Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini, dilaporkan memanggil mesyuarat khas EXCO bagi membincangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan.
Mesyuarat yang dijadual berlangsung di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 12 tengah hari ini, dijangka turut dihadiri semua Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan Ahli Jawatankuasa DAP negeri.
Ketika ini semua pintu masuk ke lobi Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR dikawal rapi pengawal keselamatan dan pihak tidak berkaitan tidak dibenarkan masuk.
Pengawal keselamatan turut berada di luar Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 KOMTAR.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan berada di pejabatnya bersama beberapa EXCO kanan.
Difahamkan, beliau akan mengadakan sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas EXCO.
0 komentar:
Catat Ulasan