Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

30 Apr 2018

Barisan Nasional Diramal Dapat 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU14


Penamaan calon sudah selesai di seluruh negara pada hari Sabtu lepas. 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi parlimen, 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi DUN. 11 kertas pencalonan ditolak.

Di parlimen, 29 kerusi ada pertandingan satu lawan satu. 143 tempat berlakunya tiga penjuru, 22 tempat ada empat penjuru dan tiga parlimen ada 5 penjuru.

Manakala di DUN, 38 kerusi satu lawan satu. 331 ada tiga penjuru, 54 tempat empat penjuru, 18 tempat 5 penjuru dan ada tiga tempat enam penjuru. Meriahnya demokrasi di Malaysia.

530 calon lelaki dan 60 calon wanita di kerusi parlimen manakala di kerusi DUN ada 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita. BN tampilkan 85 orang calon wanita, 26 di kerusi parlimen dan 59 orang di kerusi DUN.

Calon tertua adalah Mahathir, dengan usia 92 tahun dan bertanding di parlimen Langkawi. Manakala BN pula menampilkan 6 orang calon muda berusia di bawah usia 35 tahun di kerusi parlimen.

Atas kertas sudah boleh mencongak siapa yang bakal menang dan bakal kecundang. Mukhriz dan Mahathir dijangka tumpas di Jerlun dan Langkawi. Undi kepada calon PAS lagi banyak berbanding dua orang calon PKR itu.

PAS pula diramal menang di 7 kerusi tradisi mereka iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Marang dan Kuala Kedah.

PAN yang teruk diserang oleh PAS dijangka kalah di semua kerusi kecuali dua tempat sahaja iaitu di Shah Alam dan Parit Buntar. PPBM yang memakai logo mata lebam dijangka menang tipis sahaja di Pagoh. Itu pun kalau PPBM silap langkah, Muhyiddin pun akan melingkup di Pagoh.

Shafie Apdal dijangka menjadi arang atau abu di Semporna. Manakala DAP diramal tawan Teluk Intan dan Bakri. PKR hilang tiga kerusi di Batu, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Ramalan ini dianalisa berdasarkan kajian Invoke, Merdeka Center yang lepas dan menerusi sumber dalaman dari Pakatan Rakyat.

Keseluruhannya, Barisan Nasional dijangka mendapat 153 kerusi parlimen, DAP dapat 40, PKR menang 23 kerusi, PAS peroleh 7, PPBM menang 1 kerusi dan Warisan boleh 1 kerusi sahaja. DAP akan tambah lagi kerusi daripada kerusi yang sedia ada.

Pakatan Harapan akan dapat 65 kerusi parlimen sahaja dan ketua pembangkang di parlimen masih lagi DAP. Mahathir dan anaknya "terkorban" terus bila DAP tidak mahu kerusi selamat kepada mereka berdua dalam PRU14.

Menurut satu kajian Tindak Malaysia, bilangan kerusi parlimen majoriti Cina sudah menurun kepada 24 kerusi sahaja. Boleh jadi bilangan kemenangan DAP, yang diramal 40 kerusi ini akan berkurangan lagi.

Malah di kawasan luar bandar, rakyat masih marah bila Mahathir dan PH mahu hapuskan BR1M. Bagi orang kampung mereka mahukan BR1M. Kalau mansuh GST belum tentu harga barang turun. Kalau mansuh GST, entah entah orang kampung tidak dapat BR1M lagi selepas ini.

Harus diingat ada 155 kerusi luar bandar termasuklah 54 kerusi di kawasan Felda. Orang di luar bandar mahukan kemajuan dan nikmat yang mereka dapat selama ini diteruskan. Mereka tidak mahu Mahathir lagi sebagai PM.

Apa yang mereka nikmati sekarang adalah di zaman Najib bukannya Mahathir. Kalau sudah mahu mansuh ECRL dan HSR sudah tentu rakyat di kawasan itu tidak akan beri undi pada PH. Berpuluh ribu peluang kerja akan hilang.

Mahathir kini sudah tekan "panic button" bila melihat sokongan Melayu terhadap PH masih lagi tiada. Mulalah reka cerita bukan bukan, cakap jet peribadi kena sabotaj, ada orang hendak langgar kereta dia dan macam macam lagi.

Mahathir tahu PH akan kalah. DAP pun tahu PH akan kalah, sebab itu satu kerusi selamat kawasan DAP pun tidak diberi pada Mahathir dan Mukhriz. Pembangkang akan jadi lagi huru hara lepas pilihanraya ini.

Huru hara sebab tidak dapat kuasa. Jangan bagilah kuasa pada orang yang gila kuasa. Baik kekalkan kerajaan yang sedia ada.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB897, Isnin
30 April 2018

Kenali Enam Orang Calon Muda Barisan Nasional Di Bawah Usia 35 Tahun


Barisan Nasional (BN) lebih serius dan bertekad untuk buat perubahan yang membawa kebaikan kepada rakyat di masa hadapan. Oleh kerana itu, BN tampilkan orang muda bukan orang tua berusia 90 tahun lebih untuk bertanding lagi.

BN menampilkan 327 calon baru, 77 orang calon baru untuk kerusi Parlimen dan 250 orang calon baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). BN juga memperkasakan wanita dengan menampilkan 85 orang calon wanita untuk bertanding masing-masing 26 orang calon Parlimen dan 59 orang calon di peringkat DUN.

Antara yang menarik perhatian ialah calon muda yang masih di bawah umur 35 tahun yang diketengahkan BN untuk bertanding pada PRU14 kali ini. Ia merupakan antara cerminan manifesto, Jaminan Orang Muda yang dijanjikan oleh BN untuk rakyat terutamanya bagi generasi baru.

Paling menarik ialah Shahril Sufian Hamdan, 32, iaitu calon BN untuk kerusi Parlimen Kuala Langat. Rakyat di situ anggap pengenalan Shahril sebagai calon adalah satu pembaharuan dan demi masa depan yang lebih baik untuk pembangunan kawasan tersebut.

Shahril merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan beliau adalah seorang pendebat. Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman habis kena lunyai dek Shahril kerana berdebat tajuk 'Pakatan Harapan Ada Agenda Ekonomi Yang Lebih Baik Dari Barisan Nasional'.

Kemudian, BN ada calon wanita yang muda, Chan Quin Er yang berumur 31 tahun bertanding berdepan calon "heavyweight" dari DAP, Teresa Kok di Parlimen Seputeh. Teresa merupakan penyandang kerusi berkenaan. Chan merupakan seorang calon yang ada Ijazah Sarjana Muda Perundangan.

Dengan latar belakang sebagai seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya, Chan sudah tentu tahu dan arif selok belok perundangan. Teresa kerap menggunakan pentas ceramah untuk memfitnah BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu fitnah seperti 1MDB, Chan sudah pasti tidak berdepan masalah menghadapi perkara berkenaan. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian MCA Seputeh.

Di Kelantan, calon muda, Fikran Hamshi Mohamad Fatmi bakal berdepan Naib Presiden PAN, Husam Musa di Parlimen Kota Bharu. Turut bertanding ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Fikran mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda BN Kota Bharu.

Paling menjadi perhatian ialah calon berusia 29 tahun, Ho Kwok Xheng yang merupakan seorang peguam berdepan calon DAP, iaitu Tony Pua. Seorang lagi pemimpin DAP yang lantang menyelar Najib dalam isu 1MDB dan beliau juga adalah pemimpin DAP yang memberikan cadangan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam.

Di kawasan P106 itu, Ho dan Tony akan turut berdepan calon dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) Datuk Wong Mun Kheong.

Apa yang Tony Pua hendak tipu penduduk di Parlimen itu lagi kerana Ho adalah anak jati Damansara yang betul-betul berasal dan membesar di kawasan itu. Calon muda akan didengari oleh pengundi kerana mereka ada wawasan dan misi yang jelas bagaimana mahu berbakti kepada rakyat bukan seperti DAP yang selalu lari kawasan dan ponteng untuk berkhidmat pada rakyat.

Calon muda seterusnya ialah Eric Choo Wei Sern, 31, yang turut mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Eric akan menentang calon dari DAP iaitu Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan bekas Pengerusi DAP Melaka iaitu Gog Leong San yang bertanding sebagai calon bebas.

Seorang calon lagi orang muda yang masih di bawah usia 30 tahun ialah Caesar Mandela Malakun, 27, bertanding di kerusi Parlimen Penampang, Sabah. Caesar Mandela akan berdepan pertembungan empat penjuru menentang calon Warisan, Darell Leiking, calon Solidariti Cleftus Stephen Spine dan calon Anak Negeri, Dr Edwin Jack Bosi.

Hampir semua calon "heavyweight" pembangkang akan ditentang calon muka baru yang masih muda dari BN, ini bukti calon BN benar-benar mahu memenuhi aspirasi rakyat dan memenuhi visi masa depan negara ini #HebatkanNegaraku.

Pembangkang hanya main-main sahaja. Buktinya calon yang mereka pilih sendiri sambil lewa dalam melakukan urusan penamaan calon apabila terlupa bawa Mykad dan tidak memakai pas calon yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sudah salah sendiri, pemimpin mereka sibuk cari jalan memfitnah dan cari kesalahan SPR dan juga polis.

Calon Pakatan Harapan perlu ditolak oleh pengundi pada PRU14 kali ini kerana mereka hanya tahu cari jalan untuk memfitnah dan ambil kesempatan dan bukannya mahu berbakti kepada rakyat. Mereka gunakan #TsunamiPHitnah untuk hasut rakyat supaya benci dan tidak beri undi kepada BN.

Gabungan calon berpengalaman BN dan barisan calon orang muda ini yang bakal merencanakan masa depan negara ini. Jangan undurkan negara ini ke masa silam dengan membuat pilihan yang salah.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB898, Isnin
30 April 2018

29 Apr 2018

#PRU14 :Senarai Calon Di 31 Kerusi Parlimen Di Sarawak

Senarai Calon Yang Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Di 31 Kerusi Parlimen Di Sarawak

P.192 MAS GADING

1. Datuk Anthony Nogeh Gumbek (BN)
2. Mordi Bimol (DAP)

P.193 SANTUBONG

1. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN)
2. Mohamad Fidzuan Zaidi (PKR)

P.194 PETRA JAYA

1. Datuk Seri Fadillah Yusof (BN)
2. Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor (PKR)
3. Hamdan Sani (PAS)

P.195 BANDAR KUCHING

1. Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
2. Kho Teck Wan (BN)

P.196 STAMPIN

1. Datuk Dr Sim Kui Hian (BN)
2. Chong Chieng Jen (DAP)

P.197 KOTA SAMARAHAN

1. Rubiah Wang (BN)
2. Zulkipli Ramzi (PAS)
3. Sopian Julaihi (PKR)

P.198 PUNCAK BORNEO

1. Genot @ Jeannoth Sinel (BN)
2. Willie Mongin (PKR)
3. Buln Ribos (STAR)

P.199 SERIAN

1. Edward Andrew Luwak (DAP)
2. Datuk Seri Richard Riot Jaem (BN)
3. Senior William Rade (BEBAS)

P.200 BATANG SADONG

1. Datuk Seri Nancy Shukri (BN)
2. Othman Mustapha (PKR)
3. Asan Singkro (PAS)

P.201 BATANG LUPAR

1. Datuk Seri Rohani Abdul Karim (BN)
2. Wan Abdillah (PAS)
3. Narudin Mentali (PKR)

P.202 SRI AMAN

1. Datuk Masir Kujat (BN)
2. Norina Umoi Utot (PKR)
3. Cobbold John Lusoi (PBDSB)

P.203 LUBOK ANTU

1. Robert Pasang Alam (BN)
2. Nicholas Bawin Anggat (PKR)
3. Jugah Muyang (BEBAS)

P.204 BETONG

1. Abang Ahmad Abang Sauni (BEBAS)
2. Noel Changgai Bucking (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN)

P.205 SARATOK

1. Subeng Mula (BN)
2. Ali Biju (PKR)

P.206 TANJONG MANIS

1. Yusuf Abd Wahab (BN)
2. Mohamad Fadillah Sabali (PKR)

P.207 IGAN

1. Hud Andri (PKR)
2. Ahmad Johnie Zawawi (BN)

P.208 SARIKEI

1. Wong Ling Biu (DAP)
2. Wong Chin King (PBK)
3. Datuk Seri Huang Tiong Sii (BN)

P.209 JULAU

1. Larry Sng Wei Shien (BEBAS)
2. Datuk Joseph Salang Gandum (BN)

P.210 KANOWIT

1. Datuk Aaron Ago Dagang (BN)
2. Satu Anchom (PKR)

P.211 LANANG

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Priscilla Lau (PEACE)
3. Kong Sien Chiu (BN)

P.212 SIBU

1. Wong Kee Yew (BN)
2. Tiew Yen Houng (PEACE)
3. Oscar Ling Chai Yew (DAP)
4. Tiong Ing Tung (STAR)

P.213 MUKAH

1. Dato Hanifah Hajar Taib (BN)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)

P.214 SELANGAU

1. Rita Insol (BN)
2. Baru Bian (PKR)

P.215 KAPIT

1. Paren Nyawi
2. Datuk Alexander Nanta Linggi (BN)

P.216 HULU RAJANG

1. Abun Sui Anyit (PKR)
2. Datuk Ugak Kumbong (BN)

P.217 BINTULU

1. Datuk Seri Tiong King Sing (BN)
2. Chiew Chan Yew (DAP)
3. Chieng Lea Phing (STAR)

P.218 SIBUTI

1. Lukanisman Awang Sauni (BN)
2. Zulaihi Bakar (PAS)
3. Jemat Panjang (PKR)

P.219 MIRI

1. Dr Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (BN)

P.220 BARAM

1. Anyi Ngau (BN)
2. Roland Engan (PKR)

P.221 LIMBANG

1. Dr Ricardo Yampil Baba (PKR)
2. Hasbi Habibollah (BN)

P.222 LAWAS

1. Datuk Henry Sum Agong (BN)
2. Danny Piri (PKR)
3. Mohammad Brahim (BEBAS)

#iamSarawakian #TeamAbgJo #KamiGengNajibRazak #PRU14Sarawak

27 Apr 2018

Mahathir Jadi Kuda Dan Hamba DAP Untuk Raih Undi Orang Melayu


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad kini adalah kuda dan hamba untuk parti DAP menarik undi orang Melayu dengan mengelirukan mereka.

Pada 2 Mac 2018, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri diktator selama 22 tahun berkata beliau rela jadi umpan PH untuk raih sokongan kerana yakin pengaruhnya masih kuat dalam kalangan orang Melayu. Mahathir berkata demikian dalam satu majlis kenduri dan doa selamat anjuran gabungan kariah anak-anak Kampung Baru pada masa itu.

Mahathir perlu sebagai umpan kerana DAP mahukan tsunami Melayu dalam PRU14 ini. Dalam pilihanraya lepas DAP sudah hampir capai paras syiling sokongan masyarakat Cina, namun kerajaan tidak bertukar juga. Yang ruginya adalah masyarakat Cina kerana terpedaya dengan dakyah DAP.

Kali ini DAP begitu yakin dapat gunakan Mahathir untuk umpan undi Melayu.

Seorang pemimpin DAP yang begitu lantang memperlekehkan Mahathir ialah Hew Kuan Yau yang selalu dikenali sebagai Superman DAP. Dia sentiasa berceramah dan mendedahkan kepada penyokong DAP bahawa Mahathir hanya dipergunakan oleh DAP untuk merosakkan orang Melayu.

"Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk jatuhkan Najib. Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk "Selamatkan Malaysia".

"Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk "Selamatkan Malaysia" termasuk memperalatkan Mahathir... Hari ini aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib," katanya.

Mahathir bukan setakat diperkudakan malah beliau adalah hamba kepada DAP kerana sanggup melakukan apa yang DAP arahkan.

DAP mahu Mahathir bersihkan dosa beliau ke atas DAP dan menyuruh Mahathir mengubah segala kritikannya sebelum ini kepada parti cauvinis itu untuk syarat bekerjasama, dan Mahathir buat.

Dalam Majlis Bersama Negarawan anjuran PPBM di Johor Bahru pada 3 Mac tahun lepas, Mahathir ubah semua kata-kata beliau bahawa DAP parti rasis dan perkauman kepada DAP sebenarnya parti pelbagai kaum.

Mahathir hasut orang Melayu untuk undi PH, dengan mengatakan bahawa orang Melayu tidak perlu takut dengan DAP dan sokong DAP kerana parti itu berjuang untuk semua kaum di negara ini.

"DAP terima ahli pelbagai kaum dalam parti itu tetapi MCA tidak begitu dan perjuangan MCA juga untuk satu kaum sahaja. DAP berjuang untuk semua kaum di negara ini. MCA lebih bersifat rasis dan cauvinis," katanya.

Mahathir cuba tipu orang ramai bahawa DAP jadi parti pelbagai kaum tapi sebenarnya DAP bersifat chauvinis pada orang Melayu. Lihat sahaja apa nasib Mansor dan Salleh Man di Pulau Pinang. Sesudah selesai dijadikan umpan, mereka disepak terajang begitu sahaja oleh DAP.

Dalam satu sidang media pada 3 April, Mahathir jadi kuda DAP untuk buat perubahan dalam manifesto PH untuk hasut pengundi.

Mahathir dalam sidang media itu, bercakap atas arahan orang tertentu mengatakan bahawa tol di dalam bandar akan dikekalkan berbanding manifesto pakatan yang mahu mansuhkan tol.

Cukai GST yang mahu dimansuhkan dalam manifesto dalam masa 100 hari selepas menang PRU14 pula diubah dan dikatakan akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah tunjuk bahawa DAP lebih berkuasa daripada Perdana Menteri dalam pakatan apabila beliau secara sendiri mengumumkan akan melantik dua orang Menteri jika PH menang iaitu Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong.

Jika Guan Eng berani bertindak sedemikian, DAP lah sebenarnya yang berkuasa membuat arahan dan keputusan dalam pakatan. Mahathir hanya jadi kuda, hamba dan tukang cakap sahaja. Orang Melayu perlu sedar kini Mahathir sedang diperalatkan habis-habisan untuk memastikan undi orang Melayu akan diberikan kepada pakatan kali ini.

DAP sudah berjaya arahkan Mahathir bersihkan dosanya dan kritikannya ke atas parti itu. Tapi DAP tidak pernah maafkan atau terima kritikan Mahathir sebelum ini, kerana Mahathir yang mesti ikut cakap DAP, bukan sebaliknya.

Jangan bagi undi kepada pakatan yang bawa #HarapanPalsu #HarapanFitnah. Kena pilih #BersamaBN #HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB894, Jumaat
27 April 2018

Barisan Nasional Akan Dapat Keputusan Yang  Baik Dalam PRU14


Dalam satu temubual bersama Bloomberg yang disiarkan di blog NajibRazak.com pada 26 April 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menjangkakan "keputusan yang lebih baik" dalam PRU14 ini.

Sepanjang tempoh satu jam di sebuah bilik yang berkibaran bendera Malaysia di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur, Najib bercakap mengenai pilihan raya pada 9 Mei ini. Najib berdepan dengan mentornya yang kini sudah bertukar menjadi “Dark Vader”.

"Kami yakin dengan keputusan yang baik," kata Najib. Tidak ada pergerakan untuk mengubah kerajaan, saya tidak melihatnya. Itu tidak menandakan kita akan menang dengan majoriti besar, tidak, saya tidak dapat meramalkannya, tetapi saya akan yakin bahawa kita boleh jangkakan hasil yang positif. " kata Datuk Seri Najib.

Keyakinan Najib itu disebut berdasarkan gabungan pembangkang ketika ini yang disebutnya sebagai "gabungan parti pelbagai pendapat". Mahathir telah lama memperjuangkan hak-hak Melayu, manakala pembangkang yang paling berkuasanya - Democratic Action Party (DAP) - lebih memihak kepada etnik Cina.

"Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bekerjasama," kata Najib. Dalam temu bual itu juga, Najib meramalkan blok pembangkang akan menghadapi kesukaran selepas kehilangan sokongan parti Islam utama yang membantu perjuangan mereka pada tahun 2013.  Beliau juga berkata pengundi bandar dan pengundi Cina yang turun mengundi pada pilihan raya lepas dengan harapan membawa perubahan sudah kurang motivasinya.

"Hari ini, mereka sedar tidak mungkin (untuk pakatan mengambil alih kerajaan). Jadi saya fikir keghairahan (motivasi) itu sudah banyak berkurangan." kata Najib

Najib juga ditanya sama ada undang-undang #FakeNews yang baru digubal  boleh digunakan untuk menyekat pembangkang, Najib berkata media sosial Malaysia "lebih bebas daripada banyak negara lain."

"Anda boleh mengkritik kerajaan, anda boleh mengatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan, anda boleh mengatakan anda tidak akan mengundi kerajaan, dan itu tidak mengapa. Maksud saya, saya boleh menerimanya." kata Datuk Seri Najib.

Najib bercakap tentang pertempurannya dengan Mahathir, yang telah menuduhnya dengan bermacam macam tuduhan. Najib berkata Mahathir sendiri telah melakukan beberapa persempadan semula dan persempadanan semula baru-baru ini adalah kerana "mengambil kira beberapa perubahan demografi."

"Saya fikir dia terlalu obses untuk mengawal segalanya, untuk menjadi orang yang utama, sebenarnya, ketika kami masih sahabat baik, dia ada mencadangkan penubuhan majlis penatua (council of elders)," kata Najib.

 "Sudah tentulah, anda boleh membayangkan siapa yang akan mempengerusikan majlis penatua itu dan menjadi pemangku perdana menteri selepas setiap kabinet, saya fikir saya akan perlu ‘berarak’ ke pejabatnya untuk mendapatkan persetujuannya. Dia mahu saya tunaikan permintaannya," kata Najib.

Ini bahagian pertama wawancara Bloomberg bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukan suatu yang mengejutkan jika BN diramal mendapat keputusan yang lebih baik pada PRU14 berbanding PRU13. Ini kerana badan penarafan antarabangsa sudah iktiraf manifesto BN, baca sini :

http://www.mykmu.net/2018/04/badan-penarafan-antarabangsa-iktiraf-manifesto-barisan-nasional/

Bukan itu sahaja, institusi kewangan pun mahu Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional kekal di Putrajaya. Baca sini :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1842816119072190

#BersamaBN #HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB892, Khamis
26 April 2018.

24 Apr 2018

51% Calon Muka Baru Ditampilkan Barisan Nasional Untuk PRU14


Tujuh negeri sudah umumkan senarai calon Barisan Nasional. Terengganu, Selangor, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak sudah selesai nama calon.

Sejumlah 368 orang calon sudah diumumkan Barisan Nasional untuk 124 kerusi parlimen dan 253 kerusi DUN di tujuh negeri tersebut.

Daripada 368 orang calon ini, sejumlah 188 orang adalah calon muka baru yang ditampilkan Barisan Nasional. 51% calon yang sudah diumumkan BN adalah calon muka baru.

Di Selangor 57 muka baru ditampilkan di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN. Di Johor, 36 muka baru ditampilkan. Di Kelantan, 30 calon muka baru ditampilkan.

Di Sarawak, sejumlah 15 calon muka baru ditampilkan dari 31 kerusi parlimen yang ditandingi BN. Di Terengganu, 18 orang calon baru ditampilkan termasuklah Tengku Asmadi, pakar motivasi keluarga di kerusi parlimen Kuala Nerus.

Di Negeri Sembilan, BN tampilkan 22 calon muka baru. Salah seorangnya adalah Ustaz Syamsul Debat yang sering keluar dalam TV Al Hijrah. Manakala di Selangor, 13 orang calon dari golongan profesional, 6 orang ahli akademik, 6 orang penjawat awam dan 2 orang bekas pegawai tentera ditampilkan BN.

Daripada tujuh negeri, 124 parlimen dan 253 kerusi DUN, Barisan Nasional tampilkan 51% calon muka baru untuk PRU14. Amat berbeza sekali dengan pembangkang yang dipimpin oleh calon 93 tahun, calon lompat kawasan dan calon yang hilang dari kawasan dalam PRU14.

Rakyat perlu memilih BN pada 9 Mei 2018 nanti. #BersamBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB884, Selasa
24 April 2018

#PRU14 : Senarai Penuh Calon Parlimen BN Sarawak


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menamatkan teka-teki berhubung senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan mengumumkan senarai penuh calon BN bagi negeri Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pagi ini.

Pengumuman tersebut menyaksikan seramai 15 muka baru, manakala 16 penyandang dikekalkan. 

Seramai 25 calon lelaki dan 6 calon wanita, terdiri dari 14 kerusi diperuntukkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 7 kerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), 6 dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan 4 Parti Progresif Demokratik (PDP).

Berikut senarai penuh calon bagi kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Calon Parlimen Mas Gading (P192)

Anthony Nogeh Gumek

Calon Parlimen Santubong (P193)

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Calon Parlimen Petra Jaya (P.194)

Datuk Fadillah Yusof

Calon Parlimen Kuching (P.195)

Kho Teck Wan

Calon Parlimen Stampin (P.196)

Datuk Dr Sim Kui Hian

Calon Parlimen Kota Samarahan (P197)

Rubiah Wang

Calon Parlimen Puncak Borneo (P.198)

Genot Anak Sinel @Jeannoth Sinel

Calon Parlimen Serian (P199)

Datuk Richard Riot Jaem

Calon Parlimen Batang Sadong (P200)

Nancy Shukri

Calon Parlimen Batang Lupar (P201)
Rohani Binti Abdul karim 

Calon Parlimen Sri Aman (P.202)

Masir Kujat

Calon Parlimen Lubok Antu (P203)

Robert Pasang Alam

Calon Parlimen Betong (P.204)

Robet Lawson Chuat

Calon Parlimen Saratok (P205)

Jagah @Subeng Anak Mula

Calon Tanjung Manis (P206)

Yusuf Abdul Wahab

Calon Parlimen Igan (P.207)

Ahmad Johnie Bin Zawawi

Calon Parlimen Sarikei (P.208)

Huang Tiong Sii

Calon Parlimen Julau (P.209)

Datuk Joseph Salang Gandum

Calon Parlimen Kanowit (P210)

Aaron Ago Dagang

Calon Parlimen Lanang (P.211)

Kong Sieng Chiu @Kelvin Kong

Calon Parlimen Sibu (P.212)

Wong Kee Yew @Andrew Wong

Calon Parlimen Mukah (P.213)

Hanifah Hajar Taib

Calon Parlimen Selangau (P214)

Rita Sarimah Anak Patrick

Calon Parlimen Kapit (P.215)

Datuk Alexander Nanta Linggi

Calon Parlimen Hulu Rajang (P.216)

Wilson Ugak Kumbong

Calon Parlimen Bintulu (P.217)

Datuk Seri Tiong King Sing

Calon Parlimen Sibuti (P.218)

Lukanisman Bin Awang

Calon Parlimen Miri (P.219)

Dato Sebastian Ting

Calon Parlimen Baram (P.220)

Anyie Ngau

Calon Parlimen Limbang (P.221)

Hasbi Habibollah

Calon Parlimen Lawas (P.222)

Datuk Henry Sum Agong

- Sarawakiana

23 Apr 2018

#PRU14 : CALON BARISAN NASIONAL NEGERI SEMBILAN

P.126 JELEBU
NAMA CALON: DATO JALALUDDIN BIN ALIAS

N. O1 CHENAH
NAMA CALON:SEET TEE YIN

N.O2 PERTANG
NAMA CALON:NOOR AZMI BIN YUSUF(Baru)

N.O3 SUNGAI LUI
NAMA CALON: MOHD RAZI BIN MOHD ALI

N.04 KLAWANG
NAMA CALON:BAHARUDDIN BIN JALI(Baru)

P.127 JEMPOL
NAMA CALON: DATO HJ MOHD SALIM BIN SHARIFF(Baru)

N.05 SERTING
NAMA CALON:DATO SHAMSUL KAHAR BIN MOHD DELI

N.06 PALONG
NAMA CALON:MUSTAFA BIN NAGOR(Baru)

N.07 JERAM PADANG
NAMA CALON:L. MANIKAM a/l LECUMAN

N.08 BAHAU
NAMA CALON:CHOONG WAN YOU(Baru)

P128 SEREMBAN
NAMA CALON:SEN DATO CHOONG SIN WOON(Baru)

N.09 LENGGENG
NAMA CALON: MAZLAN BIN MAAROP(Baru)

N.10 NILAI
NAMA CALON;LEAW KOK CHAN(Baru)

N.11 LOBAK
NAMMA CALON: LIM KOK KEAN(BARU)

N.12 TEMIANG
NAMA CALON: SIOW KOI VOON(Baru)

N.13SIKAMAT
NAMA CALON SAMSUL AMRI BIN ISMAIL(Baru)

N.14 AMPANGAN
NAMA CALON:DATO HJ ABU UBAIDAH BIN DATO HJ REDZA

P.129 KUALA PILAH
NAMA CALON:DATO SERI HASAN BIN MALEK

N.15 JUASSEH
NAMA CALON:DATO ISMAIL BIN LASIM

N.16 SERI MENANTI
NAMA CALON:DATO ABD SAMAD BIN IBRAHIM

N.17 SENALING
NAMA CALON: DATO ADNAN BIN ABU HASAN

N.18 PILAH
NAMA CALON: DATO NORHAYATI BINTI OMAR

N.19 JOHOL
NAMA CALON:SAIFUL YAZAN BIN

P.130 RASAH
NAMA CALON:NG KEAN NAM

N. 20 LABU
NAMA CALON:DATO HASIM BIN RUSDI

N.21 BUKIT KEPAYANG
NAMA CALON:MAH KAH YONG(Baru)

N.22 RAHANG
NAMA CALON: YAP SUI MOI(Baru)

N.23 MAMBAU
NAMA CALON:HOI CHOI SIN(Baru)

N.24 SEREMBAN JAYA
NAMA CALON: DATO CHOONG VEE HING

P.131 REMBAU
NAMA CALON KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR

N.25 PAROI
NAMA CALON:GHAZALI BIN WAHID

N.26 CHEMBONG
NAMA CALON:SAIFUL BAHARI BIN IDRIS

N.27 RANTAU
NAMA CALON DATO SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HASAN

N.28 KOTA
NAMA CALON: AWALUDDIN BIN SAID

P.132 PORT DICKSON
NAMA CALON:DATO V.S MORGAN

N.29 CHUAH
NAMA CALON: DATO SERI LIM CHIN SUI

N30 LUKUT
NAMA CALON:YEONG CON YU(Baru)

N.31 BAGAN PINANG
NAMA CALON: TUN HAIRUDDIN BIN ABU BAKAR

N.32 LINGGI:
NAMA CALON: ABD RAHMAN BIN MOHD REDZA

N.33 SRI TANJUNG
NAMA CALON: THINALAN a/l ROJAGAPALU(Baru)

P.133 TAMPIN
NAMA CALON:DATO SHAHZIMAN BIN ABU MANSOR

N.34 GEMAS
NAMA CALON:ABD RAZAK BIN SAID

N.35 GEMENCHEH
NAMA CALON:DATO HISHAM BIN MOHD ISA

N.36 REPAH
NAMA CALON: PUI KIM SWEE(Baru)

#PRU14 :CALON BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA


*P.134 MASJID TANAH*
Calon : Mas Ermieyati Samsudin
*N.01 Kuala Linggi*
Calon : Ismail Othman
*N.02 Tanjung Bidara*
Calon : Md Rawi Mahmud
*N.03 Ayer Limau*
Calon : Amirudin Yusof
*N.04 Lendu*
Calon : Sulaiman Md Ali
*N.05 Taboh Naning*
Calon : Latipah Omar

*P.135 ALOR GAJAH*
Calon : Wo Nai Chee
*N.06 Rembia*
Calon : Norpipah Abdol
*N.07 Gadek*
Calon : P Panirchelvam
*N.08 Machap Jaya*
Calon : Koh Nai Kwang
*N.09 Durian Tunggal*
Calon : Wahab Latip
*N.10 Asahan*
Calon : Abd Ghafar Atan

*P.136 TANGGA BATU*
Calon : Zali Mat Yasin
*N.11 Sungai Udang*
Calon : Idris Haron
*N.12 Pantai Kundor*
Calon : Nor Azman Hassan
*N.13 Paya Rumput*
Calon : Abu Bakar Mohd Diah
*N.14 Kelebang*
Calon : Lim Ban Hong

*P.137 HANG TUAH JAYA*
Calon : Mohd Ali Rustam
*N.15 Pengkalan Batu*
Calon : Chua Lian Chye
*N.16 Ayer Keroh*
Calon : Chua Ken Hua
*N.17 Bukit Katil*
Calon : Yunus Hitam
*N.18 Ayer Molek*
Calon : Rahmad Mariman

*P.138 KOTA MELAKA*
Calon : Chua Wei Sen
*N.19 Kesidang*
Calon : Ng Choon Koon
*N.20 Kota Laksamana*
Calon : Melvia Chua Kew Mei
*N.21 Duyong*
Calon : Kim Kian Lek
*N.22 Bandar Hilir*
Calon : Lee Chong Len
*N.23 Telok Mas*
Calon : Abd Razak Rahman

*P.139 JASIN*
Calon : Ahmad Hamzah
*N.24 Bemban*
Calon : Koh Chin Han
*N.25 Rim*
Calon : Ghazale Mohamad
*N.26 Serkam*
Calon : Zaidi Atan
*N.27 Merlimau*
Calon : Roslan Ahmad
*N.28 Sungai Rambai*
Calon : Hasan Rahman

#PRU14 :SENARAI CALON BARISAN NASIONAL JOHOR


1. *P140 Segamat* : *Datuk Dr. S. Subramaniam A/L K.V.Sathasivam (MIC)*
a. _N01 Buloh Kasap_ : *Dato Zahari bin Sarip (Umno)*
b. _N02 Jementah_ : *Chiam Yok Meng (MCA)*

2. *P141 Sekijang* : *Datuk Haji Ayub Rahmat (Umno)*
a. _N03 Pemanis_ : *Hoo Siaw Lee (Gerakan)*
b. _N04 Kemelah_ : *Anuar Bin Abd Manap (Umno)*

3. *P142 Labis* : *Datuk Chua Tee Yong (MCA)*
a. _N05 Tenang_ : *Mohd Azahar Bin Ibrahim (Umno)*
b. _N06 Bekok_ : *Tan Chong (MCA)*

4. *P143 Pagoh* : *Tuan Haji Ismail Mohamed (Umno)*
a. _N07 Bukit Kepong (Bkt Serampang)_ : *Tuan Haji Mohd Noor Bin Hj. Taib (Umno)*
b. _N08 Bukit Pasir (Jorak)_ : *Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Umno)*

5. *P144 Ledang* : *Datuk Ir Haji Hamim Samuri (Umno)*
a. _N09 Gambir_ : *Datuk M.Asojan A/L Muniyandy (MIC)*
b. _N10 Tangkak_ : *Goh Tee Tee (MCA)*
c. _N11 Serom_ : *Datuk Rahim bin Talib (Umno)*

6. *P145 Bakri : *Koh Chon Chai (MCA)*
a. _N12 Bentayan_ : *Lee Kim Heng (MCA)*
b. _N13 Spg Jeram (Sg Abong)_ : *Mohd Radzi Bin Md Amin (Umno)*
c. _N14 Bukit Naning_ : *Datuk Haji Hassan Johari (Umno)*

7. *P146 Muar* : *Dato Seri Razali Haji Ibrahim (Umno)*
a. _N15 Maharani_ : *Dato Haji Ashari Bin Sharif (Umno)*
b. _N16 Sungai Balang_ : *Zaiton Binti Ismail (Umno)*

8. *P147 Parit Sulong* : *Dato Dr Noraini Ahmad (Umno)*
a. _N17 Semerah_ : *Mohd Ismail Bin Haji Roslan (Umno)*
b. _N18 Seri Medan_ : *Dato’ Haji Zulkurnain Bin Haji Kamisan (Umno)*

9. *P148 Ayer Hitam* : *Datuk Dr Ir Wee Ka Siong (MCA)*
a. _N19 Yong Peng_ : *Ling Tian Soon (MCA)*
b. _N20 Semarang_ : *Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali (Umno)*

10. *P149 Sri Gading* : *Datuk Haji Abdul Aziz Kaprawi (Umno)*
a. _N21 Parit Yaani_ : *Soh Lip Yan (MCA)*
b. _N22 Parit Raja_ : *Norashidah Binti Haji Ramli (Umno)*

11. *P150 Batu Pahat* : *Puan Hajah Halizah Binti Abdullah (Umno)*
a. _N23 Penggaram_ : *Kang Beng Kuan*
b. _N24 Senggarang_ : *Zaidi Bin Jaffar (Umno)*
c. _N25 Rengit_ : *Tuan Hj Ayub Bin Jamil (Umno)*

12. *P151 Simpang Renggam* : *Datuk Liang Teck Meng (Gerakan)*
a. _N26 Machap_ : *Tuan Haji Abd Taib Bin Abu Bakar (Umno)*
b. _N27 Layang-layang_  : *Dato Onn Hafiz Bin Ghazi (Umno)*

13. *P152 Kluang* : *Datuk Gan Peng Siew (MCA)*
a. _N28 Mengkibol_ : *Chin Sim Lai (MCA)*
b. _N29 Mahkota_ : *Datuk Haji Md Jais Bin Hj Sarday (Umno)*

14. *P153 Sembrong* : *Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Umno)*
a. _N30 Paloh_ : *Teoh Yap Kun (MCA)*
b. _N31 Kahang_ : *Dato Vidyanathan A/L Ramanathan (MIC)*

15. *P154 Mersing* : *Datuk Dr Latif Bin Ahmad*
a. _N32 Tenggaroh_ : *Ravenkumar A/L Krishnasamy (MIC)*
b. _N33 Endau_ : *Alwiyah Talib (Umno)*

16. *P155 Tenggara* : *Datuk Dr Adham bin Baba (Umno)*
a. _N34 Panti_ : *Hahasrin Bin Hashim (Umno)*
b. _N35 Pasir Raja_ : *Rashidah Binti Ismail (Umno)*

17. *P156 Kota Tinggi* : *Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Umno)*
a. _N36 Sedili_ : *Haji Rasman Bin Haji Ithnain (Umno)*
b. _N37 Johor Lama_ : *Tuan Hj Roslaily Bin Jahari (Umno)*

18. *P157 Pengerang* : *Dato Seri Azalina Binti Dato Othman Said (Umno)*
a. _N38 Penawar_ : *Datuk Hajah Sharifah Azizah Binti Datuk Syed Zain (Umno)*
b. _N39 Tanjung Surat_ : *Syed Sis Bin Syed A. Rahman (Umno)*

19. *P158 Tebrau* : *Dato Dr Hou Kok Chung (MCA)*
a. _N40 Tiram_ : *Datuk Maulizan Bin Bujang (Umno)*
b. _N41 Puteri Wangsa_ : *Tuan Haji Abdul Aziz (Umno)*

20. *P159 Pasir Gudang* : *Dato Mohamed Khaled Bin Nordin (Umno)*
a. _N42 Johor Jaya_ : *Datuk Tan Cher Puk (MCA)*
b. _N43 Permas_ : *Dato Mohamed Khaled Bin Nordin (Umno)*

21. *P160 Johor Bahru* : *Tan Sri Haji Shahrir Abd Samad (Umno)*
a. _N44 Larkin (Tanjung Puteri)_ : *Dato Yahya Jaafar (Umno)*
b. _N45 Stulang_ : *Ang Boon Heng*

22.. *P161 Pulai* : *Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Umno)*
a. _N46 Perling (Peng. Rinting)_ : *Wong You Fong (MCA)*
b. _N47 Kempas_ : *Dato Ramli Bohani (Umno)*

23. *P162 Iskandar Puteri* (Gelang Patah) : *Dato Teoh Sew Hock@Jason Teoh (MCA)*
a. _N48 Skudai_ : *Datuk S. Kanan A/L G. Suppiah (MIC)*
b. _N49 Kota Iskandar (Nusajaya)_ : *Tuan Hj Khairi Bin Abd Malik (Umno)*

24. *P163 Kulai* : *Tang Nai Soon (MCA)*
a. _N50 Bukit Permai_ : *Tuan Haji Ali Mazat (Umno)*
b. _N51 Bukit Batu_ : *Teo Lee Ho (Gerakan)*
c. _N52 Senai_ : *Shen Poh Kuan (MCA)*

25. *P164 Pontian* : *Datuk Haji Ahmad Maslan (Umno)*
a. _N53 Benut_ : *Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad (Umno)*
b. _N54 Pulai Sebatang_ : *Dato Tee Siew Kiong (MCA)*

26. *P165 Tanjung Piai* : *Dato Wee Jeck Seng (MCA)*
a. _N55 Pekan Nenas_ : *Tan Eng Meng (MCA)*
b. _N56 Kukup_ :  *Datuk Mohd Othman Yusof (Umno)*

22 Apr 2018

#PRU14 :CALON BN NEGERI TERENGGANU


P033 - Besut
- Dato' Seri Idris bin Jusoh

N01 - Kuala Besut
- YM Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman

N02 - Kota Putera
- Haji Mahadi bin Musa

N03 - Jertih
- Dato' Muhamad Pehimi bin Yusof

N04 - Hulu Besut
- Haji Nawi bin Mohamad

P034 - Setiu
- Dato' Mohd Jidin bin Shafee

N05 - Jabi
- Haji Mohd Iskandar bin Jaafar

N06 - Permaisuri
- Datuk Abd. Halim bin Jusoh

N07 - Langkap
- Datuk Sabri bin Mohd Noor

N08 - Batu Rakit
- Haji Bazlan bin Abd. Rahman

P035 - Kuala Nerus
- YM Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

N09 - Tepoh
- Datuk Haji Basir bin Ismail

N10 - Buloh Gading
- Haji Che Mansor bin Salleh

N11 - Seberang Takir
- Dato' Seri Ahmad Razif bin Abd. Rahman

N12 - Bukit Tunggal
- YM Tuan Arif Sahibu Fadilah bin Tuan Ahmad

P036 - Kuala Terengganu
- Dato' Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail

N13 - Wakaf Mempelam
- Haji Salleh bin Othman

N14 - Bandar
- Toh Seng Cheng

N15 - Ladang
- Datuk Mohd Sabri bin Alwi

N16 - Batu Burok
- Haji Zamri bin Awang Hitam

P037 - Marang
- Haji Mohd Noor bin Endut

N17 - Alor Limbat
- Datuk Saiful Bahri bin Baharudin

N18 - Bukit Payong
- Toh Puan Zaitun binti Mat Amin

N19 - Rhu Rendang
- Datuk Nik Dir bin Nik Wan Ku

N20 - Pengkalan Berangan
- Haji A. Latiff bin Awang

P038 - Hulu Terengganu
- Dato' Haji Rosol bin Wahid

N21 - Telemong
- Dato' Haji Rozi bin Mamat

N22 - Manir
- En. Yusof bin Awang Hitam

N23 - Kuala Berang
- YM Dato' Putera bin Tengku Awang

N24 - Ajil
- Dr. Ghazali bin Taib

P039 - Dungun
- Dato' Haji Din bin Adam

N25 - Bukit Besi
- Haji Roslee bin Daud

N26 - Rantau Abang
- YM Syed Amir Muzzakir bin Syed Mohamad

N27 - Sura
- Datuk Zainun binti Abu Bakar

N28 - Paka
- Mahusin bin Taib

P040 - Kemaman
- Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek

N029 - Kemasik
- Ir. Rosli bin Othman

N30 - Kijal
- Dato' Seri Ahmad bin Said

N31 - Chukai
- Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera

N32 - Air Puteh
- Haji Wan Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar

#PRU14 :Calon BN untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.


KUALA LUMPUR – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar hari ini mengumumkan calon-calon BN untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Mereka ialah;

1. Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)

2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)

3. Datuk Yew Tiong Look (Wangsa Maju)

4. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Setiawangsa)

5. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)

6. Datuk Rozman Isli (Labuan)

7. Ong Siang Yang (Kepong)

8.  Datuk Dr Dominic Lau Choe Hai (Batu)

9. Datuk Loga Balan Mohan (Segambut)

10.  Tan Yen Yen (Bukit Bintang)

11. Chan Quin Er (Seputeh)

12. Datin Agnes Heng Sinn Yee (Cheras)

13. Adnan Abu Seman (Bandar Tun Razak)

21 Apr 2018

PRU-14: Calon BN diumum mulai esok


PUTRAJAYA: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada semua Pengerusi BN negeri dan terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu. 

"Bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula, pengumuman calon serta manifesto akan dibuat esok jam 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

"Kita sudah mengeluarkan arahan agar pengumuman calon BN perlu dibuat bermula esok hingga Selasa ini, terpulang kepada Pengerusi BN negeri untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu," katanya.

20 Apr 2018

Mahkamah Dan Polis Indonesia Sudah Sahkan Kapal Equanimity Tiada Kaitan Dengan 1MDB


Lagi dua kali hari Rabu sebelum hari pengundian. Namun semalam semua penyokong pembangkang sudah mula menyembunyikan muka mereka dalam semak samun bila keluarnya berita keputusan mahkamah tentang kapal Equanimity.

Selama ini penyokong bolasepak sahaja yang berbuat demikian, semalam khabarnya ramai penyokong pembangkang yang lari sembunyi dalam semak samun, malah ada pemimpin pembangkang terus masuk gua bila keputusan mahkamah itu keluar.

Dalam kes rampasan kapal layar mewah Equanimity oleh pihak berkuasa Indonesia pada 26 Februari lepas, Polis Indonesia sudah mengesahkan bahawa kapal berkenaan tiada kaitan dengan 1MDB.

Sekarang kita tunggu dan lihat apa Pakatan #HarapanPalsu (PH) dan #HarapanFitnah hendak buat untuk manipulasi tentang kenyataan ini. Semalam bila isu kapal ini selesai mereka buka pula cerita lama tentang IPP Langat yang sudah berulang kali dijawab oleh 1MDB.

Malah dijangkakan menjelang hari pengundian nanti, akan ada lagi isu isu “recycle” yang akan dimainkan untuk terus mengelirukan rakyat dan pengundi, padahal semua perkara itu sudah pun dijawab sebelum ini.

Penipuan pembangkang kononnya 1MDB ada kaitan dengan kapal Equanimity terbukti tidak benar. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas POLRI Brigadier Jeneral Dr Rudy Heriyanto berkata Mahkamah menyatakan bahawa tindakan menyita kapal berkenaan adalah tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

"Justeru itu, Mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon iaitu Equanimity Cayman Ltd selaku pemiliknya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mahkamah Indonesia pada 17 April lalu mendapati tindakan pihak berkuasa Republik itu menyita kapal berkenaan di perairan Bali adalah tidak sah.

Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, Ratmoho memerintahkan supaya kapal itu yang bernilai hampir RM1 bilion dikembalikan kepada pemilik asalnya. Keputusan untuk memulangkan semula Equanimity dibuat selepas mahkamah mendapati pihak berkuasa Indonesia tidak mematuhi prosedur undang-undang ketika melakukan rampasan itu.
 
"Sitaan itu tidak sah, justeru mahkamah membatalkannya," perintah Ratmoho. Berdasarkan keterangan dalam prosiding mahkamah kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity Cayman Ltd. Dakwaan bahawa kapal itu ada kaitan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.

Kapal mewah itu, sebelum ini dilaporkan media disita oleh Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS). Kini, pemilik kapal sudah membawa tindakan menyita kapal itu secara tidak sah selama enam minggu di mahkamah Indonesia dan AS.

Pada 30 Mac lepas, Equanimity menyifatkan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu berkenaan dan pemilik kapal itu memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah untuk kedua-dua negara membuktikannya.

Kapal berkenaan didakwa kononnya dibeli oleh ahli perniagaan Jho Low dengan menggunakan wang yang diambil dari 1MDB secara haram. kapal Equnaimity adalah sebahagian daripada beberapa aset yang dikatakan dibeli antaranya lukisan, rumah mewah dan juga penerbitan sebuah filem di AS.

DOJ sendiri menangguhkan kes berkaitan aset-aset itu tahun lepas kerana tidak ada bukti kukuh serta tidak ada langkah diambil untuk membuktikan sebarang salah laku berlaku.

Sepatutnya, perlu ada aduan dari satu sumber yang sah bahawa ada salah laku jenayah dilakukan bila ada dakwaan mencuri wang dari syarikat 1MDB. Dalam kes ini, tidak ada sebarang aduan salah laku jenayah dibuat. Malah PAC sudah buktikan tiada wang 1MDB yang dicuri dan hilang.

Siasatan dari DOJ hanyalah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak ketiga (Sarawak Report) yang mendedahkan kes itu tanpa sebarang bukti sahih bahawa ada jenayah sudah dilakukan. Oleh itu, kes itu tidak ada asas kukuh untuk disiasat sebagai kes jenayah. Mereka hanya laksanakan langkah penyitaan sivil aset berkenaan berasaskan maklumat pihak ketiga semata mata.

DOJ tidak memanggil individu yang dinamakan di dalam saman sivil itu untuk sebarang pembelaan. Ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kredibiliti DOJ boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Mahathir, pemimpin PH dan macai pakatan sudah tidak ada modal lagi untuk serang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB. Kapal layar, kapal terbang dan lukisan sah dibeli bukan dengan duit 1MDB.

Baca pautan ini :
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685148241580125&id=1122306847864270

Lebih baik rakyat negara ini bincang mengenai #ManifestoBN yang lebih realistik untuk masa depan negara ini. #HebatkanNegaraku dan #DahulukanRakyat daripada dengar cerita bohong Mahathir dan pembangkang.

Kebenaran tentang kes kapal Equanimity sudah terbongkar, kebenaran tentang RM2.6 bilion pun sudah diketahui. Sekarang pihak berkuasa di Indonesia sendiri sudah sahkan kapal mewah berkenaan tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Jadi, jangan undi pembangkang yang hidup berasaskan penipuan dan hasutan semata-mata.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB877, Khamis
19 April 2018

Rakyat Dapat Pisang Goreng & Bengkang Sahaja Kalau Undi PKR & Wan Azizah


Apa pun tidak akan dapat kalau undi PKR kerana parti itu diketuai oleh Presiden yang lemah. Parti PKR sendiri dikuasai oleh anak beranak Anwar Ibrahim. Dalam Pakatan Harapan (PH), PKR hanyalah parti kedua terkuat selepas DAP.

"Kita hantar seorang tokoh yang akan dilantik menjadi menteri jika pakatan pembangkang menang di Putrajaya, untuk bertanding di Teluk Intan," kata Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP pada 16 April 2018 di Teluk Intan.

Ini cara parti yang paling kuat dalam pembangkang bercakap. Dengan riak dan angkuh terus janji kerusi Menteri tanpa perlu rujuk Wan Azizah atau Mahathir.

Patutlah selama ini Pakatan Harapan (PH) merahsiakan "shadow cabinet" mereka, rupanya DAP yang berkuasa penuh melantik barisan kabinet tersebut. Mahathir hanyalah boneka sahaja sebagai calon "PM Sementara".

Bila Guan Eng melantik Nga Kor Ming sebagai bakal menteri, ini bukti jelas DAP adalah "top dog" sebenar dalam pembangkang. Kali ini DAP katanya tidak mahu pakai logo roket dan mahu guna logo PKR untuk bertanding.

Jadi kalau guna logo PKR, kenapa tidak beri Wan Azizah selaku Presiden PKR atau Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang umumkan senarai calon? Kenapa DAP pula yang umumkan?

Bukan setakat itu sahaja, DAP siap umumkan lagi siapa yang layak jadi menteri. Bermakna Wan Azizah, Mahathir malah Azmin tidak ada kuasa apa apa pun, "abang besar" sebenarnya adalah DAP.

Lihat sahajalah bagaimana pengumuman senarai nama calon PPBM di Johor semalam yang telah dibatalkan secara tiba tiba sahaja. Khabarnya, ianya dibatalkan kerana tidak mendapat "apparoval" dari DAP. PPBM mana boleh tanding sesuka hati di Johor kalau DAP tidak setuju.

Samalah dengan Wan Azizah sekarang yang dilihat sebagai Presiden PKR yang lemah dan tiada apa apa fungsi pun. Kalau guna logo PKR, mestilah dapat watikah yang ditandatangan oleh Presiden PKR.

Wan Azizah tidak berani letak syarat begitu kepada DAP, PAN dan PPBM. Malah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin pun kena masuk dan jadi ahli PKR terlebih dahulu sebelum bertanding guna logo PKR.

Ini kerana, parti PPBM yang diasaskan oleh Mahathir sudah tidak boleh digunakan lagi. Mereka bertiga bukan lagi ahli mana mana parti bila PPBM kena haram. Jadi kenalah jadi ahli mana mana parti komponen PH sebelum hendak berpakat dengan PKR, DAP dan PAN dalam PH.

Kalau tiada parti, nanti apakah logo yang Mahathir akan guna kalau masuk ke parlimen? Wan Azizah hanya mampu lekatkan logo PKR sahaja di baju Mahafiraun. Wan Azizah tidak berani tundukkan Mahafiraun sepenuhnya.

Jadi PKR sekarang di bawah pimpinan Wan Azizah sudah terkubur sepenuhnya. PKR datang daripada Mahathir, akhirnya ia kembali juga kepada Mahathir. Ini yang patut ditulis di batu nisan PKR.

Wan Azizah ternyata Presiden PKR yang gagal, dibuli DAP dan Mahathir. Pilihanraya kali ini, orang Permatang Pauh akan dapat pisang goreng percuma manakala orang Lembah Pantai pula akan dapat berkongsi resepi "bengkang".

Semua ini #HarapanPalsu sahaja. Baik rakyat #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat untuk masa depan negara yang lebih jelas, bukan sekadar pisang goreng dan "bengkang" semata mata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB876, Khamis
19 April 2018

17 Apr 2018

Manifesto BN Martabat Agenda Islam, Manifesto PH Penuh Agenda DAP


DAP masih lagi dengan agenda Malaysian Malaysia. Tidak berubah sejak 1965 lagi. Agenda Malaysian Malaysia itu adalah untuk menghapuskan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini perjuangan DAP sejak dulu. Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) agenda bumiputera diletakkan di tangga ke 30, manakala agenda BaitulMaqdis dan membela Rohingnya hanya berada di hujung manifesto. Hanya diletak untuk mengabui mata sahaja.

Pakatan Harapan dalam manifesto mereka hanya pentingkan soal kuasa sahaja. Mahu hadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal tetapi Guan Eng selepas dua penggal tidak mahu turun pun di Pulau Pinang.

PH buat janji palsu mansuhkan GST dan U-turn tentang mansuhkan kutipan tol. Tiada janji dan agenda yang jelas berkaitan Islam dalam manifesto PH.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan ia adalah elemen paling mustahak dalam pentadbiran Malaysia.

Oleh sebab itu, selain pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dibuat berlandaskan Maqasid Syariah, pembangunan Islam adalah antara agenda utama dalam Manifesto BN untuk PRU14 kali ini. Bagi PH, Islam bukanlah agenda utama mereka. PH tidak ada niat langsung untuk memperkasakan syiar Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sentiasa memastikan BN akan terus komited memperkasakan Islam dalam pentadbirannya. Tok imam, tok siak, bilal dan hafiz Al Quran dapat manfaat setiap kali Belanjawan dibentangkan oleh Dato Seri Najib.

Dalam PH, mereka tidak ada sebarang perancangan untuk membangunkan Islam apatah lagi sistem pendidikan berlandaskan Islam kerana pembangkang berjuang dalam politik berteraskan prinsip mempertahankan kuasa yang ada dan populis sahaja.

Manifesto PH dibuat dan dirangka oleh "think tank" DAP. Jika ada pun sebut mengenai Islam, ia hanya ditampal untuk mengumpan undi sahaja.

DAP tidak pernah akan setuju mengenai dasar Islam. Lihat sahajalah bagaimana perangai Kit Siang menentang usul RUU355 dibentangkan dalam parlimen. Ramai orang masih ingat kenyataan Karpal Singh dulu, "langkah mayat saya dulu jika hendak buat negara Islam".

Berbeza dengan BN yang serius dalam soal memartabatkan Islam dalam manifesto apabila merancang untuk menubuhkan Universiti Al-Quran untuk melahirkan 125,000 graduan Huffaz iaitu golongan yang menghafaz Al-Quran yang lengkap dan mempunyai kepakaran profeosional.

Mereka akan mempunyai kepakaran dalam bidang sains, perubatan, matematik dan kejuruteraan. Selain itu, sekolah tahfiz akan dilengkapkan dengan pendidikan kemahiran yang dijalankan oleh Giat MARA. BN berjanji akan meningkatkan kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta menjaga kebajikan jemaah.

Islam dimartabatkan bukan sahaja dalam aspek rohani tetapi juga dalam urusan perniagaan dan undang-undang, BN akan memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah yang Patuh Syariah. BN berakujanji untuk Menubuhkan Jawatankuasa untuk Memperkasa Mahkamah Syariah dan Jawatankuasa Menyedia Keharmonian Mahkamah Syariah dan Sivil.

Paling utama ialah dalam manifesto berteraskan Islam, kerajaan akan menyokong usaha mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang rasmi. Program Transformasi Masjid juga akan dilaksanakan.

BN akan meningkatkan kualiti dan kepakaran pihak yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran Islam seperti Imam, guru agama, pegawai syariah dan Hakim Mahkamah Syariah. Kerajaan juga akan membentangkan prestasi dan pencapaian agenda memaratabatkan bangsa Melayu dan Islam di Parlimen setiap tahun.

Ketika ini, setiap tahun Najib akan membentangkan Laporan Prestasi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, selepas ini beliau akan membentangkan pula program transformasi agenda berkaitan agama Islam.

Perjuangan memartabatkan Islam oleh BN terbukti apabila Najib menerima surat penghargaan dari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam perjuangan membela rakyat negara itu dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Israel.

Surat disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa'eed Sabri kepada Najib pada majlis sambutan Israk Mikraj peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada Sabtu lepas.

Sheikh Dr Ekrima yang merupakan bekas Mufti Palestin dalam ucapannya berkata pihaknya hargai sokongan dan bantuan kerajaan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

"Ingatan rakyat dan kerajaan Malaysia kepada peristiwa Israk Mikraj merupakan lambang kecintaan kepada Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Kisah Israk Mikraj dirakamkan dalam al-Quran dan ini menunjukkan Al-Aqsa mempunyai hubungan rapat dengan langit dan umat Islam.

"Bagimanapun, dalam kita mengingati peristiwa Israk Mikraj hari ini, kita tidak harus lupa bahawa Al-Aqsa kini masih di bawah cengkaman rejim Zionis," kata beliau.

Najib turut mahu sambutan Israk Mikraj berkenaan menjadi acara tahunan di peringkat persekutuan dan negeri. Sabtu lalu, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), majlis berkenaan adalah yang pertama diadakan di peringkat kebangsaan.

Berbeza dengan DAP dan pembangkang yang disokong oleh golongan Evangelis. Misalnya ada sebaran surat dari gereja dari Bishop Rt Rev Benard Paul yang menggesa rakyat Malaysia mengundi pembangkang. Gesaan gereja itu bertulis "Mark X For A Change & A Clean Malaysia".

Islam cara BN tidak ada dalam PH. Pembangkang hanya sekali sekala beri wang kepada Imam Bilal dan guru agama itu hanya beberapa ratus ringgit tetapi tidak ada pelan perancangan jangka panjang untuk membangunkan Islam. Malahan, parti DAP banyak mempertikaikan perkara berkaitan Islam.

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok pernah mempertikai kedudukan wang zakat dan beliau mahu wang zakat turut diberikan kepada orang bukan Islam di negara ini bukan hanya dikhususkan untuk orang Islam. Di beberapa lokasi, penyokong DAP mempertikaikan penggunaan pembesar suara untuk azan di waktu Subuh dan mengaji.

Islam tidak akan menjadi agenda utama PH kerana DAP berkuasa dan parti itu, DAP tidak mahu agama Islam dimartabatkan serta bangsa Melayu diperkasakan sampai bila-bila. Orang Melayu jangan termakan janji DAP. Perlu terus #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB871, Selasa
17 April 2018

Jangan Biar Sejarah Mendaliar & Si Kitul Berulang


Tinggal lagi 22 hari sebelum hari pengundian diadakan. Lagi 528 jam untuk rakyat Malaysia memilih. Lagi tiga kali Rabu untuk 14 juta rakyat membuang undi.

Sebelum membuat pilihan, rakyat Malaysia kena melihat kembali sejarah yang berlaku di negara ini suatu ketika dahulu. Catatan seorang pengembara Portugis, Diego Lopez De Sequiera sekitar tahun 1508-1509, menyatakan
pedagang di Melaka ketika itu memiliki sehingga 10 dan 12 bahara emas, dalam kiraan metriknya 4,000-4,800 kilogram.

Dalam kiraan zaman sekarang sekitar RM800 juta hingga RM1 billion kekayaan seorang pedagang. Pendapatan per kapita rakyat tentulah sangat tinggi. Mungkin Melaka pada ketika itu sudah boleh dianggap negara maju.

Inilah sebabnya Portugis minta sangat jajah Melaka. Minat kerana Tanah Melayu ini sejak sekian lama digelar Semenanjung Emas.

Kalau adalah Bank Dunia, IMF, WEF atau Fitch Rating ketika itu, tentunya mereka akan iktiraf kerajaan yang ada di Melaka pada ketika itu adalah yang terbaik dari segi pengurusan ekonominya. Terbaik di dunia.

Namun masih ada juga pengkhianat yang sanggup sekongkol dengan pihak negara asing untuk hancurkan dan jatuhkan kerajaan yang paling banyak emas dan makmur di Nusantara itu.

Siapa yang Portugis gunakan untuk pecah belahkan orang Melayu di Melaka dahulu? Mendaliar dan Si Kitul "discrew" oleh Portugis untuk jajah Melaka. Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul, Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka.

Kitul memulakan agendanya dengan fitnah (fake news), menyebarkan cerita kepada Sultan kononnya Bendahara menerima kalung emas dari Portugis. Tahun 1509, Portugis serang Melaka buat kali pertama tetapi kalah kerana kehandalan Tun Hassan dan kebijaksaan Tun Mutahir.

Portugis balik dan dua tahun lepas itu datang kembali. Kali ini mereka perkudakan Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura) untuk jatuhkan Melaka. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana digunakan Portugis untuk mencetuskan fitnah.

Si Kitul beritahu Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. 

Selepas tiada lagi Laksamana Melaka yang handal dan Bendahara yang bijaksana, mudahlah Melaka dijajah oleh Portugis. Melaka yang digelar "Venice di Timur" oleh Tom Pires akhirnya jatuh ke tangan penjajah.

Itu cerita dahulu, 507 tahun yang lalu. Menangis air mata darah pun tidak dapat lagi kembalikan kegemilangan Melaka. Sejarah boleh berulang jika orang Melayu tidak mengambil pengajaran dari sejarah. Sejak 1965 lagi DAP cuba mengambil kuasa di negara ini, tetapi mereka masih lagi gagal.

Pada PRU13, DAP sudah cetuskan "tsunami cina" untuk jatuhkan Barisan Nasional tetapi masih lagi gagal kerana orang Melayu masih setia bersama BN. Jadi DAP tidak ada pilihan lain, terpaksalah gunakan Melayu untuk "screw" Melayu.

Perangai pengkhianat bernama Si Kitul dan Mendaliar berulang. DAP sudah perkudakan Tun Mahathir (Mendaliar) dan Si Kitul (Anwar Ibrahim) untuk rampas kuasa di Putrajaya.

Pergunakan Melayu yang tamak kuasa seperti Mahathir dan Anwar untuk mendapatkan kuasa. Lepas dapat kuasa, DAP percaya mereka masih lagi "ada game lain" terhadap Mahathir.

Hew Kuan Yau, Superman DAP sudah nyatakan DAP akan ubah "game" sesudah dapat undi Melayu menerusi Mendaliar dan Kitul zaman moden. Lihatlah bagaimana Muayyiduddin al-Qomi diperlakukan oleh Hulagu Khan sesudah misi menjajah Baghdad selesai.

Al Qomi yang mengkhianati khalifah dan saudara Islamnya akhirnya dibunuh oleh Mongol dengan digulung ke dalam tikar dan dipijak pijak oleh kuda. Ini cara Mendaliar dan Kitul di Baghdad diperlakukan sesudah dia tidak berguna lagi sebagai umpan.

Jangan biar sejarah 1511 Melaka berulang di Putrajaya pada 2018. Rakyat Malaysia kena tolak perangai Mendaliar dan Si Kitul ini. Jangan biar masa depan Malaysia "rewind" ke belakang dengan membuat pilihan yang salah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB870, Selasa
17 April 2018

14 Apr 2018

Antara Manifesto Barisan Nasional Dengan Pergaduhan Dalaman Pembangkang


Barisan Nasional sudah umumkan manifesto di peringkat pusat pada 7 April lepas di Axiata Arena. Manifesto yang menjadi sebutan dan kajian hingga kini oleh rakyat dan juga pemerhati politik dalam dan luar negara. Manifesto yang komprehensif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kenaikan BR1M daripada RM1,200 kepada RM2,000 untuk tahun ini menjadi sebutan di seluruh pelusuk negara. Rakyat gembira dan bersyukur dengan kenaikan BR1M dalam manifesto BN itu. Rakyat juga bimbang jika bertukar kerajaan mereka tidak akan mendapat BR1M.

Tidak ada badan penyelidikan antarabangsa yang berminat untuk mengkaji manifesto pembangkang yang telah dibentang sejak 9 Mac lepas lagi. Malah Tan Seng Giaw, bekas ahli Parlimen DAP turut menyifatkan janji mansuh GST tidak akan dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

Manifesto Barisan Nasional lebih minat untuk dikaji kerana BN ada rekod menunaikan janji dalam manifesto yang lepas. Semasa PRU13, sejumlah 99.4% manifesto Barisan Nasional sudah dilaksanakan kepada rakyat. Amat berbeza dengan pembangkang yang tidak pernah langsung bentangkan apa prestasi manifesto mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Pakar Ekonomi dari Oxford Economics menyifatkan manifesto Barisan Nasional sebagai suatu tawaran yang baik untuk rakyat dan mampu meningkatkan kadar KDNK Malaysia sebanyak 0.25% tahun ini. Sian Fenner menyatakan manifesto BN terutamanya kenaikan gaji minimum, gaji kakitangan awam, kenaikan BR1M dan pemotongan cukai dalah suatu yang baik untuk rakyat Malaysia.

Semalam, Bank Dunia sekali lagi menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK untuk Malaysia pada 2018 daripada 5.2% kepada 5.4%. Tahun lepas, tiga kali Bank Dunia menaikkan unjuran KDNK Malaysia. Malah Bank Dunia menyifatkan pemberian subsidi bersasar seperti BR1M yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional adalah baik untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Artikel portal “The National” bertajuk “Divisions are never far below the surface in Malaysia's complex political alliances” tulisan Sholto Byrnes menyifatkan Datuk Seri Najib punyai rekod yang baik dalam pentadbiran sejak 9 tahun lepas dan diadili dengan baik oleh Bank Dunia, IMF dan pelabur antarabangsa.

“Selain itu, sebagai ketua BN dan berkhidmat sejak 2009, Najib mempunyai rekod prestasi yang boleh diadili - dan beliau mahu rakyat Malaysia untuk berbuat sedemikian”.

“Beliau mewujudkan 2.7 juta peluang pekerjaan, pertumbuhan hampir 6% tahun lepas, hampir menghapuskan kemiskinan dan pelbagai statistik lain yang menjelaskan mengapa Bank Dunia dan IMF mengeluarkan laporan yang positif setiap kali mereka melawat negara itu” tulis Sholto Byrnes.

Sholto Byrnes menyifatkan apa yang boleh dijangkakan jika pembangkang menang masih lagi tidak jelas dan kabur. Masalah dalaman dalam pembangkang dan pertembungan ideologi sesama pembangkang masih lagi belum selesai.

“Kurang daripada lima tahun yang lalu, DAP Lim Kit Siang menulis "Mahathir mahu saya mati", menuduh beliau "politik yang paling hina dan tidak bermoral". Tiga tahun kemudian, Dr Mahathir merungut tentang "tingkah laku tidak bermoral" Anwar dan berkata pada umur 68 tahun, Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

Kini ketiga-tiga mereka nampaknya adalah kawan baik dan akan mendapatkan Anwar pengampunan diraja sekiranya PH menang supaya beliau boleh mengambil alih jawatan teratas dari lelaki berusia 92 tahun itu” tulis Sholto Byrnes.

Manifesto Barisan Nasional dikaji dan diberi pujian oleh akhbar, badan penyelidikan dan ahli akademik dalam dan luar negara. Sebaliknya, pembangkang pula dikaji dari segi pergaduhan dalaman dan pertembungan lama mereka yang belum lagi selesai sepenuhnya.

Pakatan yang hanya dibuat semata mata untuk berebut kuasa tetapi parut luka lama masih lagi berdarah dan berdendam antara satu sama lain. Bila bila masa sahaja parut itu boleh berdarah dan mencetuskan kembali pergaduhan lama.

Jangan pilih logo PKR pada PRU14 nanti. Logo pun simbol perpecahan, bulan pecah dua. Pilihlah Barisan Nasional demi masa depan yang lebih terjamin dan berterusan buat anak dan cucu semua rakyat Malaysia di masa hadapan. Bukan masa depan untuk anak dan cucu Kit Siang, Mahathir dan Anwar Ibrahim.
 
#ManifestoBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB866, Jumaat
13 April 2018

Jangan Percaya Pada Janji Pembangkang Yang Kuat Main Wayang


Janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto untuk PRU14 adalah janji realistik tapi janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto mereka adalah janji wayang sahaja. Hari ini tengoklah sendiri, pembangkang pun malu hendak cakap mengenai manifesto mereka sendiri.

Pengundi di negara ini jangan percaya dengan janji yang dibuat pembangkang kerana ia dirangka oleh barisan pemimpin yang penuh sifat suka berdrama dan suka buat wayang. Paling kuat main wayang ialah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sudah mencuba macam-macam watak.

Awal-awal jadi MB, berlakon turun longkang bersihkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes tapi hasilnya negeri Selangor tetap rekodkan jumlah kes paling tinggi denggi di negara ini. Azmin dulu buat wayang, kononnya bantu penduduk basuh baju, bersihkan kawasan pembuangan sampah padahal semua itu gimik belaka.

Dalam tandas pun Azmin buat aksi wayang aiskrim selama 45 minit. Aksi itu betul tetapi dikata wayang oleh Azmin. Azmin memang hebat kalau hendak memilih waktu terbaik untuk main wayang. Ketika kes skandal tanah di Ijok terbongkar dan beberapa orang mula ditahan SPRM dan pejabat beliau diserbu, Azmin tiba-tiba membalut lehernya dengan alasan tercedera sebab kemas rumah hendak sambut cucu baru.

Takkan Menteri Besar, kemas rumah sampai terbongkok-bongkok vakum keliling rumah sana sini? Ini semua wayang sahaja.
 
Selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak lancar manifesto BN 'Hebatkan Negaraku' dan umum pertambahan BR1M pada 7 April lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil, Azmin pun cetuskan drama dengan mempersoalkan pemberian itu menuduh Najib salah apabila menambah peruntukan kerajaan selepas Parlimen dibubarkan.

Azmin pertikai kesahihan kerajaan sementara BN yang menggandakan jumlah BR1M dalam manifesto dalam akhbar The Star pada 8 April 2018. Dakwanya, kerajaan sementara selepas Dewan Rakyat dibubarkan hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya. Tidak boleh buat janji baru.

Kemudian, Azmin dikecam netizen kerana tidak faham Perlembagaan Persekutuan. Pengumuman Najib melibatkan penambahan BR1M selepas tarikh mengundi iaitu pada 9 Mei, bukannya BR1M diberikan lebih awal sebelum hari mengundi. Rakyat yang suka BR1M marah pada Azmin yang buat kenyataan bodoh.
 
Akibat malu, beliau kemudian buat wayang dengan memulangkan semula kereta rasmi Kerajaan Negeri Selangor pada 9 April kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudian minta wartawan tulis berita bertajuk "Azmin Ali Pulangkan Kereta, Balik Naik Grab". Jelas terlihat wayang yang dibuat oleh Azmin.

Ada sesiapa nampak Azmin naik Grab selepas 5 hari kereta dipulangkan? Tidak ada pun. Itu semua wayang sahaja.

Hanya pulangkan kereta sahaja, tapi Azmin tidak kosongkan Kediaman Rasmi Menteri Besar, masih menikmati gaji serta emolumen yang diterima sebagai Menteri Besar. Jika benar ingin kelihatan telus, pulangkan segala-galanya sehingga kerajaan baru dibentuk selepas PRU14 nanti.

Tidak lama selepas itu, Azmin buat wayang dengan umumkan pemberian bonus lebih daripada tiga bulan gaji kepada penjawat awam di Selangor jika PH kekal mentadbir negeri itu selepas pilihan raya. Lupakah Azmin beliau mempersoalkan Najib ketika mengumumkan pertambahan BR1M. Sah kah apa yang Azmin umum itu?

Azmin begitu fokus untuk buat wayang terbaru sampai kelemahan pentadbiran Selangor dibiarkan terus tanpa diselesaikan. Nasib peneroka di Ijok dalam skandal tanah Ijok tidak dipedulikan oleh Azmin. Malah Azmin buat wayang tikam tikam peta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Rakyat masih lagi ingat Azmin pernah umum hendak beri bonus tiga bulan dalam Bajet Selangor 2018, namun selepas itu umumkan bahawa dua bulan bonus sudah dibayar. Bermakna wayang sahajalah. Sekarang kita hendak percaya lagi percaya janji janji wayang Azmin?

Azmin sudah tahu PKR akan tersungkur di Selangor. Oleh sebab itu, mereka buat drama dan wayang untuk pikat balik hati rakyat yang tahu kerajaan Selangor pimpinan Azmin sebenarnya banyak skandal yang tidak diselesaikan. Ditutup semua skandal itu dengan lakonan dan wayang.

Jangan percaya pada janji dan wayang yang ditunjukkan oleh pakatan terutamanya Azmin. Janji Barisan Nasional dalam manifesto lebih realistik dan baik lagi. Buat apa undi Pakatan Harapan, silap silap BR1M pun mereka akan mansuhkan nanti kerana mereka pernah kata BR1M itu dedak sahaja.

BN lebih layak memerintah Selangor daripada pakatan pembangkang yang kuat main wayang.

#DedakAzmin
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB867, Jumaat
13 April 2018

Kedai Roti Tutup Pun Hendak Salahkan Najib?


Hari ini kedai roti The Loaf menutup operasinya selepas 12 tahun beroperasi. Rakan kongsi penyedia perkhidmatan pemulihan korporat dan pembinaan semula, Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd, Andrew Heng berkata berkata pemilik kedai roti itu memilih untuk menamatkan perniagaan tersebut.

"Mereka menutup semua 12 cawangan di negara ini," katanya kepada The Star pada 13 April 2018. Namun ada juga macai macai pembangkang yang berkata di media sosial kononnya Najib lah sebagai punca tutupnya kedai roti Mahathir itu.

Dalam ruangan Forum Cari, seorang yang memakai nama BedahBedul menulis “dekat2 election ni mcm2 benda pelik berlaku”, kemudian ada lagi komen dari seorang yang bernama Kucen_miang yang menulis “dah mcm gestapo”.

Satu lagi komen yang melampau menerusi nama Dodolgemok menulis begini ‘Baguslah kalau betul, membuak-buak kebencian rakyat pada umngok! Umngok terkubur jua pru kali ni. Yeahhh!!”. Dangkal sungguh lah mereka yang menuduh Datuk Seri Najib dan UMNO sebagai punca tutupnya kedai roti ini.

Semua tuduhan yang dibuat itu adalah tidak benar. Pihak SKMM dan polis boleh mengambil tindakan kepada penama penama berikut kerana melempar tuduhan palsu dan mengelirukan masyarakat.

Parti PPBM yang ditutup dan melingkup pun disalahkan Najib. Padahal parti bunga itu melingkup kerana Mahathir sendiri tidak mampu uruskan mesyuarat di peringkat cawangan. Bila kena tutup hendak salahkan Najib. Taktik hendak ambil simpati oleh Mahathir.

Sama juga macam kedai roti ini. Ditutup kerana alasan perniagaan. Membuat tuduhan tidak berasas di ruangan forum tersebut adalah satu tindakan yang tidak bertangungjawab sama sekali. Baca dulu alasan penutupan yang ditulis oleh pihak The Loaf.

"Pada asasnya, tidak mungkin (untuk teruskan). Terdapat begitu banyak perniagaan dan pesaing yang sama. Mereka tidak mendapat keuntungan yang cukup baik," ini alasan penutupan yang diberi oleh Andrew Heng bagi pihak Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd yang memiliki saham 49% dalam The Loaf. 51% lagi saham dimiliki oleh Mahathir.

Kalau sudah tahu rugi dan tidak berdaya saing dalam pasaran roti kenapa baru sekarang hendak ditutup? Bila dekat pilihanraya baru hendak ditutup? Kenapa tidak tutup sebelum ini? Sengaja buat begitu untuk tuduh yang bukan bukan kepada pihak berkuasa dan mengelirukan masyarakat?

Sama jugalah dengan penubuhan parti PPBM. Pada awal hendak tubuh parti, cakap ada 6 juta orang akan masuk parti. Akhir sekali, ramai pula yang keluar parti. Hendak buat mesyuarat pun tidak mampu.

Kalau sudah tahu tidak mampu uruskan parti. Baik tidak payah tubuh parti baru. Masuk jadi ahli PKR dan DAP sahaja. Namun kerana hendak simpati, tubuh jugalah parti supaya nanti boleh tuduh pihak berkuasa yang zalim kerana membatalkan parti tersebut.

Mahathir sampai ke hari ini masih lagi belum ahli PKR atau ahli DAP. Begitu juga Muhyiddin dan Mukhriz. Guna logo PKR, tetapi tidak masuk lagi sebagai ahli. Nampak sangatlah PKR dan DAP hanya mahu jadikan mereka bertiga umpan sahaja. Lepas habis guna dan selesai tujuan, PKR dan DAP bergaduh balik lah dengan mereka bertiga.

Tutuplah pulak Pakatan Harapan. Lingkuplah pula Pakatan Harapan lepas PRU14 ini. Sebelum ini Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sudah melingkup lama dah.

Semua benda lingkup di tangan Mahathir. Perwaja lingkup, duit RM31.5 billion Bank Negara pun lingkup, Maminco lingkup, MAS lingkup, Proton lingkup, Parti PPBM lingkup dan kedai roti pun lingkup di tangan Mahathir.

Benda apa lagi hendak lingkup selepas ini di tangan Mahathir? Kuda sahaja tak lingkup di tangan Mahathir.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#HarapanPalsu

Tulisan :
Beruang Biru
BB868, Jumaat
13 April 2018

12 Apr 2018

Rakyat Perlu Undi Berdasarkan Prestasi, Bukan Emosi & Persepsi


Tinggal 27 hari sahaja lagi sebelum hari pengundian. Lagi 648 jam sebelum rakyat memilih di atas kertas undi. Ramai tidak sabar untuk habis tempoh ini.

Kenapa? Kerana mahu ajar DAP dan PKR yang banyak membohongi rakyat di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat juga tidak sabar lagi hendak melihat kestabilan politik kembali di Dewan Rakyat.

Melihat suasana yang lebih harmoni dan teratur bila Barisan Nasional kembali kuasai dua pertiga parlimen. Tiada lagi "hantu" dan suara suara pengacau yang menggangu perjalanan dasar yang baik untuk rakyat dilaksanakan.

Penggal lepas, 99.4% manifesto BN kepada rakyat dilaksanakan. Rakyat, agensi penyelidikan dan institusi penarafan kewangan antarabangsa melihat kepada prestasi BN ini. Selangor dan Pulau Pinang tidak bentang pun berapa prestasi manifesto mereka setelah dua penggal memerintah.

Inilah indikasi penilaian yang dibuat oleh pemerhati politik dalam dan luar negara. Akhbar luar negara sudah ramal BN menang, malah badan penyelidikan dari Oxford juga membuat jangkaan yang sama berdasarkan kemampuan dan manifesto BN yang realistik dan praktikal.

Pemerhati luar negara pun tahu manifesto pembangkang hanya tahan 17 hari sahaja. Mereka tahu Mahathir tidak buat mesyuarat cawangan, masuk IJN sebanyak 47 kali dalam masa 3 tahun dan selalu buat pusingan "u turn".

Profesor Ulung pun sudah mengkaji perbezaan manifesto BN dengan pembangkang. Ternyata manifesto BN lebih realistik. Lihat video ulasan Profesor Ulung ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1859148744129023&id=206671872710060

Dua tiga hari lepas, Bloomberg menilai prestasi ekonomi negara. Pelabur luar menilai implikasi yang berlaku jika ECRL dan HSR dibatalkan mengikut emosi Mahathir dan pembangkang.

ECRL adalah projek berkelas dunia yang dibuat untuk rakyat. Kalau batal ECRL, 80,000 orang akan hilang peluang kerja. Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1584248474928957&id=697192853634528

Mereka pilih prestasi BN berbanding emosi dan persepsi Mahathir, DAP dan pakatan pembangkang. Bard Wilkinson dari CNN menyatakan pembangkang sedang berada dalam sengketa dalaman.

Tulisan Shuli Ren di Bloomberg dan Bard Wilkinson di CNN yang meramalkan kemenangan berpihak pada BN dinilai berdasarkan prestasi BN dan emosi kucar kacir yang sedang berlaku dalam pembangkang.

Semalam, Oxford Economis juga meramalkan BN akan menang selasa. "Jangkaan kami, parti pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

"Peningkatan majoriti BN juga membantu mengukuhkan kedudukan perdana menteri sebagai pemimpin gabungan BN," kata Sian Fenner, Pakar Ekonomi Oxford Economics.

Fenner turut memuji manifesto BN yang memfokuskan usaha menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat. Pemotongan cukai, gaji kakitangan awam, BR1M dan gaji minimum antara insiatif manifesto BN yang dipuji Fenner.

Ferner berkata, janji lain yang diumumkan BN seperti pelupusan hutang kepada peneroka kelapa sawit dan membangunkan infrastruktur lebih baik turut membantu kepada pertumbuhan KDNK tahun ini.

"Kami menjangkakan kenaikan unjuran bagi perbelanjaan isi rumah, yang disokong oleh perbelanjaan peribadi.

"Menerusi Model Ekonomi Global Oxford Economics, kami menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam gaji minimum tahun ini selaras dengan peningkatan 50 peratus yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Peningkatan pendapatan dalam kalangan kakitangan awam juga dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK sekitar 0.25 peratus tahun ini, berdasarkan unjuran dasar kami sebanyak 5.2 peratus," kata Fenner.

Jadi kalau batal ECRL dan HSR, maka ianya akan jejaskan KDNK negara. Malah kalau DAP hendak buang kakitangan awam di Putrajaya, ianya juga turut jejaskan KDNK. Cara emosi pembangkang ini akan undurkan Malaysia ke zaman belakang.

Cara pembangkang ini salah. Oleh itu, semua ramalan yang dibuat oleh akhbar dan badan penyelidikan asing ini dinilai berdasarkan prestasi BN bukan emosi dan persepsi semata mata.

Sebagaimana yang disebut oleh Tan Seng Giaw, bekas Ahli Parlimen DAP Kepong bahawa kalau tidak ada bukti, tidak boleh tuduh. Kita bukan hakim dan mahkamah. Kerana ayat ini, Seng Giaw digugurkan oleh DAP.

Cukup emosi DAP dengan kata kata Seng Giaw. Namun itulah realtiti yang sebenar. Kebenaran yang sukar bagi DAP telan.

Rakyat masih ada lagi 38,880 minit sebelum hari Rabu, 9 Mei 2018. Gunakanlah akal yang sihat dan hati yang bersih untuk mengundi berdasarkan prestasi bukan emosi dan persepsi semata mata.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB864, Khamis
12 April 2018

Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP


Pantang paling penting jika mahu menjadi pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak boleh bercakap benar. Harus menjadikan 'fake news' sebagai 'zikir' harian mereka.

Apabila seseorang daripada mereka melanggar pantang ini, maka DAP yang menguasai Pakatan Harapan akan membuang dan memecat dari sebarang jawatan.

Bukti sudah ada di depan mata. Dr Tan Seng Giaw yang sudah 40 tahun bergelar wakil rakyat DAP akhirnya diperlakukan bagai 'anjing kurap' apabila dia telah dibuang dari senarai calon PRU14.

Dosa Tan hanya satu, iaitu memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang salah dalam skandal 1MDB. Ia adalah keputusan siasatan mikro oleh PAC, bukannya dari siasatan jalanan.

Seorang lagi yang menjadi mangsa kuku besi DAP adalah ADUN Tanjung Bunga. Dosa Teh Yee Cheu hanyalah menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai isu alam sekitar dan banjir. Dia bercakap bagi pihak rakyat untuk mencari kebenaran, itupun diperlakukan bagai 'anjing kurap' juga oleh DAP.

Lim Guan Eng marah kepada Teh apabila dia mempertikaikan isu tanah runtuh yang membunuh 11 nyawa rakyat pada Oktober 2017.

Tan bukannya sebar fitnah, dia hanya menyebut rintihan rakyat termasuklah keluarga yang mangsa sudah meninggal dunia. Namun Guan Eng menghukum Teh dengan kejam seolah-olah Teh membuat dosa besar.

Untuk terus mencari kebenaran, maka Tan sudah umumkan untuk sertai PSM bagi menentang kebobrokkan DAP.

Selain itu, ADUN PKR Penanti Norlela Ariffin juga turut menjadi mangsa kuku besi DAP.

Dia hanya mahu mencari kebenaran terhadap isu kilang haram di kawasannya. Namun mungkin Guan Eng amat berang dengan Norlela kerana hasil aduan itu menyebabkan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditangkap untuk disiasat.

Norlela pun disisihkan kerajaan DAP. Menangis nangis dalam sidang DUN meminta peruntukan DAP. Namun DAP buat bodoh sahaja, kerana lawan DAP, Norlela dipulaukan begitu sahaja oleh DAP.

Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat, juga pernah akui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, sebagai punca dia tinggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 berkata, dia saksikan sendiri bagaimana Kit Siang cuba membina 'dinasti keluarga' dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Bukan saja di Pulau Pinang, malah Legasi Lim dalam DAP juga ditentang di Melaka. Pada 12 Februari 2017, empat orang pemimpin kanan DAP Melaka umum keluar parti.

Keempat-empat mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong.

Mereka semua sudah muak dengan DAP kerana semakin hilang arah sebenar. Mereka sekadar menegur untuk mencari kebenaran, namun Kit Siang & Guan Eng melayan pemimpin DAP Melaka dengan cukup teruk.

Kebenaran tiada lagi dalam DAP. Yang tinggal hanyalah pengampu Guan Eng dan Kit Siang sahaja yang hidup. Percayalah, yang buta pada skandal rasuah anak Kit Siang sahaja boleh jadi calon dan hidup dalam DAP sekarang ini.

DAP bukan lagi parti demokratik tetapi sudah jadi autokratik parti. Jika tiada sifat dan kepandaian mengampu Kit Siang dan Guan Eng, maka orang itu tidak akan bertahan lama dalam DAP.

Parti yang semacam ini yang mahu membawa harapan orang Malaysia? Harapan palsu sahajalah. DAP sudah tunjuk kuku besi mereka di Penang, jangan bagi kuasa lagi pada DAP. Ayuh kita buat DAP kalah kali ini.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB865, Khamis
12 April 2018

10 Apr 2018

Tiada Masalah Mengundi Hari Rabu & Hari Bekerja


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon untuk pilihanraya umum ke-14, PRU14 adalah pada 28 April 2018 dan hari mengundi adalah pada hari Rabu iaitu 9 Mei 2018.

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi SPR menyatakan sejumlah 14,940,624 pemilih layak mengundi pada PRU14 berdasarkan pada daftar pemilih Suku Keempat 2017.
 
Pembangkang nampak tidak puas hati bila hari mengundi jatuh pada hari Rabu dan hari bekerja. Mahathir membuat sidang media selepas pengumuman SPR untuk membantahnya. Mahathir berkata kononnya pilihanraya yang diadakan pada hari Rabu adalah taktik untuk mengelakkan rakyat turun mengundi.

Tuduhan Mahathir ini karut sama sekali. Mahathir mudah lupa, di zamannya tiga kali pilihanraya diadakan pada hari bekerja. Semasa PRU6, diadakan pada hari Khamis, 22 April 1982. Kemudian Mahathir adakan sekali lagi pilihanraya pada hari Selasa, 25 April 1995 ketika PRU9.

Kali ketiga, sewaktu zaman reformasi jalanan, PRU10 diadakan pada hari Isnin, 29 November 1999. Waktu tertubuhnya parti PKR untuk melawan Mahafiraun di jalanan. Sewaktu Mahathir memecat Anwar dan menggelarkannya sebagai tidak bermoral, waktu itu pilihanraya diadakan pada hari Isnin.

Malah menurut rekod peratusan keluar mengundi semasa pilihanraya umum, di zaman Mahathir lah peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu pada tahun 1995 dengan 68.3% keluar mengundi dan pada tahun 1999 dengan peratusan 69.3% keluar mengundi.
 
Hanya dua piilhanraya sebelum zaman Mahathir yang diadakan pada hari bekerja iaitu pada 1955 yang diadakan pada hari Khamis dan pada tahun 1959 yang diadakan pada hari Khamis juga. Pilihanraya umum kali pertama dan kedua di Malaysia diadakan pada hari bekerja.

Pembangkang hanya tahu membangkang sahaja sedangkan SPR sudah pun membuat pemilihan tarikh berdasarkan lunas undang undang dan perlembagaan yang sedia ada. Kumpulan baju kuning yang dikenali sebagai BERSIH juga mengkritik SPR.

BERSIH pertikai kenapa tempoh kempen hanya 11 hari dan bukannya 21 hari. BERSIH kata tidak cukup masa untuk calon calon berkempen dan bentang manifesto. Tuduhan kumpulan BERSIH ini pun mengarut sama sekali.

Tidak cukup masa apa lagi untuk berkempen, sejak bertahun tahun lepas lagi pembangkang buat ceramah sana sini untuk cerita tentang politik. Masih tidak cukup masa lagi? Malah manifesto pembangkang sudah bentang awal, kira kira dua bulan yang lepas, masih tidak cukup masa?

Zaman Mahathir waktu berkempen pada PRU6 pada tahun 1982 hanya 15 hari. Kemudian pada PRU7, 1986, hanya 10 hari. Selepas itu semasa PRU8, pada tahun 1990 masih 10 hari. Tahun 1995, PRU9 juga masih 10 hari waktu berkempen. PRU10 pada 1999 pun hanya 10 hari berkempen.

Zaman Mahathir hanya 10 hari sahaja, sekarang waktu berkempen 11 hari. Itu pun pembangkang sudah kempen macam macam di dalam ceramah dan media sosial sejak sebelum parlimen bubar lagi. Masih lagi tidak cukup masa untuk maki orang, hina orang dan hasut orang atas pentas ceramah?

Rakyat sudah muak sudah dengan kempen pembangkang yang keterlaluan dan selalu buat pusingan “u turn”. Rakyat akan bersama UMNO pada hari Rabu untuk membuat keputusan terbaik untuk negara ini.

Tidak ada masalah mengundi pada hari Rabu, di Amerika Syarikat pun pilihanraya Presiden diadakan pada hari Selasa, 8 November 2016. Rakyat Kanada mengundi pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 untuk memilih Justin Trudeau. Di United Kingdom pun sama, pilihanraya diadakan pada hari Khamis pada 8 Jun 2017.
 
Jadi tidak ada masalah, Malaysia mengadakan hari pengundian pada hari Rabu untuk bersama sama mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada demi agama, bangsa dan tanahair.

Tulisan :
Beruang Biru
BB862, Selasa
10 April 2018