Bujang Senang

Bujang Senang

12 Jul 2016

Penjawat Awam Yang Sokong Kerajaan BN Dihukum Serta Merta?



'Goverment of the day' atau lebih kurang maksudnya kerajaan yang memerintah masa kini - merujuk kepada Kerajaan Pusat. 

Senangkan takrifnya bagi pekerja yang bekerja di bawah kerajaan masa kini. Atau masih ada takrif lain yang membolehkan sesiapa yang bekerja di bawahnya dengan sewenangnya menghina dan memfitnah majikan sendiri? Wajarkah perlakuan umpama anjing gigit tuannya yang menyuapkan makanan setiap hari? Bukankah ada saluran untuk penambahbaikan sekiranya berlaku cacat cela pentadbiran majikan?

Lupakah juga tentang bagaimana terbentuknya sebuah kerajaan melalui proses demokrasi, melalui kertas undi untk memilih kerajaan masa kini? Parti yang menang akan memerintah dan bukan kesemua yang terlibat di dalam parti yang menang menjadi pekerja di bawah kerajaan yang mentadbir negara ini. Susah sangatkah hendak faham siapa yang bertungkus lumus untuk memastikan kerajaan BN kekal memerintah?

Hari ini kedengarannya makin menjadi-jadi akal pekerja kerajaan yang namanya ditukarkan kepada penjawat awam. Benarkah mereka hanya pekerja 'punch card'? Masuk kerja, pulang dan cucuk kad untuk ambik gaji sahaja? Kalau ada yang cuba pertahankan Kerajaan BN samada di lapangan maupun di media sosial maka mereka ini akan dihukum?

Benarkah Ketua Pengarah telah dibeli oleh parti lawan yang sentiasa mencari jalan untuk hancurkan Kerajaan BN? Nampaknya persoalan ini sudah mula timbul sejak akhir-akhir ini berikutan tindakan yang dikenakan kepada penjawat awam yang hampir setiap hari memuatnaik status di facebook tentang kejayaan Kerajaan BN, benarkan Ketua Setiausaha Negara bertindak menghukum penjawat awam tersebut dengan menukarkan beliau serta merta?

Paling gila, surat tawaran sebagai petugas sukarela jemaah haji juga ditarik balik oleh Ketua sebuah kementerian. Benarkan kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan Malaysia?

Memang diakui bahawa setiap orang ada kebebasan memilih siapa atau parti mana yang dia suka namun wajarkah hukuman tersebut dikenakan kerana penjawat awam tersebut terlalu totok menyanjungi Kerajaan BN?

Bagaimana pula dengan penjawat awam yang terang-terang sokong parti lawan? Adakah Ketua Setiausaha Negara bertindak adil juga?

Yang bermati-matian bekerja untuk menangkan Kerajaan BN adalah ahli parti dan yang kaut serta rasuah adalah penjawat awam (tidak semua) yang bukannya ahli parti pun, baca dan dengarlah berita tentang siapa yang didakwa di mahkamah!!


Part 1
http://www.azmykelanajaya.com/2016/07/penjawat-awam-yang-sokong-kerajaan-bn.html

0 komentar: