Bujang Senang

Bujang Senang

21 Dis 2016

RUU355..GIVE AND TAKE SPIRIT


GIVE AND TAKE SPIRIT......itu yang dapat dilihat bila MP Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (RUU355) walaupun masih ada segelintir pemimpin BN lain yang 'confius' atau terikut dengan rentak pembangkang.

 'SUPP and PRS state Barisan Nasional parties have not wavered from their objection to the Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdition) Act (Act 355) to extend the jurisdiction on the Syariah Court.'

Ini mungkin kerana terikut dan terpengaruh dengan kata-kata Chong Chieng Jen Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak yang  kesal dengan tindakan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terus berdiam diri termasuk mengatakan bahawa Ketua menteri Sarawak, Adenan sendiri tidak berani menentang keinginan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO bila RUU355 itu dibentang oleh BN bila media Isnin lepas melaporkan bahawa semua Ahli Parlimen BN perlu menyokong cadangan PAS untuk menambah baik Mahkamah Syariah apabila ia menjadi RUU kerajaan kerana ia bakal diambil alih oleh kerajaan persekutuan.

Itulah namanya kesepakatan dalam Barisan Nasional yang takkan dapat kita lihat dalam Pakatan pembangkang.Masing-masing ikut kepala sendiri, itulah padah yang membawa rebah yang dapat kita lihat dengan kekalahan teruk pembangkang pada saat ini.

Pemikiran yang matang dan resional dapat kita lihat dalam kenyataan Tan Sri William Mawan bahawa apa yang nak disampaikan oleh pembangkang itu hanya untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat lebih lagi kepada masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan agama .Tapi dalam hidup bermasyarakat lebih lagi dengan lebih 27 jenis suku kaum yang terdapat di Sarawak kita harus menghormati satu sama lain.Hari ini mereka perlu sokongan kita, satu hari nanti tidak mustahil kita pula yang akan perlukan sokongan mereka.' katanya.

'Time will come one day that (Dayaks) shall need non-Dayak MPs to support a law on customs, traditions and rituals which affect only the Dayak community. If that law is proposed by the BN, then all non-Dayak MPs from BN must reciprocate by lending moral support. They (non-Dayak ) may not understand our customs, traditions and rituals like we do but as BN MPs they must support us."
 Apapun RUU355 masih di peringkat awal.Baru dibawa oleh Presiden Pas untuk dibaca dan beliau telah menangguhkannya  ke sessi yang akan datang. Walaupun perdana menteri  dalam satu perhimpunan agung UMNO, berikrar kerajaan persekutuan akan mengambil alih RUU335 selepas rundingan dengan PAS  dan Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan semasa mesyuarat agung tahunan Kelab Luar Negara UMNO berkata sokongan semua Ahli Parlimen BN untuk RUU355 adalah satu kemestian ...ini belum sampai peringkat undian lagi.Banyak lagi yang akan di buat dan yang pasti pelbagai peringkat rundingan akan diadakan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan sebelum mencapai kata sepakat.



Related Posts:

  • CABINET REMAIN THE SAME Amid speculations over the state cabinet reshuffle to be sworn in today, a reliable source told  there will be no change in the ministerial line-up. According to a reliable source, Chief Minister Datuk Amar Abang … Read More
  • MENGENANG ALLAHYARHAM TOK NAN - ROHANI KARIM Mengenang Allahyarham Tok Nan ... daripada YB Dato' Sri  Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Naib Ketua Wanita PBB. "Hurmmmmmm...." itu sahaja reaksi Sir bila saya menyapa da… Read More
  • TIADA ROMBAKAN KABINET NEGERI Spekulasi sejak semalam mengenai tiada rombakan Kabinet negeri dan tiada perubahan dalam barisan menteri di Majlis mengangkat sumpah hari ini akhirnya terjawab. Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan teru… Read More
  • SELEPAS TUJUH HARI, PEMERGIAN TOK NAN TERUS DI RATAPI WARGA TANJONG DATU SELEPAS tujuh hari, hari ini... penduduk di kawasan Tanjung Datu di bandar Lundu masih meratapi kehilangan ADUN kesayangan mereka , Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.  Umpama layang-laya… Read More
  • Video:Lori Merempuh Stesen Minyak Samarahan Dua lelaki berdepan detik mencemaskan apabila sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar mereka semasa mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Expressway Kuching-Samarahan kelmarin. Difahamkan, dua lela… Read More

0 komentar: