Bujang Senang

Bujang Senang

21 Nov 2016

AL-FATIHAH BUAT BLOGGER DIN TURTLE


Seorang blogger Shaifuddin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Din Turtle, meninggal dunia di rumahnya di Kuala Terengganu pada kira-kira jam 6.00 petang tadi (Ahad).


Allahyarham dilaporkan mengadu keletihan dan lenguh badan, lalu meminta isterinya yang baru balik kerja menyapukan minyak panas ke badannya. Tidak lama kemudian, beliau tiba-tiba menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri kesayangannya.


Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 10 pagi Isnin di tanah perkuburan berhampiran Primula Hotel, Kuala Terengganu.


Al-fatihah buat Allahyarham Din Turtle dan takziah kepada keluarganya, mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

 Pesan Saidina Ali,

Jadilah orang yang baik bila tiba ajalnya diratapi oleh semua orang. Jangan jadi orang yang jahat bila tiba ajalnya dirai dan disukai.                      

Innalillahirojiun....

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu".

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah ....

بِسْÙ…ِ  ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين

Aamiin Ya Rabbal Alamin...

0 komentar: