Bujang Senang

Bujang Senang

6 Sep 2016

TRANSKRIP DAN FOTO PERJUMPAAN SETELAH LAPAN BELAS TAHUN , MAHATHIR DAN ANWAR



Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 semalam menimbulkan pelbagai spekulasi.

Timbul persoalan sama ada kedua-dua musuh politik sejak 18 tahun lalu itu akan bekerjasama lagi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mahathir, bagaimanapun menegaskan beliau berminat berkaitan kes itu kerana mereka mempunyai pendirian sama.

Berikut transkrip wawancara Mahathir dengan pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur semalam:


Wartawan: Tun, boleh ulas alasan kamu lawat Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kedua-dua kamu berdamai sejak 1997?

Mahathir: Saya berminat dengan kes ini kerana seperti yang kamu tahu ia berkaitan MKN. Saya telah tulis blog dan beliau juga buat perkara sama. Beliau akan hentikan (akta itu).


Jadi saya datang jumpa beliau dan berbual panjang berkaitan apa yang beliau sedang buat.

Jadi kedua-dua kamu bersahabat, rakan dalam pembangkang?

(Ketawa) Saya tidak tahu tentang kawan, tetapi saya bercakap dengan beliau... (rakaman tidak jelas).

Adakah kamu restuinya sebagai PM jika pembangkang berkuasa?

Saya restui tindakan beliau terhadap MKN dan juga kes lainnya.

Restui beliau sebagai PM?

(Ketawa) Itu terlalu awal untuk saya putuskan.

Adakah kamu berdamai dengannya sekarang?

Saya tidak berdamai dengannya.

Apa (bincang) dalam?

Berkenaan kes ini.

Kisah lama tak ada?

Kisah lama dah.

Pasal kes ini?

Ya.

Jadi saling memaafkan dan melupakan? Permulaan baru untuk kedua-dua kamu?

Itu tidak terlibat.


mkini

0 komentar: