Bujang Senang

Bujang Senang

9 Ogo 2016

Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia Tumpu Keahlian Dikalangan Orang Asli


Parti baru, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang baru didaftarkan semalam akan memberi tumpuan kepada mendapatkan ahli dari kalangan orang asli Semenanjung dan Bumiputera Sabah Sarawak.
Ini sudah pasti mencatat sejarah negara kerana belum pernah ada parti yang ditubuhkan khas untuk mewakili orang asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak di Malaysia.
Malaysia mempunyai lebih 100 suku kaum orang asli di Semenanjung sahaja dan beberapa puluh lagi suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun difahamkan buat permulaan, sementara menunggu sambutan dari kalangan orang asli dan bumiputera Sabah/Sarawak muncul, semua ahli Perkasa akan secara automatik menjadi ahli Pribumi.
Dikatakan Perkasa mempunyai seramai 2 juta ahli di seluruh negara dan dicampur dengan 1.4 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, sudah melebihi jumlah ahli UMNO seramai 3 juta orang. PAS yang sudah lebih separuh abad itupun tidak lebih sejuta ahli-ahlinya.
Begitupun yang penting sekali, parti baru ini tidak menganggu sasaran keahlian parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.  Walaupun DAP dan PKR turut menyasar keahlian dari kalangan orang asli tapi jumlahnya tidak banyak dan bersedia membuka jalan untuk Pribumi menguasai golongan tersebut.
negarapakatanrakyat

Related Posts:

  • Senarai Negara Paling Korup Di Asia Cybertrooper Pakatan menularkan artikel Forbes yang telah diterbitkan hampir 1 tahun yang lalu. Mereka sengaja ‘screenshot’ tajuk utama dan perenggan yang memetik 1MDB. Dan dengan sengaja menyembunyikan artikel p… Read More
  • Adakah DAP diselubungi dengan masalah? Tulisan asal oleh: Raghavan Nair, Malaysia Today, 14 November 2017 Mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhirnya mengadakan pemilihan semula mereka pada 12 November 2017 selepas begitu banyak… Read More
  • Pembangkang Tolak Bajet 2018, Tapi Tidak Malu Minta RM2 Bilion Banyak sangat main wayang, itu sebabnya jangan percaya kepada pembangkang. Banyak drama dimainkan oleh mereka selama ini untuk menyalahkan orang lain. Terbaru di Parlimen, semalam, melibatkan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Si… Read More
  • Parti Bunga Semakin Ditolak Rakyat Sejak awal penubuhannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Parti Bunga sudah pun terlihat akan kepincangannya. Parti yang ditubuhkan oleh puak-puak yang kecewa di dalam UMNO ini berharap agar parti ini akan memberikan impa… Read More
  • Siapa Penentu Harga Minyak Dunia? (Malaysia tidak mampu menjadi ahli OPEC) Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum. Betulkah Malaysia kawal harga minyak? Jawapanya TIDAK. Malaysia hanya mengawal subsidi daripada harga minyak sebenar. Harga minyak dikawal ole… Read More

0 komentar: