Bujang Senang

Bujang Senang

11 Jun 2016

KERAJAAN NEGERI SARAWAK LAKU KAN ROMBAKAN??


Kerajaan Negeri Sarawak akan melakukan rombakan besar-besaran pada bulan ini, yang melibatkan beberapa jawatan kanan pentadbiran.

Menurut sumber, rombakan dimulakan dengan pelantikan mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah, Datu Jaul Samion sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datu Ose Murang yang bersara wajib.

Pengarah Unit Perancang Negeri, Datu Ismawi Ismuni pula dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri bermula 17 Jun depan menggantikan Datuk Misnu Taha, yang ditawarkan sebagai Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, bertaraf menteri.

Sumber itu menambah, kekosongan yang ditinggalkan Ismawi akan diisi oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Abu Bakar Marzuki.

Tempat Abu Bakar tersebut pula akan diambil alih oleh Azmi Bujang yang kini merupakan  Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

Difahamkan tugas Azmi  akan diambil alih oleh Pegawai Tadbir Khas Ketua Menteri, Wan Khalid Wan Muhammad.

Rombakan ini dikatakan sebagai salah satu proses penstrukturan semula pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri bagi melatih kelompok pelapis yang akan mengambil alih pentadbiran negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

” Atas alasan itu jugalah khidmat dan kontrak Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Ghani dilanjutkan,” kata sumber itu lagi.

Pada masa yang sama katanya, kesemua penjawat Setiausaha Politik kini sedang proses penilaian bagi menentukan sama ada kontrak mereka layak disambung atau sebaliknya.

“Khidmat kebanyakan mereka tamat pada Jun ini, dan selepas ini pelantikan mereka tidak lagi bersandarkan perkhidmatan berasaskan parti yang diwakili.

“Sebaliknya berasaskan penugasan di kementerian bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara lebih efisien,” jelasnya.

Sarawakvoice

Related Posts:

  • SAYA INGIN BERJUMPA PERDANA MENTERI-NAJIB Kanak-kanak tidak akan berdusta...di jiwa mereka yang murni yang masih putih seperti kain putih namun terpulang pada kita orang dewasa yang bakal mencorakkannya samada mewarnakannya dengan warna yang cantik berseri atau … Read More
  • SASAR TAMBAH PENDAPATAN PENDUDUK LUAR BANDAR RM 4,000 SEBULAN Ohhhhaaaaa ...tok baruk nya waiiii...walaupun baru dilantik Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kita yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar sudah menyasarkan untuk menambah pendap… Read More
  • Rayat patut terus ngemeranka semangat kerejasama Menteri Muda Dagang Temuai Datuk Lee Kim Shin ngarapka semangat kerejasama entara rayat terus dikemeran dikena nentuka pemaik rayat pupu bansa ditu. Ku iya, rayat di nengeri tu tebilang rita siruka pangan diri sereta be… Read More
  • BN patut ulih menang besai agi maya PRN11 Barisan Nasional (BN) Sarawak ulih menang lebih ari 72 penuduk rambau Pengawa Bepilih Nengeri Ke-11 (PRN11) nyema penanggul entara parti komponen enggau pemambar nya ulih diputar tumu agi. Menteri Pengatur Pengeraja Asa… Read More
  • WANITA ROGOL LELAKI MABUK TEPI JALAN Seorang lelaki merah padam di rogol seotrang wanita secara paksa di tepi jalan. Lelaki ini mendakwa telah di tolak secara paksa dan dipaksa baring di tepi jalan oleh wanita tersebut dan kemudiannya wanita itu telah membu… Read More

0 komentar: