Bujang Senang

Bujang Senang

16 Dis 2016

JANGAN 'LAYAP' ATAU ALPA DENGAN JANJI PEMBANGKANG



Jangan 'layap' atau alpa dengan janji yang dijanjikan oleh pembangkang.Bagi rakyat Sarawak janji pembangkang memamg sik boleh pakai ibarat manok atau ayam bertelur sebiji riuh sekampung .Tapi mun penyu, banyak telurnya tapi takde bunyi pun.


Jika waktu PRN ke 11 Sarawak yang lepas pembangkang terutama DAP lantang mrmpromosikan Impian Sarawak yang menumpukan kepada pembangunan infrastruktur  seperti jalan , air dan elektrik.Tapi yang lawaknya mereka perlu sumber kewangan....konon Sarawak takde air maka mereka nak menjalankan sistem air agihan graviti yang dikatakan hanya memerlukan kos  dua puluh ribu tapi dapat membekalkan air ke seluruh kampung dengan bekalan air bersih.Di Selangor mereka melaungkan janji 'Air Percuma' tapi memang percuma sebab selalu takde air....

Itu di Selangor , antara negeri  yang terkaya pun tak dapat menyediakan air bagaimana pula di Sarawak?Itu saja sudah cukup membuat rakyat Sarawak leput tetak(gelak terbahak-bahak)

Selain itu berjanji nak memberi elaun kepada ibu tunggal tapi jangan ibu tunggal di Sarawak nak percayak sebab di Selangor pun sikda ada juak dilaksana.tanyak dengan orang Selangor mun ada.....put enden kata nenek datuk kita dulu.....

Macam- macam jak dijanji pembangkang ,macam pahlawan jak tapi habuk pun tarak.Yang lawak lagi pembangkang turut mengambil kredit dari pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Barisan Nasional misalnya di Lawas .Bila paip air yanga besar yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang sik perlu derma atau daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.


Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian mewar-warkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.
Nang sik malu sidak pembangkang tok, entah apa lagi janji sidak lepas tok tapi harap sidak rakyat Sarawak tidak akan tertipu.Mun sesama sendiri pun sidak boleh mungkir janji atau janji di capati sesama pakatan dalam pembangkang , jangan rakyat pula tertipu .Mun sik , sik Pembangkang kalah teruk sewaktu Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 11.Semua nya kerana sesama mereka pun mereka MUNGKIR JANJI......
Janji mauk meletak satu calon saja mewakili Pakatan Harapan melalui perjanjian yang termetri pada 9 Jan 2016 untuk Pilihanraya di setiap peringkat.Tapi apa yang terjadi 2 bulan selepas itu janji di mungkiri  bila DAP mendakwa PKR menipu mereka.DAP membalas dendam dengan membuat keputusan untuk bertanding di 5 buah kerusi tanpa mempertimbangkan cadangan PKR hingga terjadinya pertembungan antara satu sama lain di Batu Kitang, Mulu, Murum,Simanggang, Ngemah dan Mambong. 

Dikatakan Aziz Isa DAP satu-satunya calon Melayu yang bertanding atas tiket DAP terpaksa menunggu dalam kereta untuk menyerah borang pencalonan menunggu calon PKR yang lebih dahulu sampai.Ini telah memberi tamparan yang hebat kepada pembangkang.Harap selepas ini mereka sedar Sepakat itu Membawa Berkat....

Untuk PRU14 entah apa lagi yanga akan dijanjikan oleh pembangkang tapi kita jangan layap dan leka dan jangan terpengaruh. Walau pada 13 Disember 2016 yang lepas terdapat MOU pulak antara Pakatan Harapan dan parti baru iaitu parti bunga atau Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan oleh Maha Firaun Mahathir yang mau anaknya menjadi Perdana Menteri.Apuuuu ini lagi parai wai.......yang akan berjanji macam-macam dengan rakyat Sarawak iboh jak nak percayak.


Bagus agik kita percaya dengan Ketua Menteri kita Tok Nan dan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak yang terang-terang lebih menumpukan kepada menumpukan pembangunan di Sarawak dan berjanji akan memastikan Sarawak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Semenanjung Malaysia.

Jangan kita biarkan tanggapan  dan persepsi Pakatan Rakyat yang rakyat Sarawak boleh dibodo-bodo dengan janji yang tak pasti.




0 komentar: