Bujang Senang

Bujang Senang

25 Ogo 2016

MAHATHIR, SELAMATKAN MALAYSIA ATAU DENDAMNYA SENDIRI??


Buat kesimpulan sendiri sama ada Mahathir mahu “Selamatkan Malaysia” atau pun untuk 1MDB/RM2.6b/SRC atau pun untuk agenda/dendamnya sendiri

Atau pun sebenarnya memang wujud satu konspirasi

Teliti garis masa ini... fikir.

21 Okt 2013 – Anak Mahathir, Mukhriz dikalahkan dalam pilihan raya UMNO oleh sepupu Najib

29 Okt 2013 – Mahathir menuduh sekutu Najib membeli undian semasa pemilihan UMNO pada Oktober

30 Okt 2013 – Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam UMNO adalah tidak betul, kata ahli Majlis Tertinggi.

2 Dis 2013 – Dr Mahathir berundur daripada jawatannya dalam Petronas kerana masalah kesihatan

4 Dis 2013 – Mokhzani Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif SapuraKencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif

9 Jan 2014 – MTEM menghina CEO Petronas yang didakwa memberi layanan buruk terhadap Dr M

19 Feb 2014 - Mokhzani menjual 190.3 juta saham SapuraKencana berjumlah RM818.3 juta – mengurangkan pegangan dengan ketara

21 Mei 2014 – Dr M dilantik menjadi pengerusi Proton

21 Jul 2014 - Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi)

18 Ogos 2014 – Dr Mahathir menarik balik sokongan terhadap kerajaan Najib

12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB

4 Mac 2015 – Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada SapuraKencana Petroleum

13 Mac 2015 - Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB, Najib dan keluarga

4 Apr 2015 - Mahathir mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk meletak jawatan.

26 Jun 2015 – Najib menangguhkan pilihan raya Umno selama 18 bulan

2 Jul 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Najib

3 Jul 2015 - Pasukan Petugas Khas ditubuhkan. AG Gani mengesahkan serbuan di SRC, Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama.

7 Jul 2015 – RPK mendedahkan konspirasi rampasan kuasa Tan Sri: http://www.malaysia-today.net/malaysias-first-coup-detat/

25 Jul 2015 - Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Najib

28 Jul 2015 - Muhyiddin, Shafie, Gani dan Ketua SB diganti

30 Jul 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Najib, yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai

20 Ogos – 19 Sept - Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi ke serata dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing

20 Sept 2015 - Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap

6 Feb 2016 - Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

29 Feb 2016 - Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO

4 Mac 2016 - Mahathir tanadatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Najib dan “Selamatkan Malaysia”

9 Apr 2016 – Mahathir meminta kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal domestik Malaysia

20 Jul 2016 – DoJ AS memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB terhadap 4 individu memetik maklumat yang diterima daripada pihak yang tidak mahu dinamakan di Malaysia

26 Jul 2016 – Timbalan Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri atas tuduhan konspirasi

21 Ogos 2016 – Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri

24 Ogos 2016 – Mahathir mengatakan terdapat 4 Tan Sri yang terlibat


Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, FB Lim Sian See, 24 Ogos 2016.

Telah dikemaskini tetapi masih belum lengkap



Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee#                        

Related Posts:

  • Pakar Antarabangsa: Rasuah di Malaysia terkawal . KUALA LUMPUR 19 April – Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.Michael Hershman, pengasas bersama Transparency In… Read More
  • AGONG RASMI PENERBANGAN PERTAMA ACJ 320 Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh Kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi pertama membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pesawat ACJ 320 itu membawa Ya… Read More
  • RAKYAT SARAWAK BIDAS ARTIKEL FMT. KUCHING – Kebanyakan rakyat Sarawak tidak bersetuju malah menyifatkan artikel yang ditulis wartawan Shane Fuentes dengan tajuk Adenan no action, talk only yang disiarkan di portal Free Malaysia Today … Read More
  • SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA . KERAJAAN MENERBITKAN SUKUK GLOBAL US$1.5 BILION US$1 bilion 3.043% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2025 US$500 juta 4.236% Sijil Amanah bertempoh matang tahun 2045 Pada 15 April 2015, Kerajaan Malaysia telah berjaya me… Read More
  • Adakah 1MDB diperangkap oleh Sarawak Report? Oleh Calvin Sankaran KUALA LUMPUR: Enam bulan lalu, tidak ramai rakyat Malaysia yang pernah mendengar mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun ia telah ditubuhkan pada 2009. Syarikat pembangunan strategik sep… Read More

0 komentar: