Bujang Senang

Bujang Senang

6 Mei 2016

#Pray4MissingHeli :TIADA PETUNJUK-PESURUHJAYA POLIS SARAWAK


Pesuruhjaya Polis Sarawak,  YDH Senior DCP Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman menpengerusikan Sidang Media pada MALAM INI  jam 11.30 malam di Bilik Mesyuarat, IPK Jalan Badruddin Kuching berkaitan kehilangan helikopter yang dilaporkan hilang dari radar di Sebuyau jam 5 petang tadi.

Helikopter terbabit di percayai membawa VIP iaitu :-
1.YB dato noriah Kasno ,Timbalan Menteri MPIC
2.Tuan Asmuni bin Abdullah (Suami YB Noriah)
3.Datuk Dr Sundaran Annamalai, KSU MPIC
4.Datuk Wan Mohammad Khair-ill Anuar Wan Ahmad ,Pengerusi MPOB/AP Kuala Kangsar
5.Ahmad Sobri bin Harun (Pengawal Peribadi)
6.Pilot

Dalam kenyataan beliau, sehingga kini pasukan mencari belum menemui sebarang petunjuk berdasarkan maklumat dari DCA jam 8.20 malam.

Beliau juga menegaskan yang mendakwa pesawat berkenaan telah berjaya mendarat di mana-mana lokasi di sekitar Sri aman atau sebagainya adalah tidak benar.

Namun begitu beliau mengesahkan pasukan polis, bomba dan penyelamat telah digerakkan ke lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan.Disamping itu pasukan merin polis juga akan digerakkan pada awal pagi esok bagi membantu pasukan penyelamat yang sudah digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau pada waktu kejadian , cuaca dilaporkan buruk dengan hujan yang berangin.

Ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam ,Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.


0 komentar: