Bujang Senang

Bujang Senang

17 Ogo 2016

PELAJAR TAHUN ENAM DI RAMAS BUAH DADA, GURU UGUT PECAHKAN KEPALA


Harap pagar, pagar makan padi ...itulah perumpamaan untuk seorang guru di sebuah sekolah rendah di Julau yang mengugut untuk memecah kepala seorang murid perempuan darjah enam jika rahsianya meramas buah dada gadis itu terbongkar.
Kejadian dikatakan berlaku pada penghujung Julai lalu, apabila guru terbabit memanggil murid tersebut ke pejabatnya sebelum mengunci pintu.
Mangsa kemudian dipeluk dari belakang sebelum bahagian dadanya disentuh oleh guru tersebut, yang mengakibatkan mangsa menjerit ketakutan.
Difahamkan jeritan mangsa didengari oleh guru besar dan seorang guru lain sekolah berkenaan yang biliknya terletak bersebelahan, namun tiada tindakan yang diambil berhubung kejadian tersebut.
Guru terbabit kemudian memberi amaran kepada mangsa agar tidak mendedahkan perlakuan terkutuknya atau dia akan bertindak kejam memecah kepala mangsa.
Ia bukannya kejadian pertama melibatkan guru pedofil terbabit kerana pada penghujung tahun 2015, dia pernah memegang bahu murid yang sama.
Sebaik mengetahui tindakan kejam guru Melayu terbabit, bapa mangsa yang juga seorang petani berusia 44 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Julau pada tengah hari Sabtu lalu.
Manakala Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah  merasa sangat kecewa  kerana perkara itu boleh berlaku di Negeri kita Sarawak.Meskipun ianya kes terpencil tapi ianya telah memalukan profesion perguruan di negeri ini, katanya kepada pemberita.
Beliau juga meminta pihak polis  bertindak profesional, telus dan efisien dalam menangani kes ini.Menurutnya, tindakan cekap, tegas dan pantas oleh pihak polis, selain Jabatan Pelajaran amat penting untuk memberikan keyakinan kepada  ibu bapa dan masyarakat terhadap kedua-dua institusi ini.
Fatimah yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap portfolio pelajaran di negeri ini berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa guru terbabit telah pun ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
“Kita memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan murid.
Guru tegasnya, adalah orang yang diharapkan oleh ibu bapa dan masyarakat untuk mengajar, membimbing, mendidik dan menjaga anak-anak mereka supaya selamat dan belajar dalam suasana selamat.
Setiap guru katanya, mesti faham dan akur akan kepercayaan ibu bapa dan masyarakat terhadap mereka.
“Mereka mesti amanah. Sekiranya pecah ananah, guru-guru ini perlu berhadapan dengan risiko.
Pada masa yang sama katanya, kaunselor sekolah akan mengadakan sesi kaunseling kepada murid terbabit, bagi membantunya berhadapan dengan trauma tersebut.
“Ini penting kerana murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada September, dan kita tidak mahu emosi yang kacau boleh mengganggu pembelajarannya.tambah beliau lagi.

Related Posts:

  • KEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB? RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu. 1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5… Read More
  • SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA . KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045 Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya me… Read More
  • Adakah 1MDB diperangkap oleh Sarawak Report? Oleh Calvin Sankaran KUALA LUMPUR: Enam bulan lalu, tidak ramai rakyat Malaysia yang pernah mendengar mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ia telah ditubuhkan pada 2009. Syarikat pembangunan strategik sep… Read More
  • Pakar Antarabangsa: Rasuah di Malaysia terkawal . KUALA LUMPUR 19 April – Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.Michael Hershman, pengasas bersama Transparency In… Read More
  • HUTANG NEGARA : 7 SOALAN DAN 7 JAWAPAN Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion. Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, m… Read More

0 komentar: