Bujang Senang

Bujang Senang

19 Sep 2016

RICHARD RIOT AJAK ANAK-ANAK BIDAYUH KE PROGRAM LAN BERAMBEH 2016


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem mahu menjadikan ‘Lan Berambeh 2016’ yang akan diadakan pada 15 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebagai yang terbaik.
Beliau yang juga pengerusi penganjur acara berkenaan pada tahun ini berkata seramai 7,000 anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia disasarkan menghadiri acara berkenaan.
Lan Berambeh adalah acara yang mengumpulkan anak-anak Sarawak yang belajar, bekerja dan tinggal di Semenanjung Malaysia.
“Saya berharap Lan Berambeh 2016 akan turut melibatkan anak-anak Bidayuh,” katanya pada Majlis Makan Malam St John Taee pada Sabtu lepas yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Menurut Riot, antara anak Bidayuh yang dijangka hadir dalam acara tersebut ialah ratu terjun negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Pandelela Rinong dan Miss Malaysia World 2014 Dewi Liana Seriestha yang memenangi anugerah subsidiari Ratu Bakat pada Miss World 2014 di London tahun lepas.
“Pandelela dan Dewi adalah antara yang membawa nama Bidayuh di persada dunia.
“Bagi anak-anak Bidayuh yang berada di Semenanjung Malaysia, marilah kita bersama-sama hadir ke PWTC dan berbangga bahawa kita juga mampu menjadi yang terbaik di dunia,” katanya.

Related Posts:

  • JAWAPAN PADA FITNAH RAFIZI 2016 TAHUN JUAL NEGARA Kepada yang tak faham macamana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya: 1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia. 2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adala… Read More
  • Kenapa isu MB Kedah terjadi?Pada era Pak Lah menjadi Perdana Menteri, tahukah anda siapa dalang disebalik penekanan perletakan jawatan Pak Lah? Tun Mahathir memang jelas terlibat dan yang ramai tidak sedar adalah desakan Ketua Pemuda UMNO ketika itu ial… Read More
  • CM Adenan tunaikan janji.Kami memulakan siri perbincangan dengan PM dan saya sendiri berhubung dengan apa-apa hak di bawah Perjanjian Perlembagaan, Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold dan kedudukan au… Read More
  • PENDAKI WANITA NEGARA TERJATUH DI GUNUNG ACONCAGUA . Pendaki Wanita Negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26, yang kini dalam misinya melengkapkan pendakian ke 7 Puncak tertinggi dunia di Gunung Aconcagua, Argentina, mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak gun… Read More
  • MENGENALI FRANCIS YEOH PEMILIK YTL.  FRANCIS YEOH PEMILIK YTL, KRONI TUN M DAN INDIVIDU YANG PENUH DENGAN AGENDA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB Ahli perniagaan, Francis Yeoh membina empayar perniagaannya dengan bantuan “teman-temannya yang berkuasa”. https:/… Read More

0 komentar: