Bujang Senang

Bujang Senang

10 Apr 2016

Guruh Berdentum Di Langit, Hujan Tidak Turun



Pembangkang di Sarawak lantang bersuara membantah dasar yang di lakukan kerajaan. Bagai nak rak suara mereka berkempen dan menghambur kenyataan yang negatif tentang kerajaan. Hebat memang hebat jika bab pembesar suara sudah diberi kepada pembangkang.

Tetapi apa faedah semuanya kepada rakyat. Hanya laungan lantang yang tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Setakat juara bersuara di tanah lapang belum tentu akan membela nasib rakyat. Bagaikan anjing menyalak bukit tetapi bukit masih utuh berdiri.

Pembangkang melaungkan kononnya mereka adalah hero perjuangan tanah NCR tetapi pada samanya mereka hero mendapat sumber pendapatan daripada rakyat apabila kes NCR dibawa ke mahkamah. Adakah begitu boleh dikatakan berjuang sedangkan rakyat yang menanggung segala kos di mahkamah?

Terlalu bijak pembangkang manipulasi isu NCR kerana ramai dikalangan wakil rakyat pembangkang berlatar belakangkan seorang peguam. Ternyata pembangkang bijak menangguk di air yang keruh. Episod akhirnya rakyat yang menanggung segala bebanan kos guaman.

Sudah sekian lama NCR menjadi agenda politik pembangkang dan ramai juga rakyat terpengaruh dan mereka ini terus ketinggalan dalam segala dasar yang berteraskan rakyat yang diusahakan oleh kerajaan Barisan nasional. Kerajaan bertindak membuat satu mekanisma yang terbaik bagi menyelesaikan masalah NCR selama ini dan ada di kalangan rakyat sudah menikmati faedah hasil daripada usaha kerajaan.

Pembangkang masih juga membawa isu NCR yang dikitar semula. Bercakap mengenai NCR dan terus bercakap isu yang sama. Sehingga kini pembangkang tiada idelistik yang mampu menyelesaikan masalah NCR malah pembangkang hanya mampu memenuhi kantong poket mereka hasil masalah NCR. Bak kata orang tua dulu-dulu, Guruh berdentum dilangit tetapi hujan tidak juga turun.

0 komentar: