Bujang Senang

Bujang Senang

24 Mei 2016

SASAR TAMBAH PENDAPATAN PENDUDUK LUAR BANDAR RM 4,000 SEBULAN


Ohhhhaaaaa ...tok baruk nya waiiii...walaupun baru dilantik Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kita yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar sudah menyasarkan untuk menambah pendapatan penduduk luar bandar kepada RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020 dalam jangkamasa tiga tahun lagi.
Kalau setakat ini 17.9 peratus daripada isi rumah luar bandar berpendapatan antara RM3,000 hingga RM3,999 sebulan.Manakala 21.7 peratus dan 33.1 peratus lagi masing-masing berpendapatan antara RM2,000 hingga RM2,999 sebulan dan RM1,999 sebulan dan ke bawah.
“Sasaran kita adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah luar bandar kepada RM4,000 sebulan dan daripada angka itu ia adalah satu tugas yang mencabar bagi kami di kementerian ini', katanya.
“Tetapi, saya yakin sasaran ini dapat dicapai jika kita semua memainkan peranan masing-masing dengan berkesan,” tambahnya lagi.
“Seperti yang diarahkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menteri serta menteri muda perlu menghantar laporan kerja setiap enam bulan sekali.
“Jadi, selesai sahaja mesyuarat dan taklimat hari ini, kita dalam kementerian ini akan mula bekerja turun padang meninjau projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan,” katanya.
Usaha kini  akan ditumpukan untuk meningkatkan pengeluaran padi daripada 53 peratus kepada 60 peratus dan pengeluaran daging lembu dan kambing daripada 10 peratus kepada 15 peratus menjelang tahun 2020.
Dua projek padi utama ialah Jelapang Padi Batang Lupar meliputi kawasan seluas 5,100 hektar di bahagian Sri Aman dan Projek Padi Bario meliputi kawasan seluas 285 hektar di bahagian Miri.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), dua projek ialah Tanjung Purun Padi di Lundu dan Sungai Tunoh di Kapit dengan keluasan masing-masing 160 hektar.
Terima kasih Adenan Team kerana mengambil langkah drastik untuk menaik taraf kehidupan orang luar bandar.Semoga kita akan terus maju ke depan bersama Barisan Nasional di Bumi Sarawak yang tercinta ini.

0 komentar: