Bujang Senang

Bujang Senang

12 Ogo 2016

Musuh Parti Pribumi Adalah UMNO Dan PAS



Parti Pribumi yang ditubuh oleh Mahathir adalah berdasarkan "malay base party". Parti Mahathir itu dilihat tidak akan memusuhi DAP, PKR dan PAN.

Semalam, 11 Ogos 2016, Anwar Ibrahim seolah semacam tidak setuju dengan Mahathir. Anwar hanya sebut Muhyiddin.  Anwar berkata "Sekarang beliau (Muhyiddin) harus gerakkannya".

Nampaknya, Anwar lebih tidak berapa selesa jawatan Ketua Umum beliau diambil alih Mahathir.  Agaknya bagaimana agihan kerusi akan berlaku jika DAP, PKR, PAN dan Pribumi berada dalam satu pakatan pembangkang?

Dalam pilihanraya yang ke-13, PKR bertanding di 99 parlimen, DAP bertanding di 41 parlimen dan PAS pada waktu itu tanding 73 parlimen. Itu pun sudah ada pertembungan sesama sendiri antara PKR dan PAS di beberapa kerusi.

Dalam PRU14, parti Pribumi Mahathir ini dijangka akan bertanding kurang daripada 20 kawasan parlimen sahaja. Kebanyakannya di Kedah.

Belum tentu menang semua lagi, oleh itu jangan seronok sangat dengan bancian syok sendiri akhbar Sinar. Parti pun belum dilulus ROS, ahli pun belum ada sudah syok sendiri dah.

Kawasan parlimen DAP dan PKR yang mana akan dikompromi kepada Pribumi? PAN sudah tentu dapat bertanding di 73 kerusi yang PAS tandingi. Pribumi juga dijangka akan bertembung di 73 kerusi majoriti Melayu ini.

Jika itu berlaku, sudah pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pribumi, PAS dan BN. Itu belum lagi diambil kira parti dari Berjaya yang juga bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.

 Itu belum dikira lagi ada parlimen yang PKR juga mahu bertanding, sudah pasti akan jadi 5 penjuru dicampur dengan PKR dan Berjaya.

Bagaimana pula jika ada calon bebas? Dalam pilihanraya ke 13 yang lepas, ada 79 orang calon bebas bertanding di parlimen. 190 orang lagi calon bebas bertanding di DUN. Kalau calon bebas masuk sekali, akan jadi lebih dari 5 penjuru.

Keputusan PRU14 sudah boleh diagak jika jadi situasi begitu. Dalam pakatan pembangkang, DAP masih akan mendahului senarai kerusi parlimen yang dimenangi diikuti PKR.

 Manakala PAN dan Pribumi hanya menjadi serpihan sahaja dalam pembangkang. Dua parti ini dijangka sukar hendak menang biar pun satu kerusi parlimen.

Jika ini berlaku, buat apa buang masa hendak sokong parti Pribumi Mahathir ini? Membazir sahaja undi parti yang hanya akan jadi serpihan sahaja dalam pembangkang. Kalah semua dan tiada wakil pun dalam parlimen.

Baik beri kekuatan kepada BN untuk mentadbir negara ini. Jika ikut perkiraan semasa, BN akan masih lagi parti yang menguasai Putrajaya. Menjaga ekonomi negara dengan stabil lebih utama dan prioriti dari melayan desakan agenda peribadi Parti Mahathir.

Isu rasuah Guan Eng, ketidak sepakatan pembangkang dan "governance issue" di Selangor lebih utama bagi pengundi. Rakyat sudah tahu bahawa 1MDB bukanlah lagi satu isu bila jawapan demi jawapan telah pun diberikan. Pembangkang hanya "recycle" soalan yang sudah pun dijawab.

Pribumi akan menyerang UMNO dan PAS untuk pilihanraya ke-14 ini. Sebab itu timbul isu dana RM90 juta kepada PAS oleh Sarawak Report. Sengaja direka untuk memudahkan "binding" antara PAS dan UMNO.

Pribumi hanya akan memecahkan lagi undi Melayu yang hanya 56% di negara ini. Penubuhan Pribumi adalah kerana agenda peribadi Mahathir.

Kita lihat bagaimana bentuknya Perhimpunan Agung Pribumi (PAP) diadakan. Kalau boleh buatlah Perhimpunan Agung itu dahulu, ramai yang tidak sabar melihat berapa ramai ahli Pribumi yang ada dalam dewan. Katanya ada 6 juta orang, muatkah satu dewan?

Tulisan :
Beruang Biru
12 Ogos 2016

0 komentar: