Bujang Senang

Bujang Senang

15 Sep 2016

Polis Bukit Aman geledah rumah, pejabat ADUN Pujut


Sepasukan polis menggeledah kediaman, pejabat dan klinik milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon di sini semalam ekoran dakwaan status kenegaraan beliau.
Pasukan terdiri daripada dua pegawai Bukit Aman termasuk pasukan polis tempatan dipercayai mempunyai waran menggeledah untuk mencari bukti kes yang bakal didengar di Mahkamah Tinggi Miri pada 30 September nanti.
Memberitahu Utusan Borneo semalam, Setiausaha Agung DAP Sarawak juga peguam bela kes tersebut Alan Ling berkata, kes telah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang sebelumnya dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Pada 16 Jun lalu, calon langsung BN-Pujut Datuk Hii King Chiong melalui peguamnya K.Y Lin  tmemfailkan petisyen pilihan raya memohon mahkamah mengumumkan kemenangan Dr Ting sebagai batal dan tidak sah.
Hii dalam petisyen yang sama mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerana mendapat undi kedua tertinggi atau diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) tanpa penyertaan DAP.
Petisyen berkenaan dibuat atas alasan Dr Ting adalah warganegara Australia.
Utusan Borneo

Related Posts:

  • HUTANG NEGARA : 7 SOALAN DAN 7 JAWAPAN Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion. Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, m… Read More
  • KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB? RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu. 1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5… Read More
  • SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA . KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045 Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya me… Read More
  • Adakah 1MDB diperangkap oleh Sarawak Report? Oleh Calvin Sankaran KUALA LUMPUR: Enam bulan lalu, tidak ramai rakyat Malaysia yang pernah mendengar mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ia telah ditubuhkan pada 2009. Syarikat pembangunan strategik sep… Read More
  • Pakar Antarabangsa: Rasuah di Malaysia terkawal . KUALA LUMPUR 19 April – Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.Michael Hershman, pengasas bersama Transparency In… Read More

0 komentar: