Bujang Senang

Bujang Senang

27 Dis 2016

Aktivis Politk Dakwa Ezam Guna NGO, Kumpul Duit Rasuah


Seorang aktivis politik, Mohd Faisal Rohban Ahmad menyifatkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Hisbah Centre For Reform (Hisbah) yang dipengerusikan oleh Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai tempat untuk mengumpul duit rasuah.

Faisal melalui laman Facebook turut mendakwa Ezam mengunakan NGO miliknya itu untuk mengugut individu lain bagi mendapatkan dana.

“Ezam nak bercakap soal rasuah (tapi) NGO dialah tempat berkumpulnya segala duit rasuah. Duit pow sana, pow sini.

“Duit ugut sana, ugut sini. Duit derma sana, derma sini (namun) berlindung di sebalik nama NGO,” ujarnya memetik kenyataan tersebut.

Paling menarik Faisal turut mencabar Ezam untuk mengeluarkan notis saman terhadap dirinya sekiranya merasakan kenyataan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

“Kalau saya fitnah saya cabar Ezam saman saya. Ezam kenal saya. Ezam tahu saya. Saya cabar dia saman saya. Saya tak kelentong. Cakap saja peguam mana. Tak perlu pos surat saman. Saya pergi ambil sendiri.

“Umno bagi duit Br1m rasuah ? Duit ehsan Terengganu tahun 1999 yg kau dok maki Tun M kaw2 tu apa cerita? Ezam bacul….cakap berdegar2, tapi dah unfriend ambo,” ujarnya lagi.

Terdahulu Ezam mendakwa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mempunyai unsur rasuah sambil menyifatkan kepimpinan negara berada dalam keadaan terdesak kerana ingin mengambil kesempatan untuk tujuan dan kepentingan politik.

Katanya, program BR1M merupakan satu dasar baik yang disalahgunakan oleh pemimpin yang terdesak dan mahu terus kekal berkuasa dengan apa cara seklipun.

Mohamad Ezam juga menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa terdapat unsur rasuah didalam BR1M mempunyai asas. – SuaraTV

0 komentar: