Bujang Senang

Bujang Senang

15 Sep 2016

Polis Bukit Aman geledah rumah, pejabat ADUN Pujut


Sepasukan polis menggeledah kediaman, pejabat dan klinik milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon di sini semalam ekoran dakwaan status kenegaraan beliau.
Pasukan terdiri daripada dua pegawai Bukit Aman termasuk pasukan polis tempatan dipercayai mempunyai waran menggeledah untuk mencari bukti kes yang bakal didengar di Mahkamah Tinggi Miri pada 30 September nanti.
Memberitahu Utusan Borneo semalam, Setiausaha Agung DAP Sarawak juga peguam bela kes tersebut Alan Ling berkata, kes telah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang sebelumnya dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Pada 16 Jun lalu, calon langsung BN-Pujut Datuk Hii King Chiong melalui peguamnya K.Y Lin  tmemfailkan petisyen pilihan raya memohon mahkamah mengumumkan kemenangan Dr Ting sebagai batal dan tidak sah.
Hii dalam petisyen yang sama mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerana mendapat undi kedua tertinggi atau diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) tanpa penyertaan DAP.
Petisyen berkenaan dibuat atas alasan Dr Ting adalah warganegara Australia.
Utusan Borneo

0 komentar: