Bujang Senang

Bujang Senang

27 Okt 2016

SHAFIE PERLU SEMAK FAKTA SEBELUM ULAS TENTANG 1MDB -RAHMAN DAHALAN


Bekas ahli UMNO Datuk Shafie Apdal perlu menyemak dahulu fakta sebelum bercakap mengenai 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), kata Datuk Rahman Dahlan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas berkenaan dakwaan Shafie bahawa 1MDB telah menjual 60% daripada sahamnya kepada China.

 “Beliau tidak mempunyai pemahaman tentang saham mahupun apa yang berlaku dalam 1MDB. Apa yang beliau katakan adalah berdasarkan emosi dan fakta yang tidak berasas,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Rahman Dahlan, yang juga mengetuai Unit Perancang Ekonomi (UPE), menjelaskan bahawa 40% daripada keseluruhan saham adalah milik 1MDB, manakala baki lagi 60% telah dijual kepada dua entiti.

 “Entiti tersebut ialah Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway.

 “Kini daripada jumlah 60% tersebut dikongsi oleh kedua-dua entiti tersebut, IWH memegang 60% manakala China Railway hanya memegang sebanyak 40%.”

 “Jadi ia bermaksud 40% dipegang oleh Kerajaan dan 36% oleh IWH, Kerajaan Malaysia atau Rakyat mempunyai 76% daripada saham tersebut,” katanya.

Beliau menambah lagi oleh itu, China hanya memegang 24% kepentingan dalam 1MDB.

Apabila ditanya, Rahman Dahlan mengakui bahawa ia adalah satu langkah yang berisiko untuk membenarkan China hanya membuat bayaran pada tahun 2020.

 “Risiko memang selalu ada. Tetapi ia bergantung pada keadaan dan syarat-syarat perjanjian,” katanya.

OLEH D. KANYAKUMARI


Terjemahan oleh: KKMM

0 komentar: