Pilihanraya semakin dekat dan masalah calon masih menjadi perhatian seluruh masyarakat Sarawak.
Namun Ketua Menteri sudah mengumumkan calon bagi mewakili kawasan masing-masing dn ada juga kawasan yang masih menjadi teka teki siap yang bakal menjadi calon.
Selepas pengumuman calon telah dilakukan oleh Adenan, terdengar desas desus ketidak sesuaian calon yang telah diumumkan oleh Adenan yang menjadi bualan masyarakat. Yang pasti calon luar memang tidak mendapat sambutan daripada rakyat.
Apa yang diperkatakan ialah calon yang mereka inginkan adalah datang daripada penduduk asal kawasan berkenaan kerana memudahkan mereka untuk membincangkan masalah yang dihadapi rakyat jika terpilih menjadi calon.
Sentimen calon anak tempatan semakin menular dibibir masayarakat setempat dan ia adalah satu impian yang mereka inginkan. Namun hakikatnya sesiapa yang diumumkan oleh Adenan adalah yang terbaik walaupun bukan datang daripada anak tempatan.
Terserah kepada pengundi kerana mengundi tiada unsur paksaan untuk memilih calon. Adenan sudah jelas menyatakan bahawa rakyat harus bersatupadu untuk mengundi Barisan Nasional bagi memberi mandat yang lebih besar agar Adenan mampu membawa Sarawak lebih cemerlang.
0 komentar:
Catat Ulasan