Bujang Senang

Bujang Senang

4 Sep 2016

PERNIKAHAN FARAH FAUZANA DIBATALKAN


Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongi olehnya.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi” katanya kepada mStar Online pada Ahad.

[SILA KLIK] Fara Fauzana Sahkan Bakal Berkahwin Pada 17 September

Jelas Fara keputusan itu adalah sesuatu yang sukar  baginya.

Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.

Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

“Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

“Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya.

Related Posts:

  • Kenapa ?Trend memburuk-burukkan Malaysia di luar negara sudah terjadi sejak sekian lama. Ketaksuban ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia punca trend tersebut berlaku. Kelemahan pembangkang apabila tidak dapat majoriti undi pada piliha… Read More
  • Abu Seman berkhidmat sepenuhnya.DUN Jemoreng telah menikmati pembangunan walaupun tidaklah begitu agresif. Kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih sudah bertambah baik dari sebelumnya. Jalan penghubung ke bandar begitu baik cuma jambatan di Sungai Ig… Read More
  • MAHATHIR TAK KISAH DI LIWAT ANWAR? PUTRAJAYA — Demi terus mengkritik kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad rela dipenjara di sebelah kurungan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Buloh. Bercakap kepada media selepas disiasat polis berhubung artikelnya awal bula… Read More
  • SPRM DAN BANK NEGARA PERLU DEDAH NAMA PEGAWAI YANG BERI MAKLUMAT BECANGGAH KEPADA MUHYIDDIN YASSIN. Tiba-tiba Muhyiddin Yassin menjadi seorang yang serba tahu. Katanya "saya tahu lebih dari yang anda tahu" dan kononnya dia mendapat 'briefing' dari SPRM, Bank Negara dan Peguam Negara yang lalu. Pelik sebab sebelum ini M… Read More
  • Serangan pemusnah kerajaan.Apa yang diketahui semenjak dua menjak ini serangan terhadap institusi berkaitan Islam bukan mempersoalkan kresdibiliti institusi terbabit. Serangan tersebut ingin memusnahkan pentadbiran kerajaan yang begitu kukuh selama ini… Read More

0 komentar: