Baru Bien dalam kenyataannya pada 22 Disember 2016 di Borneo Post berkata....
“Keputusan ini mempunyai kesan yang besar kepada masyarakat pribumi Sarawak. Jika James Masing dan YB Dayak lain serius tentang perkara ini, kuasa masih di tangan mereka (BN) untuk meluluskan undang-undang untuk mengiktiraf adat ini.Manakala Chong pula dari menjadi 'ustaz' hari sebelumnya bila lantang mempersoalkan tentang Ketua Menteri Sarawak dan Ahli Parlimen BN yang diam dengan isu RUU355, pada 22 Disember 2016 sekali lagi bangkit sebagai pejuang orang Dayak dengan masih lagi menyalahkan kerajaan negeri susulan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ tidak termaktub di bawah kuasa undang-undang Sarawak.
“Bagi saya, saya akan melakukan cubaan terakhir untuk menfailkan semakan mengenai keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan.
“Apa sahaja hasilnya, sekurang-kurangnya saya boleh berkata kepada masyarakat pribumi Sarawak,
“Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sendiri tidak mengiktiraf konsep ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau.’Namun Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berharap...
“Jika tidak, ia tidak akan mengeluarkan pajakan sementara kepada syarikat swasta terbabit ke atas tanah yang meliputi ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’,”
“Isu mengenai ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ boleh ditangani dengan gaya atau pendekatan yang sama dan Majlis Adat Istiadat (MAIS) boleh mengetuai perbincangan ini,”Apa yang pasti kemarahan dan kekecewaan tidak akan merapatkan masyarakat Dayak untuk menyelesaikan masalah berhubung isu ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau.Ini seperti yang pernah berlaku di Sibu.Menurut Masing, apabila Bisi Jenggot kehilangan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam mahkamah beberapa tahun lepas kerana membeli tanah di luar kawasan tempat tinggal, ia memberi isyarat bahawa tanah NCR bukan untuk dijual.
Justeru, katanya, apakah yang masyarakat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) Dayak buat untuk memperbetulkan keadaan ketika itu?
Satu mesyuarat dipanggil di Sibu untuk semua pemimpin dan NGO Dayak dan cadangan dihantar kepada kerajaan negeri bagi memastikan tanah NCR boleh dibeli oleh mana-mana Dayak/Bumiputera di mana-mana di Sarawak, ujarnya.
“Rang undang-undang telah dibentangkan (berdasarkan kepada cadangan) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membenarkan tanah NCR menjadi satu item perdagangan dan rang undang-undang ini diluluskan.
“Sekarang tanah NCR boleh dibeli dan dijual kepada mana-mana Bumiputera Sarawak. Akibatnya, nilai tanah NCR meningkat dan yang mendapat manfaat adalah masyarakat Dayak.
Tambah Masing lagi yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, pada pandanganya, terdapat tiga kawasan asas di mana tuntutan NCR boleh dibuat.
Pertama, katanya, ‘temuda’ iaitu kawasan yang dibersihkan bagi pertanian pindah sebelum Januari 1858.
Kedua, ‘pulau galau’ yang mana mengikut definisi ‘pulau galau’ (kawasan yang disimpan bagi penggunaan perkauman) adalah tanah NCR.
Kawasan ini adalah di simpan khas bagi penggunaan perkauman (komunal) oleh komuniti. Ia kebiasaannya adalah kecil dan mana-mana ahli yang menggunakan produk dari ‘pulau galau’ bagi tujuan komersial akan didenda oleh undang-undang adat.
Kawasan ketiga pula ialah ‘pemakai menoa’ yang digunakan bagi pemburuan dan mencari makan oleh masyarakat Dayak di mana saiz dan tempatnya adalah tidak pasti bergantung kepada tuntutan individu atau rumah panjang.
“Ia adalah di sini pihak berkuasa diperlukan bagi menentukan ‘pemakai menoa’ dan di sinilah MAIS diperlukan dan cadangan mereka diperlukan untuk menentukan ‘pemakai menoa.’
“Undang-undang boleh dibentangkan berdasarkan cadangan MAIS dan sebaik definisi mengenai ‘pemakai menoa’ diterima dan menjadi undang-undang tanah, baharulah terma ‘No Force of Laws’ menjadi tidak relevan apabila mahkamah membincangkan mengenai ‘pulau galau’ dan ‘pemakai menoa.’
“Sebaik undang-undang mengenai tanah NCR dibentangkan dan menjadi undang-undang, pertikaian tanah NCR antara pihak berkuasa dan masyarakat Dayak akan menjadi perkara lepas,” ujarnya.
0 komentar:
Catat Ulasan