Bujang Senang

Bujang Senang

19 Dis 2016

UNTUNGNYA RAKYAT SARAWAK DI BAWAH PEMERINTAHAN NAJIB,APA GIK DI MAUK??


Better Late Than Never...18 Disember 2016 menjadi detik yang bersejarah bagi rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini bukan hanya Perasmian Jambatan Batang Sadong yang mampu mengukir senyum di wajah warga tua di Parlimen Batang Sadong tapi juga turut 'menghidupkan' bunga-bunga di hati yang hampr layu setelah lebih 20 tahun terpinggir dalam pemerintahan yang terdahulu.

 Hari ini rakyat Parlimen Batang Sadong khasnya dan keseluruhan penduduk Sarawak melafaz rasa syukur hingga ada yang menitiskan airmata melihat dan menaiki sendiri jambatan Batang Sadong yang telah boleh digunakan bermula 16 Oktober 2016 yang lalu hasil dari janji dikotakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Projek Batang Sadong yang telah diluluskan serta-merta oleh Perdana Menteri bila beliau mengadakan tinjauan mesra sempena Pilihan Raya Negeri  ke-10 pada tahun 2011 dan berjaya disiapkan awal daripada tempoh yang dijadualkan.mencatat rekod bukan jak di Sarawak tapi di Malaysia sebagai jambatan yang terpanjang menyeberangi sungai di Malaysia dengan laluan dua lorong satu hala sepanjang 1.48 kilometer memendekkan perjalanan dari daerah Asajaya di Sadong Jaya ke daerah Daerah Semunjan di Sebuyau dari 2 jam ke 30 minit.

Dan memandangkan kerana Sarawak banyak sungai maka banyak lagi projek jambatan akan diluluskan kata Perdana Menteri dalam ucapannya ari marek.Antaranya Jambatan  Batang Lupar yang akan siap pada 2018 yang akan mengantikan Jambatan Batang Sadong menjadi jambatan yang terpanjang sepanjang 5km dengan kos awal di anggarkan RM400 juta tapi setelah dikaji semula meningkat menjadi 1 billion pun turut diluluskan oleh Perdana Menteri kerana beliau menyedari betapa pentingnya jambatan tok untuk penduduk Sarawak kerana Sarawak memang terkenal dengan sungainya.mun sik, sikkan ada pantun tentang Sungai Sarawak hehehe

Antara jambatan yang lain yang sedang dalam pembinaan dan diluluskan juga ialah Jambatan Batang Samarahan (RM112 juta), Jambatan Batang Igan (RM300 juta) dan Jambatan Batang Rambungan(RM130 juta)

Selain itu beberapa jambatan lain juga akan turut dibina iaitu Jambatan Batang Seribas, Jambatan Batang Muara Lassa dan Jambatan Batang Paloh.



Disamping perasmian Jambatan Batang Sadong  pada tarikh tok juak Perdana Menteri melancarkan 8 pakej jajaran lebuh raya Pan Borneo  bernilai RM 12.5 billion yang akan melengkapkan konektiviti penting dalam menghubung bandar-bandar utama di Sarawak. Billion bukan juta uuuu uuuuuuu...mun ditaruh dalam bilit duit ya boleh lemas kita kotan banyak.Itupun baru sebahagian dari keseluruhan kos lebuh raya Pan Borneo tanpa tol yang bernilai RM 16 billion.

Apa gik dimauk rakyat Sarawak???? Disaat para pemimpin  pembangkang dan Mantan Perdana Menteri yang sedang berusaha keras menjadikan anaknya Perdana Menteri dengan kempen menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak dengan  mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya, Perdana Menteri terus mengotakan janjinya untuk rakyat Sarawak dengan membawa 'Hadiah Besar' yang di impikan oleh seluruh rakyat Sarawak .



Ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar dan memandang serius akan rungutan dan permintaaan rakyat Sarawak tentang perlunya rangkaian jalan yang berkualiti dan menjadikannya  visi utama Barisan Nasional.

Maka jika hari ini Perdana Menteri telah mengotakan janjinya kepada kita rakyat Sarawak maka jangan lupa untuk kita mengotakan janji pada pilihanraya akan datang dengan memberi kemenangan besar pada Barisan Nasional untuk keseimbungan pembangunan di Sarawak .









0 komentar: