Bujang Senang

Bujang Senang

17 Mei 2016

AKIBAT MABUK MAJLIS PRA GAWAI BERTUKAR TRAGEDI


Majlis Pra Gawai yang biasanya diadakan sebelum Perayaan Gawai pada 1 Jun depan akhirnya bertukar tragedi akibat terlalu mabuk bila seorang pesara tentera yang baru saja balik ke Kuching dua bulan lepas telah membunuh seorang pekerja tempat cuci kereta yang baru berusia 20 tahun apabila selesai minum sekitar tengah malam di Bandar Baharu ,Jalan Sultan Tengah Petra Jaya Kuching awal pagi semalam.
Perselisihan faham antara dua kumpulan yang mabuk berlarutan hingga balik bila pesara yang berusia 31 tahun bertindak memberhentikan van beliau yang turut membawa ahli keluarga beliau di hadapan mangsa hingga terjadi pertengkaran.
Temu bual saksi mendedahkan bahawa si mati dan beberapa orang rakan sedang berjalan pulang dari tempat berhampiran selepas sesi minum sekitar tengah malam apabila sebuah van dinaiki beberapa penumpang, semuanya ahli keluarga, berhenti di hadapan mereka.
“Pertengkaran berlaku antara orang dalam van dan si mati. Salah seorang penumpang van yang dipercayai dalam keadaan mabuk, keluar dan menyerang si mati dengan objek tajam.
“Mangsa rebah di atas tanah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kedua-dua kumpulan bergelut antara satu sama lain dan empat daripada mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.
JSJ Kuching kemudian membuat tangkapan ke atas suspek yang tinggal berhampiran lokasi kejadian dan beberapa orang yang terlibat ketika  kesemua mereka menerima rawatan di hospital .

Related Posts:

  • Gelanggang PRK Rompin,Hari Mengundi Pada 5 Mei. 10 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin diadakan pada 5 Mei depan , manakala hari penamaan calon pada 22 April ini. Ia diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul … Read More
  • #JawapanPM:SOAL JAWAB KHAS BERSAMA YAB PERDANA MENTERI. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjawab pelbagai soalan mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah ke… Read More
  • Hanya Orang Kaya Bantah BR1M KUALA LUMPUR, 13 April – Pemberian BR1M merupakan satu bentuk pelaksanaan subsidi bersasar. Ia adalah hasil daripada langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal k… Read More
  • Ketua Pemberita Daily Express mohon maaf kepada DS Ismail Sabri Ketua Pemberita Daily Express, Chris Maskilone mewakili Ketua Pengarang James Sarda menemui YBM MOA DS Ismail Sabri Yaakob bagi menyatakan kesal kerana akhbar berkenaan salah tafsir dan salah lapor ucapan beliau. DS ismail S… Read More
  • Gelanggang PRK Permatang Pauh. HARI pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah ditetapkan pada 7 Mei depan untuk memilih pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang merupakan penyandang kerusi itu hilang kelayakan selepa… Read More

0 komentar: