Sekalipun tidaklah disebut secara rasmi, tapi mutakhir ini ramai orang mengenali Mahathir sebagai bapa "hijack" Malaysia.
Apa pun program politik yang ada nilai publisiti, Mahathir akan ada disitu untuk meng’hijack’nya.
Bersih, Himpunan Anti GST, Nothing To Hide dan sebagainya, ini semua bukan asal Mahathir punya "event" pun tapi dia ambil alih seolah-olah dialah disebalik penganjurannya.
Bazar Ramadhan pun Mahathir "hijack" semata semata untuk mencari popia.
Termasuklah PRK di Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Mahathir akan hadir ceramah dan kempen untuk tumbangkan BN.
Namun yang tumbang dengan teruk adalah parti PAN dan PAS. Ini yang membuatkan pakatan pembangkang pecah teruk.
1 Mac 2016, Mahathir berkata "Tidak, saya tidak akan menyertai mereka (pembangkang). Saya tidak bersetuju dengan mereka".
Mulanya kata tidak setuju tetapi selepas itu, Mahathir lah yang beria ia kononnya dia adalah ketua pada pembangkang.
Tengok apa Mahathir cakap pada 24 Mei 2016. Mahathir seru pembangkang semua bersatu untuk mengalahkan Barisan Nasional.
Inilah yang dinamakan "hijack". Bila masa pula pakatan pembangkang lantik Mahathir jadi ketua?
Maka kita tidaklah begitu hairan bila Mahathir "hijack" nama Perkasa iaitu Pribumi untuk tubuh parti baru.
Dari logo, nama parti, keahlian dan sebagainya, semua menciplak apa yang sedia ada dibuat Perkasa, klinik Botox, logo Sukan Komanwel malah ada iras juga logo kelab "Malaysia Gay and Lesbian".
Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi ini buat kerja seolah melepaskan batuk di tangga. Malas sungguh "grafic designer" parti Pribumi ini.
Logo guna konsep bunga kebangsaan, nama parti ada unsur UMNO (Bersatu), ada unsur Perkasa (Pribumi).
Keahlian tiru UMNO (Melayu dan Bumiputera), tiru PAS pun ada (ahli Bersekutu) dan sebagainya.
Kalau pun ada yang tak berkaitan politik, rekabentuk logo itulah yang dikatakan meniru logo sebuah klinik Botox.
Selain dari itu, tidak ada apa yang baru dan di luar kotak langsung, semuanya sama dan tidak berubah, macam Mahathir jugaklah.
Sebab itu ada orang muda yang sudah mula "troll" parti Mahathir ini sebagai "Parti Dinosaur" dan ada juga yang memanggilnya dengan singkatan PokeDot (Parti Orang Kecewa Dan Orang Tua"
Dan semua ini hanya bercakap tentang nama, logo serta lain-lain perkara asas pada borang yang baru dihantar kelmarin.
Kalau dah lulus dan tentu arah strukturnya, dasar partinya macam mana nanti?
Pasti terserlah lebih banyak apa yang diciplak dari yang difikirkan sendiri.
Sedangkan semua parti politik yang ditubuhkan selepas merdeka (waima sebelum merdeka pun), pasti mencari kelainan dan identiti sendiri.
Parti parti itu mahu matlamat perjuangan parti mereka berpaksikan kepada rakyat.
Kerana mereka tahu kuasa rakyat adalah penentu kuasa undi. Parti Pribumi ini tidak takutkah dengan kuasa rakyat?
Apakah mereka fikir rakyat bodoh dan boleh menerima bulat bulat hasil kerja ciplak mereka?
Sejauh mana hayat parti jelmaan Perkasa ini mampu bertahan. Mahathir dijangkan akan gagal lagi kali ini.
Selepas sebulan parti ini ditubuhkan, rakyat harus tanya berapa ramai ahli yang Pribumi sudah daftar?
Sudah sampaikah 6 juta ahli sebagaimana cakap Khairuddin atau 12 juta orang daripada rakyat Malaysia kata Ibrahim Ali.
Selepas sebulan, mungkin pada Hari Raya Haji ini parti "hijack logo klinik Botox" ini sudah boleh diramal mampu bertahan atau akan terkorban.
Tulisan :
Beruang Biru
11 Ogos 2016
0 komentar:
Catat Ulasan