Ramai yang meneka warna baju yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada pukul 4 petang ini.
Jika dilihat pada tahun-tahun sebelum ini, beliau akan memilih baju melayu berwarna terang, sesuai untuk membangkitkan `mood’ ketika mengumumkan perkara-perkara penting dalam bajet selain menambahkan lagi aura Perdana Menteri.
Kali ini beliau memakai baju berwarna `pink fuchsia’ iaitu warna merah jambu tetapi seakan-akan ungu.
Sesuai dengan matlamat bajet iaitu mensejahterakan rakyat, warna ini memberikan energi positif kepada Najib tatkala seluruh rakyat Malaysia menantikan pengumuman-pengumuman menarik untuk mereka.
Apakah warna fuchsia ini? Ia adalah warna pokok fuchsia, iaitu nama pokok yang diambil sempena nama botanis Jerman, Leonhart Fuchs, pada kurun ke-16.
Warna fuchsia mula diperkenalkan sebagai warna pewarna baru yang dikenali sebagai fuchsine dan ia telah dipatenkan pada tahun 1859 oleh ahli kimia Perancis Francois-Emmanuel Verguin.
Namun pewarna ini telah ditukar nama magenta pada tahun yang sama, untuk meraikan kemenangan tentera Perancis di Pertempuran Magenta pada 4 Jun 1859, berhampiran bandar Magenta di Itali.
Berdasarkan pengkaji warna, fuchsia ini melambangkan kasih sayang dan lebih utama ia memberikan semangat kepada si pemakainya.
Kalau berdasarkan kepada psikologi warna pula, merah seperti ini adalah tanda harapan dan warna positif yang memberikan inspirasi, dengan segala-galanya akan menjadi baik-baik sahaja.
tv14.my
0 komentar:
Catat Ulasan