Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak
Orang Pekak ASEAN 2016 selepas berpesta gol membelasah Myanmar 16-0 di
Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), pada aksi terakhir Kumpulan B semalam.
Kemenangan itu meletakkan skuad negara selaku juara Kumpulan B
selepas mengumpul enam mata, diikuti Vietnam yang menewaskan Myanmar
18-2 .
Penyerang negara, Razilawali Wahab muncul wira pasukan apabila
meledak tujuh gol, manakala Faza Firdaus Ghazali dan Nasharuddin Razali,
masing-masing menyumbat dua gol.
Mak Chee Weng, Naim Mat Leh, Aqif Syafiq Maathe, Rahmatuddin Huzaizi dan Firdaus Sabudin, masing-masing menjaringkan satu gol.
Dalam saingan Kumpulan A, Thailand melengkapkan jadual peringkat
kumpulan dengan meraih kemenangan ketiga mengalahkan Indonesia 7-2 dan
mengumpul sembilan mata keseluruhan.
Mengiringi Thailand ke separuh akhir ialah Indonesia yang meraih enam mata hasil dua kemenangan dan sekali tewas.
Malaysia dijadual bertemu Indonesia di Padang C MSN dan Thailand
menentang Vietnam di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada
aksi separuh akhir, hari ini.
Edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak ASEAN itu anjuran
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan kerjasama MSN dan
FAM disertai tujuh pasukan iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam,
Kemboja, Indonesia dan Malaysia.
DUN Johor bubar Ahad ini?
-
SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila
Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini.
Sumber dalaman Umno ...
2 tahun yang lalu
0 komentar:
Catat Ulasan