Pembantu isteri perdana menteri Rizal Mansor mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad “memperlekehkan” Nabi Muhammad.
“Ramai juga kawan-kawan yang terkejut dengan kenyataan itu yang dibuatnya semalam.
“Sebenarnya kita tidak perlu terkejut dengan kenyataan itu. Memperlekehkan Nabi bukan perkara baru bagi Tun Dr Mahathir,” kata pembantu Rosmah Mansor itu.
Mahathir dalam sidang media di kongres tahunan DAP semalam berkata pemimpin Umno seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi apabila mengaitkannya dengan kehendak Allah.
Rizal juga mendakwa Mahathir memperlekehkan janggut Nabi pada tahun 1997 dengan berkata:
Siapa tahu janggut nabi macam mana?
Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
Di zaman itu dia bukan ada (pisau cukur) Gillette.
Pisau cukur pun tiada zaman itu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.
“Kerana kata-katanya itulah membuatkan BN kehilangan kerusi Parlimen Arau dalam PRK 1998,” kata Rizal lagi daam kenyataannya hari ini.
Sementara itu, Rizal juga berkata, apabila bersama DAP Mahathir “perlu menunjukkan yang beliau lebih DAP dari DAP sehingga sanggup memperlekeh Nabi sendiri”.
0 komentar:
Catat Ulasan