Bujang Senang

Bujang Senang

15 Dis 2016

MAHATHIR HANYA MAMPU BERMAIN DENGAN ORANG YANG KALAH



Terdapat kepercayaan bahawa kibasan sayap rama-rama di Brazil boleh mencetuskan turutan peristiwa bersifat atmosfera, dan beberapa minggu kemudian, mendorong pembentukan puting beliung di Texas. Dalam erti kata lain, perkara tidak berlaku secara berasingan. Semuanya saling berkaitan. Satu perkara akan menyebabkan perkara lain tercetus dan kemudiannya akan mencetuskan perkara lain sehingga apa yang berlaku hari ini berlaku. Itulah bagaimana ia berfungsi dan lebih baik anda mempercayainya.

Apa-apa pun, sementara membincangkan subjek percaya, ramai pembaca yang menghantar komen mengatakan mereka tidak percaya apa yang saya katakan dan bahawa pada satu masa mereka mempercayainya tetapi kini mereka tidak lagi mempercayainya, dan sebagainya. Itu sebenarnya agak mudah difahami. Jika anda telah mempelajari Falsafah Agama dan Falsafah Politik, seperti yang telah saya lakukan beberapa tahun yang lalu, anda akan tahu bahawa ini adalah satu fenomena yang agak biasa. Manusia percaya apa yang mereka suka untuk percaya dan tidak akan percaya apa yang mereka tidak suka untuk percaya.

Dalam erti kata lain, sistem kepercayaan anda bukanlah berdasarkan kebenaran, fakta atau bukti. Sistem kepercayaan anda adalah berdasarkan kepada sangkaan semata-mata. Dan jangan memandang rendah kuasa sangkaan. Kepercayaan agama adalah sepenuhnya berdasarkan kepada sangkaan semata-mata. Dan ramai yang menganggap kepercayaan agama sebagai kebenaran sedangkan ia bukanlah satu kebenaran tetapi sangkaan semata-mata.

Oleh itu, anda sudah percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencuri RM42 bilion wang 1MDB jadi tiada apa yang boleh saya katakan atau lakukan untuk membuat anda menukar fikiran anda tentang 'kebenaran' itu.

Oleh itu, mari kita membuat kesimpulan dengan mengatakan anda percaya apa yang anda percaya berdasarkan sangkaan semata-mata, sama ada benar atau tidak, dan saya akan percaya apa yang saya percaya kerana saya menyelidik kebenaran. Dan kita akan bersetuju untuk tidak bersetuju tentang apa yang mewakili 'kebenaran'. Jadi sekarang mari kita bercakap tentang kibasan sayap rama-rama di Brazil yang boleh mencetuskan turutan peristiwa bersifat atmosfera, dan beberapa minggu kemudian, mendorong pembentukan puting beliung di Texas.

Pada 8 Mac 2008, pakatan pembangkang Malaysia, Pakatan Rakyat, memenangi 5 negeri dan 82 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 Malaysia sejak tahun 1959. Sesetengah penganalisis politik berkata bahawa internet secara sebahagiannya bertanggungjawab untuk ini dan ironi semua ini adalah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Malaysia menjadi negara internet terkemuka di Asia.

Apa-apa pun, sama ada Mahathir boleh secara tidak langsung dipersalahkan kerana apa yang berlaku pada pilihan raya umum Mac 2008 atau tidak, beliau sememangnya secara langsung bertanggungjawab. Mahathir kecewa dengan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, adalah penghalang kepada masa depan politik Mukhriz. Khairy harus mati sebelum Mukhriz boleh maju ke hadapan dan untuk Khairy mati Abdullah mesti mati dahulu.

Jadi Mahathir merancang kejatuhan Pulau Pinang kepada pembangkang dengan meminta orang Cina MCA untuk memberi sokongan kepada DAP. Kelantan pasti akan memilih PAS dan apa yang berlaku adalah bukan sahaja Pulau Pinang dan Kelantan jatuh tetapi begitu juga Kedah, Perak dan Selangor juga.

Nampaknya pilihan raya umum akan datang pada tahun 2013 akan memihak kepada pakatan pembangkang. Selepas mendapat Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan, dan juga 82 kerusi Parlimen, pembangkang seterusnya akan mendapatkan Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dan juga lagi 35 kerusi Parlimen, memberikan mereka majoriti mudah di Parlimen - 117 kerusi berbanding Barisan Nasional sebanyak 105 kerusi. Ya, pada bulan March 2008, sangat sedikit rakyat Malaysia yang akan tidak bersetuju bahawa pilihan raya umum 2013 adalah titik di mana Umno dan Barisan Nasional akan jatuh.

Kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Tiga bulan kemudian, Anwar Ibrahim telah terlibat dalam skandal liwat keduanya dan tiba-tiba rama-rama telah mengibaskan sayapnya. Pada masa itu tiada siapa yang melihat ‘butterfly effect’ tetapi seperti yang saya katakan tiada apa yang berlaku secara berasingan. Kerana 'Liwat 2', Anwar tidak lagi tenang dan mula membuat keputusan panik. Satu keputusan panik beliau adalah kemelut '16 September', langkah yang sepatutnya memastikan beliau terlepas dari penjara.

Pada 16 September 2008, sekitar 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat dan mencetuskan kejatuhan kerajaan. Itu tidak berlaku. Keputusan buruk kedua adalah campur tangan Anwar di Perak. Anwar cuba untuk menghapuskan Menteri Besar Nizar Jamaluddin dan menggantikannya dengan calon Umno dan Perak jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Saya rasa itu adalah apa yang berlaku apabila anda membuat keputusan dengan tidak menggunakan otak. Apa-apa pun, dari Jun 2008 hingga Februari 2009, ia adalah satu bencana bagi pembangkang selepas permulaan yang baik pada Mac 2008. Mendiang Karpal Singh juga sangat marah dengan Anwar, seperti yang anda lihat dalam video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=dQV2UYiAswQ

Pada 3 April 2009, Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan keadaan berubah. Pembangkang tidak lagi berurusan dengan Abdullah Badawi yang lemah dan lesu. Mereka kini terpaksa berurusan dengan Najib dan peraturan permainan itu akan berubah. Tetapi pembangkang tidak tahu akan perkara ini. Mereka ingat dengan Najib sebagai Perdana Menteri, ia akan menjadi lebih mudah untuk menggulingkan kerajaan daripada dengan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Begitu salah sekali tanggapan mereka dan mereka akan mengetahuinya. Sementara itu, perbicaraan kes liwat Anwar itu diteruskan dan Mukhriz cuba untuk memenangi kepimpinan Pemuda Umno tetapi gagal dalam pertandingan tiga penjuru dengan Khairy dan Khir Toyo. Sehinggalah Mei 2013, satu lagi pilihan raya umum diadakan. Itu adalah pilihan raya umum yang sepatutnya melihatkan Pakatan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan tetapi ia tidak berlaku seperti yang ramai telah jangkakan. Terdapat terlalu banyak perbalahan dalaman dalam pembangkang manakala Anwar terlalu terganggu dalam cubaannya untuk keluar dari penjara.

Ramai juga meramalkan bahawa jika Pakatan mahu mengambil alih maka ia mestilah pada Mei 2013. Jika ia tidak berlaku pada Mei 2013 maka ia langsung tidak akan berlaku. Ia tidak berlaku, jadi kemungkinan besar bermakna ia tidak akan berlaku langsung. Walau bagaimanapun, pembangkang masih perlu mencuba lagi pada tahun 2018 atau kemudiannya dan buat sementara waktu, mereka perlu memantapkan lagi diri mereka untuk bersedia untuk pertempuran yang akan datang pada tahun 2018.

Sebaliknya, pembangkang melakukan sebaliknya. Daripada bertindak mengukuhkan diri mereka sendiri, mereka sebaliknya menjadi lebih lemah. Dan kerana ini, mereka panik dan membuat perjanjian penyebab yang membuatkan pembangkang mula-mula lemah. Dalam keadaan terdesak mereka, pembangkang berpaut kepada Mahathir dan cuba untuk menyelamatkan diri melalui Mahathir. Itu adalah satu kesilapan terbesar yang pernah dibuat pembangkang dan adalah sebab pembangkang di Malaysia jatuh dalam tempoh sekurang-kurangnya sepuluh tahun akan datang atau lebih.

Tidak lama selepas pilihan raya umum 2013, kerana rasa panik bahawa beliau menghadapi kesalahan 'Liwat 2', Anwar merancang penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Pelannya adalah Anwar akan mengambil alih jawatan Menteri Besar supaya kerajaan tidak akan berani memenjarakan beliau kerana meliwat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana Anwar membuat kesimpulan yang paling bodoh ini. Malah, Menteri Besar Selangor Harun Idris, seorang yang lebih berkuasa daripada Anwar, juga telah dipenjarakan.

Sebelum 'Langkah Kajang' membuahkan hasil, Anwar didapati bersalah meliwat. Jadi rancangan itu gagal dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebaliknya terpaksa bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang. Tetapi beliau tidak mampu untuk mengambil alih sebagai Menteri Besar Selangor dan Azmin Ali sebaliknya yang mendapat jawatan itu. Itu menyebabkan perpecahan dalam PKR, yang sehingga ke hari ini, tidak boleh diselesaikan.

Lebih buruk lagi adalah bahawa PAS menyokong Azmin manakala DAP mahukan Wan Azizah (dan PKR pun berpecah). DAP begitu marah sehinggakan mereka menaja 'Team B' dalam PAS untuk menggulingkan Presidennya, Abdul Hadi Awang. Rampasan kuasa itu gagal dan 'Team B' keluar parti untuk menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai PAN yang ditaja dan dibiayai oleh DAP. DAP kemudian secara unilateral menutup Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan dengan PAN sebagai rakan Islam baru mereka. Itu secara berkesan menukar PAS menjadi 'kuasa ketiga' yang tidak dimiliki oleh Barisan atau pun Pakatan dan DAP adalah penyebabnya.

Dengan Anwar dalam penjara dan PAS tidak lagi menjadi ahli parti pembangkang, Pakatan panik. Mereka menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan terpaksa menanggungnya dengan kekalahan pada pilihan raya umum akan datang. Dua tahun lalu pada Jumaat 12 Disember 2014, Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB atas perintah Mahathir. Itu pada dasarnya adalah perisytiharan rasmi perang terhadap Najib.

Selama enam bulan Mahathir dan pasukan konspiratornya meneruskan serangan mereka ke atas Najib dan pada Julai 2015 Najib bertindak balas dan menghapuskan mereka. Serangan itu berterusan sehingga ke akhir tahun dan setiap kali Najib mengelak daripada serangan itu.

Pada 3 Februari 2016, Mukhriz telah dibuang sebagai Menteri Bear Kedah dan, seperti yang dijangkakan, pada 29 Februari 2016, Mahathir meletak jawatan daripada Umno. Itu adalah apa yang Najib mahukan dan Mahathir melakukan apa yang beliau mahukan. Itu akan membuatkan Mahathir seorang yang bebas dan pembangkang pasti akan mengeksploitasi keadaan itu dan bekerja dengan Mahathir.

Dan itu adalah apa yang berlaku. Pembangkang, yang juga dalam keadaan yang teruk, berbaik dengan Mahathir sementara Mahathir, yang juga memerlukan satu pasukan pejuang, turut berbaik. Dan ini akan menyebabkan malapetaka kerana mereka semua mempunyai doktrin dan motivasi yang berbeza walaupun mereka berkongsi objektif yang sama: iaitu untuk menjatuhkan kerajaan.

Hari ini, satu persamaan baru telah ditambah kepada formula itu. Hari ini, Anwar baru sahaja gagal dalam permohonannya untuk semakan kehakiman jadi beliau perlu kekal di penjara sehingga 2018, iaitu pastinya sehingga selepas pilihan raya umum akan datang. Apa-apa pun, Anwar tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya umum sehingga selepas lima tahun dari 2018: bermaksud selepas 2023. Dan pilihan raya umum kemungkinan besar akan diadakan sekitar 2027-2028 apabila Anwar akan berusia sekitar 80 tahun atau lebih.

Jadi itulah pengakhiran Anwar. Dan ini bermakna Pakatan Harapan memerlukan pemimpin baru. Dan itulah yang menyeronokkan kerana terdapat banyak calon yang sesuai. Satu perkara yang perlu ambil perhatian adalah bahawa Pakatan Harapan merupakan satu pakatan pimpinan DAP maka sesiapa yang menjadi ketua pembangkang baru mestilah dengan persetujuan DAP. Pada masa ini, Lim Kit Siang adalah pemimpin de facto pembangkang. Dan siapa yang Kit Siang pilih sebagai ketua akan menjadi ketua. Tetapi di manakah kedudukan PAS dalam semua ini? Bolehkah Kit Siang terus mengabaikan PAS dan terlepas dengan perbuatan itu?

Itulah apa yang perlu kita tunggukan. Dan percayalah saya mengenai satu perkara ini: beberapa kejutan yang tidak dijangka bakal terjadi dan hanya boleh menjadi baik untuk Barisan Nasional dan tidak baik untuk Pakatan Rakyat. Dan Mahathir dan parti barunya sedang bermain dengan orang yang kalah, bukan dengan pemenang.

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 14 Disember 2016.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/the-beginning-of-a-new-political-era-for-malaysia/

0 komentar: