Bujang Senang

Bujang Senang

30 Jun 2016

PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI


Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada  6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.

Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.

Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.



( TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA )

        Ketua Setiausaha Negara

             30 Jun 2016

Related Posts:

  • Sarawak makes English official language along with BM KUCHING, Nov 18 ― Sarawak has adopted English as the official language of the state administration, apart from Bahasa Malaysia, Chief Minister Tan Sri Adenan Satem said today. Adenan told the state civil service gatheri… Read More
  • PELAJAR MARAH TUDUHAN TERHADAP JAMIL KHIR. Berkenaan dengan isu Dato Seri Jamil Khir, saya mewakili pelajar yang terlibat sendiri dengan program bersama Dato Seri ingin meluahkan rasa dukacita di atas tomahan yang dilemparkan kepada Dato Seri. Hal ini kerana mema… Read More
  • Luahan Bapa: “Saya Jadi Hamba Whatsapp” Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin ceritakan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang berna… Read More
  • MENGAPA PEREMPUAN INI MEMINTA PUTERI SULU MEMBEBASKAN ANWAR??? Adakah wanita berbaju biru ini Puteri Jacel Kiram, puteri sulung Almarhum Sultan Jamalul Kiram dari Kesultanan Sulu dan Utara Borneo atau Sabah? Beliau bertindak sebagai jurucakap utama apabila Suluk yang diketuai ole… Read More
  • REGATTA MUKAH KEMBALI LAGI. Regatta Mukah yang akan diadakan pada 28/29 November 2015 bakal menjadi berita gembira kepada penduduk Mukah setelah menunggu 10 tahun untuk menyaksikan keramaian dan menyertai sukan air popular itu. Kali terakhir Regatta Mu… Read More

0 komentar: