang Senang

13 Jan 2016

PENDAKI WANITA NEGARA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA .

Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, yang kini dalam misinya melengkapkan pendakian ke 7 Puncak tertinggi dunia di Gunung Aconcagua, Argentina, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gunung itu semalam.

Menurut Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, Siti Hanisah terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter untuk dibawa turun ke kaki gunung dan dibawa ke hospital.

"Saya belum mendapat maklumat secara terperinci lagi mengenai keadaan beliau tetapi saya difahamkan Anis mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika dalam pendakian menuju ke puncak Aconcagua semalam".

Tambah Qobin, keadaan kecederaan Anis hanya akan diketahui esok selepas menjalani x-ray di hospital.

"Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Anis kerana beliau membawa misi untuk menaikkan nama negara di mata dunia dengan mencipta rekod sebagai wanita Malaysia pertama berjaya mendaki di tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua dunia".

Sementara itu, seorang lagi pendaki dari Johor iaitu Mohd Khafiz Bachok yang mengiringi pendakian Anis, berjaya sampai ke puncak Aconcagua iaitu puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter.

Pendakian Anis di bawah kelolaan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dan turut mendapat sokongan tajaan daripada IM4U.

Beliau sebelum ini mencatat nama dengan memegang rekod sebagai pendaki Everest Malaysia Termuda menawan puncak tertinggi di dunia itu pada tahun 2013 pada usia 23 tahun.

Anis kini dalam misi dinamakan KE7B Srikandi 7 Benua iaitu misi untuk menjadi pendaki wanita Malaysia pertama mencapai puncak 7 gunung tertinggi di 7 benua. 

Beliau sebelum ini telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, Puncak Elbrus di Benua Eropah, Puncak Kosciuzco di Benua Australia selain Gunung Everest di Benua Asia.

Related Posts:

  • Sabotaj? Aktiviti sabotaj dalam parti politik sudah menjadi-jadi hinggakan parti politik di Sarawak pun tidak terlepas. Di mana letak aku janji dan perlembagaan parti yang menjadi kreadibiliti ahli-ahlinya? Ada khabar yang semakin… Read More
  • ARAB SPRINGS SATU KESILAPAN Kematian seorang peniaga jalanan di Tunisia, Moha­med Bouazizi yang membakar di­rinya lima tahun lalu di sebuah ba­ngunan kerajaan di negara itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan rasuah di negara itu men… Read More
  • JAWAPAN PADA FITNAH RAFIZI 2016 TAHUN JUAL NEGARA Kepada yang tak faham macamana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya: 1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia. 2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adala… Read More
  • MENGENALI FRANCIS YEOH PEMILIK YTL.  FRANCIS YEOH PEMILIK YTL, KRONI TUN M DAN INDIVIDU YANG PENUH DENGAN AGENDA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB Ahli perniagaan, Francis Yeoh membina empayar perniagaannya dengan bantuan “teman-temannya yang berkuasa”. https:/… Read More
  • PENDAKI WANITA NEGARA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA . Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, yang kini dalam misinya melengkapkan pendakian ke 7 Puncak tertinggi dunia di Gunung Aconcagua, Argentina, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gun… Read More

0 komentar: