Bujang Senang

Bujang Senang

26 Jun 2016

Pemuda UMNO Kedah sokong pemecatan Mukhriz dan Muhyiddin :


Pemuda UMNO Kedah menyokong pemecatan DS Mukhriz dan TS Muhyiddin dan ianya disifatkan amat wajar selaras dengan hasrat parti mendisiplinkan ahli parti. Malah Pemuda UMNO Kedah menyifatkan pemecatan ini sepatutnya dilakukan lebih awal kerana tindakan mereka berkongsi pentas dgn pembangkang adalah satu pengkhianatan besar thdp perjuangan parti.

Pemuda Kedah juga menyifatkan tindakan pemecatan ini perlu dilakukan kerana parti perlu bergerak kedepan tanpa sebarang gangguan dalaman. Pemuda UMNO Kedah juga memohon agar ahli parti bertenang dan terus fokus thdp usaha-usaha meraih sokongan dan pada masa yg sama memperkasa parti yg telah terjejas akibat tindak tanduk individu2 tertentu.

Pemuda UMNO Kedah juga bersetuju dgn tindakan pantas MKT menghentikan serta merta penyaluran dana bantuan thdp Yayasan Kepimpinan Perdana. Pemuda UMNO Kedah kesal dan kecewa, platform yg sepatutnya digunakan oleh mantan2 Perdana Menteri menyumbang kembali pembangunan negara di salah gunakan sbg pusat penyebaran fitnah dan adu domba.

Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya, tindakan MKT ini bukanlah utk melindungi sesiapa, tetapi lebih utk kembali meletakkan parti di atas landasan yg sepatutnya. Pemuda UMNO Kedah percaya, ini bukanlah keputusan yg mudah, tetapi perlu dilakukan demi survival parti

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

0 komentar: