Bujang Senang

Bujang Senang

10 Apr 2016

Fakta Sejarah Yang Menarik Berkenaan Tanah Adat (NCR) Sarawak.



Apa yang berlaku di Sarawak pada hari ini adalah hal berkenaan Tanah Adat (NCR) yang sering dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang. Setiap kewujudan undang-undang dan kanun berkenaan tanah sudah pasti ada sebab musabab yang berlaku kerana faktor sejarah membentuk segala susun atur urusan dengan begitu sistemetik dan terurus.

Berikut pembaca boleh mengenali sejarah pembentukan kanun tanah adat yang telah didapati dari sejarah sebenar :

15.08.1839 - Pengembara laut, Sir James Brooke hadir buat pertama kali ke bumi Sarawak. Waktu ini, Sarawak cuma meliputi bahagian Kuching sahaja dan tertakluk kepada pemerintahan Kesultanan Brunei.

01.08.1842 - 3 tahun selepas lawatan pertama, Sir James Brooke dilantik sebagai Rajah Sarawak oleh Sultan Brunei atas jasanya menamatkan perang saudara di Sarawak (Bahagian Kuching) pada waktu itu.

27. 09. 1863 - Rajah James Brooke keluar dari Sarawak untuk kali terakhir menjadikan Sir Charles Brooke sbg Rajah Sarawak yang kedua. Tahun 1863 amat penting kerana dalam tahun inilah Undang-undang Tanah yang pertama bagi negeri Sarawak diwujudkan. Ia berbentuk Rajah Order dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, hanya mengawalselia pentadbiran tanah yang mudah. Namun, konsep NCR belum lagi dibicarakan. Surat hakmilik tanah untuk tempoh 900 tahun dikeluarkan dalam zaman ini.

26.08.1870 - Sarawak Gazette mula dikeluar dan diedarkan. Ia adalah penerbitan rasmi kerajaan Sarawak dari 1870 hingga sekarang. Semua undang-undang bertulis akan diterbitkan melalui Sarawak Gazette dan penguatkuasaan undang-undang bertulis di Sarawak bermula dari tarikh penerbitannya / pewartaannya. Ia kemudiannya ditambahbaik melalui keluaran bersiri dalam format yang sama seperti sekarang semenjak 16.06.1908.

01.12.1882 - Penerbitan Land Ordinance kali pertama. Pentadbiran tanah pada zaman ini adalah dibawah Pejabat Residen dan Daerah. Pengeluaran geran dibawah Jabatan Pertanian. Urusan pindahmilik dibawah jendalian Mahkamah Sivil. Urusan ukur pula dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Agak kompleks urusan pentadbiran tanah pada waktu itu.

02.07.1915 - Penamatan "Malaysian Concession" di Goebilt. Konsesi tanah pertanian kpd syarikat dari Malaya yg mengguna nama "Malaysia" telah wujud sebelum 1915 lagi. Mungkinkah inspirasi penubuhan negara Makaysia datang dari "syarikat" ini?

24.05.1917 - Pertabalan Sir Charles Vyner Brooke sebagai Rajah Sarawak yang ketiga. Banyak undang-undang tanah diperkenal, disusun semula serta dikuatkuasakan semasa era Rajah Charles Vyner Brooke ini.

1918 - Penubuhan Jabatan Tanah Dan Survei. Urusan pemprosesan permohonan tanah di Pejabat Residen dan Daerah, urusan pendaftaran dan pindahmilik di Mahkamah Sivil serta urusan pengukuran di Jabatan Kerja Raya telah disatukan dibawah Jabatan Tanah dan Survei.
1925 - Jabatan Tanah dan Survei dipecah kepada dua iaitu Jabatan Tanah untuk urusan pentadbiran tanah manakala urusan ukur terletak dibawah Jabatan Survei.

07.02.1926 - "Aerial Survey" buat pertama kali dilaksanakan oleh Jabatan Survei. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kawasan yang sudah dibangunkan dengan kawasan yang belum diusahakan. Isu NCR sudah mula dibangkitkan dan disusun ubdang-undang berkenaan dengannya. Isu NCR bukan isu sekarang sahaja tetapi sudahpun wujud sejak 1926 lagi.

1933 - Percantuman semula Jabatan Tanah dan Jabatan Survei nenjadi Jabatan Tanah dan Survei. Percantuman semula ini disertai penubuhan Cawangan baru iaitu Cawangan Perancangan selain dua Cawangan asal iaitu Cawangan Tanah dan Cawangan Survei. 3 Cawangan tertua ini wujud di JTS hingga sekarang. Dalam tahun 1970an, Cawangan Penilaian diwujudkan. Urusan penilaian tanah di JTS sebelum itu adalah dilakukan oleh Cawangan Tanah.

22.06.1933 - Order No. L-7 yang juga dikenali sebagai Land (Settlement) Ordinance 1933 diperkenalkan. Undang-undang ini memperakui kewujudan NCR tetapi hanya dalam ruang lingkup undang-undang bertulis. Amalan secara adat dihadkan.

16.12.1941 - Sarawak dijajah Jepun.

11.09.1945 - Sarawak dimerdekakan dari penjajahan Jepun tetapi masih lagi kekal dibawah Rajah Charles Vyner Brooke.

01.07.1946 - Detik hitam melanda apabila Sarawak diserahkan oleh Rajah Charles Vyner Brooke kepada Kerajaan British sebagai salah sebuah jajahan British. Sejak dari itu, kemasukan pegawai-pegawai British dari India, Australia dan New Zealand bertambah secara mendadak di bumi Sarawak.

1948 - The Land (Classification) Ordinance 1948 diwujudkan. Undang-undang mengawalselia NCR dimaktubkan di dalam undang-undang ini.

01.01.1958 - Penguatkuasaan The Land Code (Chapter 81) yang memansuhkan semua undang-undang tanah yang digubal sebelum tahun 1957. The Land Code (Chapter 81) inilah yang menjadi kanun tanah utama negeri Sarawak hingga ke hari ini dan sudah beberapa kali melalui beberapa proses pindaan.

Jelas sekali bahawa undang-undang bertulis tentang hal ehwal tanah sudahpun wujud 1863, iaitu kira-kira 150 tahun yang lampau. Beberapa siri undang-undang inilah yang mendasari proses kerja dan sistem pentadbiran tanah di Sarawak, hingga ke hari ini.

Rakyat Sarawak harus memahami fakta sejarah Tanah Adat (NCR) Sarawak yang sebenar dan tidak mengikuti hasutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang. Sebgai sebuah negeri yang berdaulat, undang-undang atau kanun-kanun tertentu digubal agar segala permasalahan berkenaan tanah dapat diselesaikan secara sistematik.

0 komentar: