Bujang Senang

Bujang Senang

12 Mei 2016

SEMAKIN MANTAP, CALON BN DIRECT SERTAI PBB


Tindakan Tan Sri William Mawan besama lima calon direct candidates yang lain dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini telah mengejutkan pimpinan parti komponen yang lain kerana dengan sendirinya PBB telah menguasai 46 daripada 72 kerusi yang di miliki oleh Barisan Nasional Negeri Sarawak yang telah dimenangi pada 7 Mei yang lepas.
Ini secara tidak langsung telah memantapkan lagi Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB) walaupun menguasai 40 kerusi daripada 82 kerusi secara tunggal juga telah memberi penguasaan kuasa majoriti mudah dalam DUN.Kini dengan penguasaan 46 kerusi , PBB semakin mantap dan telah menjadi kuasa besar yang perlu dihormati.
Ramai menyifatkan ini kemenangan sebenar, kebijaksanaan dan pandangan jauh  Presiden Parti PBB iaitu Tan Sri Adenan Satem dalam  menangani kemelut yang berlaku dalam parti komponen BN sebelum ini untuk mendapatkan ruang yang lebih dan selesa dengan majoriti kuasa berpihak kepada partinya.
Namun  keterbukaan Tan Sri William Mawan dan kumpulannya harus juga mendapat pujian kerana bukan mudah untuk mengorbankan sesebuah parti tapi semua itu dikorbankan dan bersama dengan Adenan Team, bersatu bertambah jitu menongkah arus politik yang takkan berpenghujung.

0 komentar: