Seorang gadis remaja didakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri selama tiga minggu sebelum berjaya diselamatkan pada Khamis minggu lepas.
Menurut The Malaymail Online, kejadian dilaporkan berlaku sejak mangsa yang berusia 16 tahun tiba di rumah sewa suspek di Lorong Haji Taib, di Chow Kit Kuala Lumpur pada 26 Ogos lalu.
Difahamkan mangsa mulanya dipaksa oleh suspek yang berusia 38 tahun untuk melakukan seks oral sebelum merogolnya.
“Mangsa diugut menggunakan pisau malah turut dipukul menggunakan tukul sekiranya dia menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.
“Ekoran itu, mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa menyebabkan suspek beberapa kali bertindak merogolnya sehingga dia berjaya diselamatkan pada 15 September (Khamis),” The Malay Mail Online dipetik.
Menurut portal berita tersebut juga, mangsa berjaya diselamatkan anggota polis yang melakukan serbuan selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa pada 8 September di Lundu, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu suspek juga telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh jirannya bahawa anaknya (mangsa) dipukul oleh bapanya (suspek) menggunakan tukul di Chow Kit, Kuala Lumpur.
“Laporan tersebut kemudian dirujuk kepada Polis Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
“Kita difahamkan suspek telah ditahan kerana merogol dan membuat ugutan jenayah,” katanya di sini semalam.
Suspek sebelum ini juga dikatakan pernah ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
0 komentar:
Catat Ulasan