Bujang Senang

Bujang Senang

6 Dis 2016

3 DISEMBER DALAM SEJARAH SARAWAK



                               Dari kiri: Awang Ramli Amit, Bujang Suntong, Morshidi Sidek.

AL FATIHAH ..................
Pada 3 Disember 1949 salah seorang pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli, telah melakukan asasinasi (bukan pembunuhan) terhadap Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Sir Duncan Stewart di Sibu semasa Sarawak menjadi Tanah Jajahan Great Britain. Serangan asasinasi ini adalah tindakan berani mati yang telah dirancang oleh kumpulan Rukun 13 yang merupakan sayap sulit Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS) untuk menuntut kemerdekaan Sarawak Darul Hana.  Tokoh-tokoh utama Rukun 13 adalah Awang Rambli Amit, Bujang Suntong dan Morshidi Sidek.

Selepas Perang Dunia Kedua, penjajah Brooke telah menyerahkan Sarawak Darul Hana kepada Great Britain pada tahun 1946. Vyner Brooke telah dibayar sebanyak $200,000 Pound Sterling sebagai habuan.  Jika banyak tanah jajahan kuasa barat di dunia diberikan kemerdekaan, sebaliknya Sarawak pula dijadikan sebuah Tanah Jajahan Diraja (Crown Colony) adalah satu penghinaan.


Penghinaan ini telah membangkitkan semangat kebangsaan penduduk Melayu yang pada asalnya adalah kuasa pemerintah yang merdeka di bawah Kesultanan Melayu Brunei atau sebagai negeri-negeri yang berdaulat. Kemerdekaan orang Melayu dibuktikan dengan catatan sistem pemerintahan yang terdiri daripada Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Imam dan kanun perundangan yang tersendiri.

Seperti kebanyakan tanah jajahan barat di dunia yang tidak berikan kemerdekaan, mereka telah bangkit memerangi kuasa penjajah sehingga titisan darah yang terakhir seperti Persekutuan Tanah Melayu, Indonesia, Burma dan Vietnam. Ramai yang terkorban demi mengambil kembali kemerdekaan yang hak.

Semenjak tahun 1946 penduduk warga Melayu di seluruh Sarawak telah bangkit menentang penjajahan Great Britain. Kebangkitan kebangsaan Melayu Sarawak pada mulanya dipimpim oleh Datu Patinggi Abang Abdillah dan disokong oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS). Mereka kemudian telah disertai oleh Barisan Pemuda Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Limbang, Persatuan Melayu Simanggang dan Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPMS). Perjuangan ini telah menjadi sebuah pergerakan nasionalisme yang mereka namakan Gerakan Anti-Serahan.

Pemimpin PPMS yang memainkan peranan penting adalah Awang Rambli yang memegang jawatan Setiausaha Kehormat.  Beliau adalah seorang pegawai kastam ( dan ayah kepada bintang filem Dayang Sofea) yang mengerakkan Anti-Serahan di Bahagian Sibu. Setelah menentang penjajah Great Britain selama tiga tahun, Gerakan Anti-Serahan telah menjadi lemah dan tidak lagi mendapat sambutan yang jitu.

Oleh yang demikian Awang Rambli telah menubuhkan sayap sulit, Rukun 13 di dalam PPMS. Rukun 13 ini dianggotai oleh Awang Ramli, Bujang Suntong, Morshidi Sidek dan Rosli Dhoby. Mereka telah mendapat maklumat bahawa gabenor penjajah, Sir Duncan Stewat akan membuat lawatan rasmi ke Sibu pada 3 Disember 1949.

Rosli telah dipilih untuk melakukan asasinasi berani mati dengan bantuan Morshidi Sidek yang berlakon sebagai jurugambar untuk melalaikan gabenor dan pihak polis. Beliau adalah seorang guru dan Penolong Setiausaha dan Pengistihar PPMS yang mempunyai darah keturunan Melayu Sambas. Pada satu detik yang sempurna Morshidi telah berlakon mengambil gambar sang gabenor yang terpaksa berhenti. Ketika jam menunjukkan pukul 9:30 pagi, pada saat itulah Rosli meluru ke arah sang gabenor lalu membenamkan sebilah badik ke perutnya.

Sesungguhnya seorang anak muda bernama Rosli telah rela berkorban jiwa dan raganya kerana anggota polis jelas mengiringi sang gabenor. Mereka telah menangkap Rosli sejurus hajat perjuangannya tercapai. Sang gabenor telah cedera parah dan terus diterbangkan ke Kuching dan kemudian ke Singapura. Beliau telah meninggal dunia seminggu kemudian.


Seluruh dunia gempar. Bagaimana di sebuah tanah jajahan terpencil seorang gabenor kulit putih kuasa besar dunia tewas ditangan penyerang berani mati. Rosli dan sahabatnya dibicarakan dengan tipu-muslihat dan dengan zalim menjatuhkan hukuman mati. Rosli telah kembali ke rahmatullah pada 2 Mac 1950.

Dalam surat beliau yang terakhir bertarikh 1 Mac 1950, Rosli antara lain tetap teguh berpegang kepada Islam dan perjuangan menuntut kemerdekaan Sarawak Darul Hana. Beliau menulis:“SELIMUTILAH JENAZAH ANAKANDA DENGAN PANJI KEBANGSAAN SARAWAK.”



Sumber:SanibSaid

Related Posts:

  • #PRN11:DUN BUBAR MINGGU DEPAN? KUCHING: Penganalisis politik Dato Peter Minos meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Khamis depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri ke-11 diadakan. Menurutnya, pada Ahad lepas di satu… Read More
  • Pemimpin PBB Melahirkan Pemimpin Muda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mampu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa untuk mewakili satu-satu kawasan pada masa akan datang. Khabar angin mengatakan PBB sekadar parti untuk orang tua hanyalah sp… Read More
  • TERIMA KASIH KETUA MENTERI, KEMBALI TANAH NCR. 'Terima kasih Kepala Menteri ', itu yang diucapkan oleh Penduduk Baram hari ini kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem dengan keputusan kerajaan negeri memulangkan tanah Hak Adat Bumiputera… Read More
  • #AdenanTeam: Fazruddin Diumum Calon DUN Tupong. Pengumuman calon DUN Tupong oleh Ketua Menteri Sarawak semalam di Lundu ketika Program Armada pemuda Juhhh Kamboh Bersama Tok Nan menjadikan Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak mempunyai dua calon baru yang udah di umum ia… Read More
  • Ahli Parlimen Di Lebel Sebagai Menteri GRO ? Ramai dikalangan pengamal media sosial melebelkan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai Menteri GRO. Mungkin para pengkomen melihat operasi sebegini sepatutnya hanya diuruskan oleh Pasukan Polis dan agensi kerajaan ter… Read More

0 komentar: