Bujang Senang

Bujang Senang

1 Sep 2016

BLOGGER DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN DAN 2,000 SEBATAN



Blogger lelaki berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 2,000 sebatan di Arab Saudi kerana mengaku dalam akaun Twitter bahawa beliau seorang ateis. Arab Saudi mendefinisikan ateis sebagai 'keganasan' dan lelaki berkenaan enggan menarik balik pengakuan, sebaliknya menegaskan berhak meluahkan beliau tidak mempunyai pegangan agama. Polis agama Arab Saudi yang memantau rangkaian sosial mendapati lebih 600 tweet daripada lelaki berkenaan, mempersendakan al-Quran dan menyatakan penipuan ajaran Nabi Muhammad mencetuskan permusuhan budaya. Selain penjara dan sebatan, beliau juga didenda 20,000 riyal (RM21,764). Undang-undang yang mendefinisikan ateis sebagai keganasan diperkenalkan menurut Raja Abdullah pada 2014, bertujuan menghentikan tentangan politik dan agama yang boleh menjejaskan peraturan awam. Pada 2012, blogger dan aktivis Raif Badawi, 32, mengendalikan laman web 'Free Saudi Liberal' dan ditahan kerana menghina Islam menerusi saluran elektronik, mewujudkan laman web yang merendahkan keselamatan umum dan mempersendakan tokoh Islam. Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2014, 1,000 sebatan dan denda sejuta riyal (RM1.09 juta) dengan sebatan di khalayak ramai dilakukan pada tempoh 20 minggu. - AGENSI

0 komentar: