Bujang Senang

Bujang Senang

17 Okt 2016

'Kami Merinduimu, Kolonel Gaddafi', Tangis Rakyat Libya yang ditimpa Kesusahan



Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Mahommed, seorang rakyat Libya berusia 31 tahun telah menuturkan kata-kata yang mencerminkan perasaan negaranya secara umum.

Dia berkata, "Saya menyertai revolusi pada hari pertama dan menentang Gaddafi. Sebelum tahun 2011, saya sangat membenci Gaddafi. Tetapi sekarang, hidup menjadi jauh lebih sukar, dan saya telah menjadi peminat nombor 1 beliau."

Negara ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam kos makanan, gaji tidak berbayar untuk beberapa bulan, kebangkitan keganasan IS dan gangguan elektrik yang semakin teruk.

Tiada apa-apa yang bertambah baik selepas Gaddafi dan negara dapat melihatnya sekarang. Mahmoud, seorang lagi rakyat Libya menyuarakan kekecewaannya dengan kesan negatif daripada revolusi itu.

 "Kami telah mempunyai tujuh kerajaan sejak 2011 dan apakah yang telah mereka capai? Satu-satunya perkara yang kami boleh lihat ialah tong sampah baru kerana salah satu kerajaan awal telah meletakkan tong besar baru di seluruh Tripoli. Kami masih mentertawakan tong sampah itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya pencapaian revolusi itu."

Libya yang sebenar berakhir dengan kematian Gaddafi

Seorang pekerja minyak yang bernama Harun berkata penyingkiran Gaddafi "jelas merupakan satu kesilapan kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi dan kami memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, yang sebenarnya tidak ada.

"Orang Barat tidak sabar-sabar untuk mengebom tetapi memberhentikan misi untuk membina semula runtuhan yang ditinggalkan selepas pengeboman itu. Rakyat Libya dibiarkan untuk memikirkan demokrasi yang telah lebih daripada empat dekad tidak mereka miliki yang mengakibatkan pelbagai kumpulan cuba merebut kuasa menggunakan cara ketenteraan.

Aktivis politik, Fadiel memberitahu Dailymail, walaupun "ia kini sepatutnya menjadi lebih baik daripada masa Gaddafi," semua yang tinggal hanyalah "huru-hara dan pergaduhan antara satu sama lain, keadaan menjadi kacau-bilau."

Seorang lagi rakyat Libya yang bercakap mengenai keadaan di negara itu dengan berani berkata, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Kami bukanlah sebuah negara lagi, kami telah menjadi hanya kumpulan suku kaum, dan bandar-bandar yang berperang. Sebelum ini, hanya terdapat satu Gaddafi tetapi kini kita mempunyai enam juta Gaddafi kecil."

Negara ini mempunyai tiga kerajaan yang semuanya tidak bersedia untuk berkompromi. Terdapat dua kerajaan tetapi satu lagi telah diwujudkan dalam negara ini oleh Barat melalui PBB.

Negara ini sangat terbahagi sehingga seorang bekas diplomat Libya direkodkan berkata, "Negara ini telah terbahagi. Kami mempunyai dua kerajaan negeri, dua parlimen, dua bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara. "

Seolah-olah ini tidak mencukupi, IS juga telah memegang teguh bandar Sirte untuk beberapa ketika menyebabkan kebimbangan bahawa ini akan menjadi kilang aktiviti pengganas menghasilkan pejuang pelampau jihad yang tegar.

Barat bagaimanapun telah bertindak membantu mendapatkan kembali beberapa tanah dari pejuang IS.

Serangan terkini oleh Amerika Syarikat adalah satu bentuk serangan udara pada 1 Ogos.

Kuasa-kuasa lain sangat berahsia tentang campur tangan mereka tetapi kumpulan militan baru, Benghazi Defence Brigades telah membunuh tiga rakyat Perancis pada Julai 2016.

Anggapan yang salah tentang revolusi

Bekas diplomat Abdusalem bukanlah seorang yang objektif tetapi maksud kata-kata beliau adalah sukar untuk dibidas.

Beliau berkata, "Apa yang dipanggil revolusi adalah dusta semata-mata. Kami rakyat Libya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi. Kami telah berlindung di bawah Gaddafi selama 42 tahun. Ia bukanlah revolusi Libya, ia adalah revolusi NATO kerana mereka mahu menyingkirkan Gaddafi."

Walaupun ia adalah sedikit keterlaluan kerana ada beberapa orang yang benar-benar mahu Gaddafi digulingkan, ia adalah benar bahawa NATO telah memutarbelitkan tujuan sebenarnya dan menggunakan alasannya sendiri tanpa mengambil kira masa depan negara ini.

Obama mengakui ia bukan lagi campur tangan atas sebab-sebab yang betul tetapi telah menjadi satu keadaan yang diakibatkan oleh agenda Sarkozy (dari Perancis) dan Cameron (dari Britain).

Cameron juga diperintah untuk bertanggungjawab ke atas huru-hara di Libya yang berlaku disebabkan laporan baru-baru ini oleh badan perundangan negara itu.

Walaupun NATO berkata ia campur tangan untuk melindungi orang awam, Salem, seorang pelajar perubatan berusia 26 tahun daripada Tripoli telah berkata, "Jauh lebih ramai orang telah terbunuh sejak 2011 daripada semasa revolusi atau di bawah 42 tahun pemerintahan Gaddafi jika digabungkan. Kami tidak pernah mempunyai masalah seperti ini di bawah Gaddafi. "

Dianggarkan terdapat lebih 1,700 kumpulan bersenjata yang meningkat akibat daripada "revolusi"; kini politik di Libya tidak boleh ditentukan dengan undi tetapi dengan senjata api dan bom. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Demokrasi yang mereka harapkan masih belum tiba dan lebih teruk lagi, tidak ada kedamaian dan organisasi pengganas yang paling besar ketika ini cuba untuk menubuhkan pangkalannya di negara ini.

Memetik kata-kata seorang rakyat, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi".

Moral cerita. Pimpinan BN sekarang jauh lebih baik dari Gaddafi,masalahnya masih ada yang ingin tumbangkan secara haram kerajaan yangg telah dipilih secara demokrasi ini. Perhimpunan HARAM BERSIH sebagai satu contoh puak tajaan barat ingin hancurkan bumi Malaysia yang aman damai ini.

#TolakBersih5

0 komentar: