Bujang Senang

Bujang Senang

13 Jun 2016

FOKUS BERKEMPEN SECARA BERHEMAH-AHMAD MASLAN


Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa Kempen Media Sosial yang diterajui Biro Teknologi Maklumat UMNO adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan perkara sebenar kepada rakyat. Menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Kempen Media Sosial itu memberi fokus kepada pengundi muda di kedua-dua kawasan.
"Kami bukan pemfitnah di alam maya."
"Ketika berkempen, perkara-perkara yang baik, benar harus diberitahu kepada rakyat dan ia mamadai untuk memenangi hati rakyat."
Selepas mempengerusikan mesyuarat khas Biro Teknologi Maklumat UMNO di Resort Safari Sungai Perak, beliau turut menyelar tindakan pihak-pihak yang tidak beretika di dalam kempen mereka ketika mengulas mengenai pelbagai tohmahan di laman sosial terhadap Barisan Nasional.
"Kita seharusnya berkempen dengan cara berhemah dan memberitahu perkara yang sebenar, bukanya memfitnah." tambahnya.

0 komentar: