Bujang Senang

Bujang Senang

19 Mei 2016

Tujuh Menteri Muda baharu ditampilkan pagi ini


Sekurang-kurangnya tujuh muka baharu bakal dilantik sebagai Menteri Muda bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan atas beberapa sebab 
Tujuh muka baharu itu dipilih berdasarkan pelbagai faktor, antaranya parti yang diwakili Menteri Muda sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 11 April lalu, gender, etnik,  kawasan dan juga tempoh berkhidmat wakil rakyat terbabit.
Pada pilihan raya 7 Mei, antara yang tidak dicalonkan semula ialah Datuk Daud Abdul Rahman, Datuk Gramong Juna (PBB) dan Robert Chuat (PBB).
Menteri Muda dari Teras yang tidak dicalonkan ialah Datuk Sylvester Entri dan Datuk Peteri Nansian Ngusie.
Menurut sumber, kemungkinan mereka ini akan dilantik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan dalam waktu yang terdekat.
Yang dinaikkan pangkat kepada Menteri Kemudahan Awam ialah Datuk Stephen Rundi.
Difahamkan, kekosongan itu akan diisi oleh wakil rakyat daripada parti tulang belakang utama Barisan Nasional Sarawak, iaitu Adun Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, Sharifah Hashidah (Semariang), Dr Annuar Rapaee (Nangka), Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota), dan Datuk Gerawat Gala (Mulu).
Difahamkan juga, Datu Dr Penguang Manggil daripada SPDP, dan juga Malcolm Musen Lamoh akan turut dilantik.
Yang agak mengejutkan ialah nama Datuk Dr Juanda Jaya (Jemoreng) yang sering disebut-sebut bakal dilantik menjadi menteri muda tidak tersenarai.
Dua orang menteri muda yang dikatakan digugurkan ialah Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka) dan  Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan)
Sebelum ini, kabinet Sarawak terdiri daripada 9 menteri dan 19 menteri muda.
Ada kemungkinan jumlah menteri muda akan ditambah sesuai dengan penambahan jumlah kementerian kepada 11, dan juga pertambahan kerusi daripada 71 kepada 82.
Sasaran Ketua Menteri untuk memastikan segala agenda, matlamat dan janji, termasuk 15 perkara yang terkandung dalam manifesto pilihan raya lalu juga menyebabkan ada keperluan untuk menambah jumlah menteri muda.
Apatah lagi, berdasarkan nama kementerian yang dibentuk Jumaat lalu, terdapat fokus baharu yang diberi oleh Tan Sri Adenan Satem, termasuk dari segi ekonomi luar bandar, perpaduan, perbandaran, dan kesenian. Menteri Muda biasanya diberi tugas dan tanggungjawab berkaitan.
Menteri Muda lain dipercayai dikekalkan, iaitu Datuk Roland Sagah Wee Inn, Datuk Abdul Rahman Hamzah, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Dr Jerip Susil, Datu Len Talif, Datuk Talip Zulpilip, Datuk Francis Hadin, Datuk John Sikie Tayai, dan Datuk Noroden Marais.
Namun, sumber turut berkata, Roland kemungkinan akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh.
Majlis angkat sumpah akan diadakan di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri pada pagi ini.
Dari segi parti, 10 orang dari PBB, 3 PRS, 2 SUPP, 1 SPDP, dan tiga orang calon langsung BN.
Manakala dari segi etnik pula, 8 ialah Melayu, 4 Iban, 2 Bidayuh, 2 Orang Ulu, dan 1 Cina. – Sarawakvoice.com

0 komentar: