Bujang Senang

Bujang Senang

22 Dis 2016

'SWAFOTO' ATAU 'SELFIE' ?


Penggunaan beberapa istilah Bahasa melayu yang dicadangkan oleh pakar bahasa minggu lepas untuk menggantikan Bahasa Inggeris yang lazim digunakan mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang yang teruja , ada juga yang tak selesa misalnya menggunakan perkataan  'swafoto' yang selalu digunakan 'selfie'. Jom swafoto hehehhee rasa macam tak best sebab dah selalu menggunakan perkataan 'selfie'.

Antara tujuh istilah lain yang dipakei dan diperkenalkan oleh pakar Rujuk Bahasa Melayu Ismail Drahman yang juga bekas Pengarah Jabatan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ialah 'tular; bagi menggantikan perkataan'viral', suri teladan(role model), jerayawara(road show), latar pentas (back drop), gegantung(bunting), imej tumpu(highlight) dan pascanilai(post mortem)

 Apapun bukan mudah nak mempraktikkan sesuatu yang baru dan memulakan sesuatu.Ramai yang akan merasa tak senang apatah lagi untuk mndaulatkan bahasa kebangsaan.Ramai orang boleh memberi usul dan cadangan.Ada juga yang akan menggangap remeh.Ada juga yang akan mempermainkan tapi apapun kita perlu melihat ke dalam diri kita...jati diri dan semangat dalam mengutamakan penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan seharian.Ianya juga mendidik kita dan anak-anak kita cara penggunaan bahasa yang betul .

Bahasa melayu telah melalui peredaran zaman bermula sejak zaman Tun Sri Lanang, Abdullah Munsyi hingga ke zaman Pendita Za'ba serta Nik Safiah Karim dan Awang Sariyan banyak istilah bahasa melayu di ambil daripada bahasa lain seperti bahasa Arab dan Inggeris.Perbezaan pendapat adalah lumrah  sebagai sebahagian proses untuk memantapkan  serta menaikkan martabat Bahasa Melayu ke arah yang lebih baik.

Namun saranan serta kritikan haruslah resional dan bijaksana.Jangan sehingga memperlekehkan bahasa ibunda kita sendiri, kerana kita juga di antara pemain peranan untuk mencapai matlamat dalam mendaulatkan penggunaan Bahasa Melayu.

0 komentar: