Bujang Senang

Bujang Senang

19 Dis 2016

Anak Sendiri Bankrap, Siapa Daim Untuk Kritik Kerajaan Berkenaan Kewangan?


Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, dimuatkan satu artikel tulisan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bertajuk “Daim Bersuara, Krisis Keyakinan Kronik” yang menyaksikan begitu agresif beliau dalam menyalahkan pelbagai pihak khususnya kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perlu diingat, Daim juga dikenali sebagai individu yang banyak disuruh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri untuk melakukan pelbagai perkara untuk untuk Dr Mahathir.
Dalam artikel itu, beliau berkata sejak bersara beliau menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka dan lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara tetapi sebenarnya dilihat beliau beliau banyak melibatkan diri dalam banyak program bual bicara secara terbuka.
Bagaimanapun, program berkenaan kebanyakannya mencemuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keperibadian beliau dengan menuduh masyarakat antarabangsa sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Najib.
Untuk rekod, anak Daim, Md Wira Dani Abdul Daim pada Ogos lepas telah diisytiharkan muflis kerana hutangnya sekitar AS$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities.
Ekoran kes itu, dia juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp, menurut satu kenyataan yang difailkan di Bursa Singapura.
Maybank memperoleh penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap Wira Dani pada Mac untuk menuntut hutang sebanyak $2.459 juta (RM7.3 juta) yang dimilikinya.
Wira Dani dikatakan membuat pinjaman bagi angka berkenaan untuk membeli saham LionGold.
Saham LionGold serta Blumont Group dan Asiasons Capital menjunam pada Oktober 2013 hingga mengurangkan sekitar $6.9 juta (RM20.55 juta) daripada nilai pasaran mereka dalam masa tiga hari, demikian menurut laporan media.
Jadi, siapa Daim sebenarnya untuk mengatakan perkara berkaitan ekonomi negara sedangkan anaknya sendiri diisytiharkan bankrap.
Selain itu, hutang kerajaan yang dikatakan oleh Daim melebihi had hutang yang ditetapkan adalah tidak benar kerana beliau memperkatakan nilai hutang berkenaan bersama dengan nilai hutang yang dibuat oleh isi rumah.
Nilai hutang isi rumah ialah nilai hutang yang dibuat sendiri oleh orang ramai atas kapasiti peribadi.
Hutang kerajaan di dalam dan luar negara ada berbeza dan menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, ia dalam keadaan terkawal.
Jika begitu teruk, mustahil pihak penarafan kewangan antarabangsa boleh memberikan gred yang baik kepada Malaysia dari segi pengurusan kewangan
Dalam hal ini, banyak pihak sudah mengetahui bahawa Daim hanya bercakap untuk memberikan persepsi buruk lagi kepada apa yang didakwa oleh Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan BN. – pru14.tv

0 komentar: