Bujang Senang

Bujang Senang

6 Dis 2016

Cermin diri sendiri sebelum kritik orang lain



Cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengata. Itulah ungkapan yang sesuai kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila seringkali mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa malah menyarankan agar Muhyiddin membersihkan nama yang terpalit akibat skandal seks sebelum mengkritik Najib.
Annuar merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini.

 “Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar kepada sebuah portal atas talian.
Beliau berkata demikian selepas Muhyiddin membidas perhimpunan agung UMNO yang selesai baru-baru ini sebagai medan untuk Najib menagih ketaatan ahli parti, berbeza dengan perhimpunan sebelum ini.
Najib ketika menggulung PAU 2016 menyeru ahli parti supaya setia kepada presiden selain menyindir apa yang dilakukan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan kepada Muhyiddin supaya lebih menumpukan perhatian membangunkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Ucapan penggulungan presiden banyak memberikan kekuatan kepada parti, termasuk prinsip wala’ iaitu kesetiaan dan kesepaduan,” katanya.
Bung Moktar menjelaskan 2 ciri itu amat diperlukan ketika ini agar UMNO terus diyakini penyokongnya.
“Apa pun presiden berhak untuk memaklumkan ahli parti mengenai agenda tersirat gabungan pembangkang untuk menjatuhkan UMNO dengan cara yang rakus,” katanya.

BNBBC

Related Posts:

  • AZMIN PUNCA PAN KALAH DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR. Menteri Besar Selangor,  Dato' Mohamed Azmin Ali mencatatkan rekod sebagai penyebab kekalahan Pakatan Harapan dalam menghadapi Barisan Nasional pada PRK P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar. Sebelum ini beliau di… Read More
  • DAP AMAL POLITIK ALA ISRAEL Sekiranya kita meneliti kata-kata dan ucapan para pemimpin DAP, kita akan mendapati satu pola ucapan yang sehala dan berfokus. Di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan, kekalahan DAP dibebankan ke atas PAS sebaga… Read More
  • Taring Tun Mahathir secara rasminya tercabut - Nik Abduh Ketua Pergerakan Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai individu yang tidak lagi mempunyai 'taring'. Secara sinis, beliau berkata, secara… Read More
  • KEMPEN ANTI NAJIB OLEH TUN MAHATHIR GAGAL-RAHMAN DAHLAN  ‎ 1. Penolakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat dengan ketara, bukan saja oleh rakyat tetapi juga penyokong pembangkang yang secara terbuka didekati bekas Perdana Menteri itu untuk menggulingkan kerajaa… Read More
  • BILL KAYONG SHOT TO DEATH PKR Miri branch secretary and Bekenu-PKR candidiate Bill Kayong is suspected to have been assasinated at a traffic  in broad daylight at Permyjaya- Kuala Baram road this morning. His Toyota 4WD double cab vehicle… Read More

0 komentar: