Bujang Senang

Bujang Senang

13 Sep 2016

MUKHRIZ MAHU JADI PERDANA MENTERI -HARIS CHE MAT




Saya merasa amat hairan dan pelik mengapa setelah hampir sebulan lamanya Dato Mukhriz masih enggan atau cukup takut untuk membuat pengakuan bersumpah yang beliau tidak tahu menahu tentang usaha pihak tertentu untuk sabotage IPO 1MDB. Ini lah punca 1MDB jadi masaalah yang Tun Mahathir pegi heboh satu dunia. Ini satu penginayaan terhadap Perdana Menteri.

Saya dapati ramai rakyat dah mula berkata apabila Dato Mukhriz membisu maka ini beri tanggapan bahawa Dato Mukhriz sememangnya tahu atau mungkin terlibat dalam komplot untuk gulingkan Perdana Menteri melalui fitnah dan pembohongan.

Nampaknya sudah ada tanda2 yang Dato Mukhriz akan ikut tabiat buruk bapa dia Tun Mahathir yang banyak buat fitnah dan bohong iaitu RM 42 billion lesap. Saya juga meramalkan yang satu hari nanti Dato Mukhriz juga akan jilat balik apa yang dia ludah kepada Perdana Menteri. Bapa borek anak rintek.

Sebagai Pegawai Khas Politik Dato Mukhriz saya amat kenal perangai dan tabiat anak dan bapak. Mereka bagitu taksub dengan harta dan kemewahan sehingga tak ada prinsip dan maruah. Yang penting bagi mereka ini adalah matlamat dan kepentingan diri. Maka sebab itu yang saya lansung tidak hairan apabila Tun Mahathir jilat balik air ludah dia sendiri di mahkamah Kuala Lumpur pada 5hb September.


Saya dengar desas desus mengatakan pada PRU 14 nanti, Dato Mukhriz takut bertanding di kerusi Parlimen Jerlun dan mungkin akan bertanding di kubu kuat DAP samaada Petaling Jaya Utara atau Puchong. Jikalau ianya benar, maka saya cabar Dato Mukhriz untuk bertanding di Jerlun dan Tun Mahathir bertanding di Kubang Pasu pada PRU 14. Jikalau Tun Mahathir tak berani istihar sekarang yang beliau akan bertanding pada PRU 14 maka elok beliau pencen terus politik.

KENYATAAN AKHBAR OLEH HARIS CHE MAT BEKAS PEGAWAI KHAS MUKHRIZ MAHATHIR.

Haris Che Mat
Naib Ketua Bahagian
UMNO Pokok Sena, KEDAH

0 komentar: